Showing posts with label Sunnah Penghias Diri. Show all posts
Showing posts with label Sunnah Penghias Diri. Show all posts

Saturday, June 04, 2011

Rejab Bulan Keampunan



Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi.



Firman Allah Ta'ala:

قل يا عبادي الذين أسرفوا على أنفسهم لا تقنطوا من رحمة الله إن الله يغفر الذنوب جميعا

Katakanlah : Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Surah Az-Zumar:53

Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam:

والله إني لاستغفر الله وأتوب إليه في اليوم أكثر من سبعين مرة

Demi Allah aku beristighfar kepada Allah dan bertaubat kepadaNya lebih dari 70 kali dalam sehari.

Riwayat Imam Bukhari.

Dan sabda yang lain:
طوبى لمن وجد في صحيفته استغفاراً كثيراً

Beruntunglah bagi yang didapati lembarannya itu isitghfar yang banyak.

Riwayat Imam An-Nasai'dan Ibn Majah.


Sayidina Abi Hurairah berkata:

ما رأيت أكثر استغفاراً من رسول الله صلى الله عليه وسلم

Aku tidak mendapati orang yang paling banyak beristighfar selain Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam.


Allah...malu dengan Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam!


Kata para ulama: "Rejab bulan Istighfar ,Sya'aban bulan Selawat,Ramadhan bulan Al-Quran."

Hikmah dari Kekata itu:

Dimulakan dengan Istighfar adalah kerana sebelum kita menerima limpahan cahaya dan nafahats dan rahsia2 Al-Quran di bulan ramadhan,maka hendaklah kita mempersiapkan hati kita dengan membersihkannya terdahulu iaitu dengan istighfar .Kerana cahaya itu tidak masuk ke hati yang tertutup dengan kegelapan.

Bulan Syaaban pula dikhaskan untuk banyak berselawat adalah kerana untuk memperbaiki hubungan kita dengan Rasulullah.Sesungguhnya tanpa melalui lisan Rasulullah As-Syarif,kita tidak akan dapat menikmati nikmat Al-Quran itu.Firman Allah Ta'ala:

فإنما يسرناه بلسانك
Maka sesungguhnya Kami memudahkan Al-Quran ini dengan lidah/bahasamu.

Surah Maryam:97
Allah...

Apabila tiba bulan Ramadhan,maka hati kita pun sudah bersedia untuk menadah kepada limpahan rahmat,cahaya,rahsia dan nafahats Al-Quran....


**************************

Pengalaman di Dar Al-Zahra'/Darul Mustafa Tarim Hadramaut pada bulan rejab:

Setiap selepas solat subuh dan isyak secara jemaah,sebelum membaca zikir selepas solat,kami akan membaca istighfar ini beramai-ramai sebanyak 70 kali:

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وارْحَمْنِيْ وَ تُبْ عَلَيَّ

Ya Allah,ampunilah dosaku,rahmatiku,terimalah taubatku.

Rindu sangat suasana itu.Siapa yang pernah kesana,pasti akan melanda rindu bak Tsunami.Cara untuk mengubati kerinduan tersebut adalah dengan menghidupkan suasana itu dalam keluarga/ahli rumah kita.Apabila kita menghidupkan suasana tempat itu di rumah kita,terasa seolah-olah kita sudah terbang ke musolla sana,membaca bersama mereka.Allah...Syurga Dunia!


Nasihat Sayidi Murabbi Habib Umar Ibn Hafidz sempena bulan Rejab.

Sunday, March 20, 2011

Wasiat Rabi' Al-Thani


Bismillah Ar-Rahman Ar- Rahim.
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'alihi.

As-salamu alaykum wa rahmatullahi wa barakatuh.

We pray that this message finds you and your loved ones well, enveloped in Allah's mercy and traveling the path to felicity, in sha Allah.

The following is taken from Sayyidi Habib `Umar bin Hafiz’s Monthly Word for this month, Rabi` al-Thani 1432. It has been shortened and edited by Ustadh Amin Buxton (Allah preserve him and his teachers). You can read the full Arabic text at www.alhabibomar.com:


“Having bid farewell to the month in which our Prophet was born we should focus in this month on emulating him particularly in the area of looking after the poor and weak amongst us. This is his Sunna and his way (peace and blessings of Allah be upon him and his family). The Ummah needs to work on this. Those who are financially able should support those in need. If this is neglected we fall prey to the enemy of Allah Iblis and his forces who exploit our weaknesses. One of his methods is to make the poor and needy envious of the wealthy.

Thus we need to look to the needs of individuals, to the needs of our relatives and neighbours, to the needs of families and communities and also those outside our communities. We should expend what we are able – whether it be du`a or financial support, giving a gift, paying a visit or any other kind of assistance. This will in turn strengthen our connection with our Prophet (peace and blessings of Allah be upon him and his family), as this is the way of mercy and compassion which he called us to.”

Note: our teachers advise us to give even a small portion of charity every day. It is better that this be early in the day as charity prevents tribulation from descending.

A further reminder:

The Messenger of Allah, peace and blessings of Allah be upon him and his family, encouraged his Companions to fast three days in every month and informed them that in doing so they would be rewarded for fasting the whole year. He said, Allah bless him and grant him peace: The one who prays the Duha (midmorning) prayer, fasts three days in every month and does not leave the Witr prayer whether he is resident or travelling will have the reward of a shahid.”


In it there is purification of the heart and other benefits. He also encouraged them to fast the three “White Days” meaning the days which follow nights in which the moon is full, namely the 13th, 14th and 15th days of each lunar month. Sayyidi al-Habib `Umar encourages his students in Dar al-Mustafa to combine these two sunnahs and fast the three “White Days” of every month.


BarakAllahufikum
Was-salam,

Wayfaerers coordinators

Monday, January 24, 2011

Rindu

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi.



Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam:

لغدوة أو روحة في سبيل الله خير من الدنيا وما فيها

'Keluar di waktu pagi (selepas subuh hingga terbit matahari) atau keluar di waktu petang (selepas asar hingga Marghrib) di jalan Allah lebih baik dari dunia dan seisinya'.

~Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim.



Sabda Rasululllah sollahu 'alai wasallam:

من صلى الفجر في جماعة، ثم قعد يذكر الله تعالى حتى تطلع الشمس، ثم صلى ركعتين، كانت له كأجر حجة وعمرة تامة تامة تامة
Barangsiapa yang menunaikan solat fardhu subuh berjemaah,kemudian duduk berzikir kepada Allah hingga terbit matahari(syuruq) dan solat 2 rakaat,Baginya ganjaran seperti ganjaran haji dan umrah secara sempurna,secara sempurna, secara sempurna.

~Riwayat Imam At-Tirmizi.


Di Dar Az-Zahra'...
Setiap pagi,
Selepas solat subuh secara berjemaah,
Baca zikir,
Kemudian ikuti pengajian Habib Umar @ Darul Mustafa membaca kitab "Tarbiyah Al-Awlad" oleh Sheikh Abdullah Nasih Ulwan,
Hingga waktu syuruq,
Selesai pengajian Habib dan terus solat sunat 2 rakaat.

Ajib...Setiap apa yang Habib Umar Ibn Hafidz susunkan rutin seharian kami disana,semuanya mengikut petunjuk Rasulullah!!!


Habib Ali Al-Jufri kata (bermaksud) :

"Jangan keluar DARI Darul Mustafa TAPI keluar DENGAN Darul Mustafa."

Iaitu dimana saja awak berada,awak buat apa yang awak telah lakukan secara rutin di Dar.

Bagi perindu suasana itu....

Kalau mahu lakukan sepertimana yang dilakukan disana,maka boleh ikuti pengajian kitab itu yang disyarah oleh Al-Habib Umar disini! (click) .Insya Allah,alfaqir akan upload disitu.
Tidak mengapa kita 'feeling-feeling' sendiri.

Teringat zaman2 awal belajar disana (sebelum ke Mesir)...

Selepas menunaikan solat subuh,kami kemudiannya berzikir .Ada 1 part ini,kami akan bersalaman dengan teman2 kami sambil berzikir.Maka,selesai saja bersalaman,saya akan cari tiang tembok untuk disandar agar berpeluang tidur sambil berzikir.

Bayangkan...antara zikir 5 waktu,zikir yang paling panjang adalah zikir subuh.Lebih kurang selama sejam setengah.Sedangkan waktu itulah waktu orang paling ngantuk.
Memang syaitan telah menguasai diri ini kerana bila zikir sedang dibaca,saya tidur dan akan terjaga dengan sendirinya, exactly bila zikir selesai.

Saya hanya mampu tersenyum mengenang masa zaman jahiliyah saya...

Rupanya,apa yang disusun oleh sayyidi Al-Habib Umar, tiada lain kecuali untuk mentarbiyah kita untuk menjaga waktu2 istimewa yang Rasulullah mewasiatkannya untuk kita jaga dan rebut.


Sekadar perkongsian untuk melatih diri sendiri agar tidak selepas solat subuh..

Pastikan kita melepaskan 3 ikatan syaitan setelah bangun dari tidur :

1)Membaca doa bangun tidur.

2)Berwuduk (termasuk istinsyaq n istinthar secara khusus).

3) Solat.

Kalau kita buat ini,insya Allah kita akan terbebas dari bermalas-malasan di waktu pagi yang sepertimana disabdakan oleh Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam:

يعقد الشيطان على قافيه رأس أحدكم إذا هو نائم ثلاث عقد، يضرب على كل عقدة مكانها، عليك ليل طويل فارقد ، فإن استيقظ فذكر الله عز وجل انحلت عقدة ، فإن توضأ انحلت عقدة، فإن صلى انحلت عقده كلها، فأصبح نشيطاً طيب النفس، وإلا أصبح خبيث النفس كسلا

~Riwayat Imam Bukhari dan Muslim.


Selain itu...

Kalau selepas solat subuh itu,kita kalah dengan zikir hingga membuat kita tertidur,maka cari aktiviti yang menyegarkan mata kita selama 40 hari (atau kurang,mengikut keadaan masing-masing) secara berturut-turut,selagi ia bukan maksiat.Sebagai contoh ;kalau buka Facebook,mata yang bagaikan 'garfield' pun boleh berubah seperti mata 'burung hantu'.Ajib...Sememangnya nafsu itu berat dengan ketaatan!

Kenapa 40 hari berturut-turut?

Untuk menukar kebiasaan kita sebelum ini kepada kebiasaan yang kita mahu bentuk.

Sehinggalah mata kita ini sudah dilatih untuk tidak tidur selepas solat subuh.Tapi hati2,jangan kita tersasar dari hadaf kita.Bila kita sudah berjaya,maka gantikannya dengan amalan zikir atau baca Al-Quran supaya kita dapat menghidupkan sunnah yang Rasulullah sudah ajarkan kepada kita.Agar tidak kita lalui detik-detik kita kecuali ada keterikatan dengan kehidupan Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam.

Kerana itu....dari sudut tarbiyah tasauf,nombor 40 ini mengandungi rahsia tersendiri,sehingga terdapat banyak dalil yang menyebutkan secara khusus nombor 40 ini.

Sabda Rasulullah:

من صلى أربعين يوما في جماعة يدرك التكبيرة الأولى كتبت له ‏ براءتان براءة ‏‏ من النار وبراءة ‏ من ‏ النفاق

40 hari secara berjemaah dengan mendapat takbir pertama (bersama Imam),di catit buatnya 2 pembebasan:pembebasan api neraka dan pembebasan dari nifaq.

~Riwayat Imam Tirmizi.
Firman Allah Ta'ala:

فَإِنَّهَا مُحَرَّمَةٌ عَلَيْهِمْ أَرْبَعِينَ سَنَةً ۛ يَتِيهُونَ فِي الْأَرْضِ

Sesungguhnya negeri itu diharamkan kepada mereka memasukinya - selama empat puluh tahun,mereka akan merayau-rayau dengan bingungnya(di sepanjang masa yang tersebut) di padang pasir (Sinai).

~Surah Al-Maidah:26.

Firman Allah ta'ala:

حَتَّىٰ إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً

Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun...

~Al-Ahqaf:15.

Dan banyak lagi ayat-ayat AlQuran yang menyebutkan angka 40 ini...

Alhamdulillah...
Dahulu,
Bagi saya,selepas subuh itu waktu paling tidak sesuai untuk membaca Al-Quran sebab kengantukan,
Tapi sekarang,
Ia merupakan waktu paling fresh saya untuk membaca Al-Quran.
Alhamdulillah...

Ya Allah,Jadikan nafsu kami ini mengikut apa yang Rasulullah mahu...

Saturday, January 08, 2011

Project 'Hidupkan Sunnah' !

P/s:Click gambar tersebut untuk lelaman rasmi.


Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.
Allahumma solli 'ala Sayidina Muhammad wa 'ala alihi.


Firman Allah ta'ala:

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ ٱللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ


"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu..".

~Surah Al-Imran:31.

Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam:

مَنْ أَحْيَا سُنَّتِي فَقَدْ أَحَبَّنِي وَمَنْ أَحَبَّنِي كَانَ مَعِي فِي اَلْجَنَّةِ


Siapa yang menghidupkan sunnahku,maka dia telah mencintaiku,dan siapa yang mencintaiku,dia bersamaku di syurga.

~Riwayat Imam Tirmizi.

Kata sayidi Al-Habib Umar Ibn Hafidz:

اعلم أن حقيقة خيريتك في علاقتك وارتباطك بسيد خير البرية

Ketahuilah bahawa hakikat kebaikanmu adalah dalam hubunganmu dan keterikatanmu dengan Penghulu sebaik2 makhluk (Rasulullah).




Sunnah: Rasulullah tidak berbual dengan seseorang kecuali terukir senyuman di bibirnya.

Bayangkan...

Rasulullah tersenyum lihat awak .

Jadi,

Buatlah apa yang menggembirakan hati Rasulullah.

P/s:Terdapat banyak lagi sunnah2 Rasulullah yang diajarkan
....Sila double click di video tersebut dan boleh mendapatkan sunnah2 yang lain di channel 'Fattabiouni '@ U-tube tersebut.

Ya Allah jadikan kami penyejuk hati Rasulullah...

Thursday, December 30, 2010

Bayar Income Tax Sendimu!!!


Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.
Allahhumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi.


Firman Allah ta'ala:

لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.
~Surah Ibrahim:7.


Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam:

يصبح على كل سلامي أحدكم صدقة فكل تسبيحة صدقة وكل تحميدة صدقة
وكل تهليلة صدقة وكل تكبيرة صدقة وأمر بالمعروف صدقة ونهي عن المنكر صدقة
ويجزي من ذلك ركعتا الضحي يركعهما

Keatas setiap sendi seseorang sedekah,setiap tasbih adalah sedekah,setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah,setiap takbir adalah sedekah,dan menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah dan menegah kemungkaran adalah sedekah.Dan itu semua dikira dengan 2 rakaat Dhuha yang disolatnya.

~Riwayat Imam Muslim


Waktu Dhuha:

15 minit selepas waktu syuruq hingga 10 minit sebelum zuhur.

Seandainya kita tidak tahu waktu dhuha,maka kira dari waktu masuk subuh.Jangka waktu subuh biasanya 1 jam setengah.Kemudian tambah dari 1 setengah jam itu,30 min kemudian baru solat dhuha.(Itu apa yang guru alfaqir ajarkan).


Dari Sayyidina Abu Hurairah rodiallahu 'anhu berkata:

أوصاني خليلي صلى الله عليه وسلم بثلاث:

صيام ثلاثة أيام من كل شهر
،

وركعتي الضحى،

وأن أوتر قبل أن أنام

Kekasihku sollahu 'alahi wasallam mewasiatkan kepadaku 3 perkara:Puasa 3 hari setiap bulan,2 rakaat dhuha dan bersolat witir sebelum tidur.

~Riwayat Imam Bukhari dan Muslim.

Sheikh Yusri pernah sebut dalam majlis sohih Bukhari :

"Hendaklah setiap orang menjaga solat dhuha ini kerana ia ibarat membayar income tax buat sendi2 tulang kita.Nikmat tulang yang sihat adalah diantara nikmat2 besar kerana berapa ramai yang menghadapi penyakit tulang, menghalanganya untuk melakukan pekerjaan seharian.Setiap nikmat kita diminta untuk mensyukurinya dan cara untuk mensyukuri nikmat sendi2 tulang adalah dengan melakukan solat dhuha.Jadi,jika kita mahu terselamat dari ditimpa penyakit tulang,maka pelihara solat ini kerana apabila kita bersyukur Allah akan menambahkan nikmat tersebut,jika tidak,maka sebaliknya."

Sheikh Mohammad Awad pula pernah sebut:

"Kalau kita tidak mampu melakukan solat2 rawatib,maka cukup buat kamu, lakukan solat dhuha kerana ia memurahkan rezki secara zohir dan batin. Mujarab!"

Pada mulanya...

Buat kerana faedah,

Selepas itu...

Kerana Rasulullah yang mewasiatkannya,

Dan akhirnya....

Kerana telah merasai apa yang Rasulullah rasa iaitu:

أفلا أكون عبدا شكورا
Salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur?!

Dan itu adalah hasil buah ma'arifatnya terhadap Allah s.w.t.

Kalau kita buat kerana faedah,maka kita akan susah untuk beristiqamah sebab bila susah,barulah memperbanyakkan solat dhuha.

Tapi jika buat kerana Kekasihnya yang memesannya untuk melakukan,maka tidak semudah itu untuk dia melepaskan walau ikutannya itu hanya kerana cinta tanpa memahami hakikatnya.

Dan akhirnya...

Kerana kejujuran cintanya dengan membuktikan melalui perbuatannya,Barulah dia faham rupanya "Aku lakukan itu adalah sebagai tanda kesyukuranku terhadap nikmat2Nya."

Kerana itu,Rasulullah adalah pintu menuju kepadaNya.

Bila sudah sampai stage ini...

Kalau rasa malas,dia mudah melawan nafsunya dengan berkata:

"Biadab engkau seorang hamba!Nikmat2Nya apalagi yang engkau dustakan sehingga begitu berat untuk melakukan 2 rakaat sebagai tanda kesyukuran????"

Ya Allah,Jadikan kami diantara hamba2Mu yang bersyukur....

Friday, December 17, 2010

Kerana Cinta Bukan Faedah

Maksud kekata dalam gambar itu:" Cintakan Rasulullah adalah dengan mengikuti sunnahnya".

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi.



Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam:

إذا استيقظ أحدكم من منامه فليستنثر ثلاث مرات ، فإن الشيطان يبيت على خياشيمه

Apabila bangun seseorang dari tidurnya,maka menyedut air dari hidung kemudian mengeluarkannya semula sebanyak 3 kali,kerana syaitan bermalaman di khaisyumnya(tempat keluar dengung dari hidung).

~Riwayat Imam Bukhari dan Muslim.


Rahsia dari suruhan Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam tersebut:

Diantara musibah pagi seseorang adalah kengantukan di waktu barakah menyebabkan ia tidak mampu mengisinya dengan ibadah tapi digantikan dengan ketiduran.

Kalau diselidiki,sebenarnya yang membuat kita mengantuk dan malas di waktu pagi adalah disebabkan syaitan yang masih bermalaman di dalam hidung (iaitu bahagian atas) kita itu.Jadi,untuk menghalaunya dari bermastautin disitu adalah dengan melakukan istinthar;menyedut air dari hidung kemudian mengeluarkannya semula.Insya Allah...Hilang ngantuk dan kemalasan di waktu pagi.Mujarab!

Sunnah Rasulullah penuh dengan rahsia.Kita tidak mengamalkan sunnah Rasulullah samada kerana tiada ilmu atau kerana kita meremehkan sunnah tersebut dengan mengatakan 'Itu sunnah saja bukan wajib'.

Maka,tidak hairanlah bagi yang berkata sedemikian,diharamkan dari melakukan sunnah2 yang sangat digalakkan oleh Rasulullah samada diharamkan dari mula lagi iaitu tiada ilmu akan sunnah2nya atau selepas mengetahuinya iaitu diuji dengan kemalasan untuk beramal.Semoga Allah selamatkan kita dari pengharaman tersebut.

Setiap orang perlu yakini bahawa Rasulullah tidak lakukan sesuatu kecuali mengandungi rahsia yang agung,walau kita tidak tahu atau tidak terfikir akan rahsianya kerana mana mungkin akal kita terbatas ini dapat menyingkap rahsia wahyu.Dan Rasulullah tidak melakukan sesuatu kecuali berdasarkan wahyu.

Firman Allah ta'ala:

وما ينطق عن الهوى إن هو إلا وحي يوحى

Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (samada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

ٍSurah Al-Najm:3-4

Tiada sunnah2 Rasulullah yang remeh.Kerana semua itu adalah dari kekasih agungNya.Jangan lihat APA tapi lihat SIAPA yang melakukannya!!!

Firman Allah Ta'ala:

وَتَحْسَبُونَهُ هَيِّناً وَهُوَ عِنْدَ اللَّهِ عَظِيمٌ
Dan kamu menyangkanya ia perkara kecil, pada hal ia disisi Allah adalah perkara yang besar.

~Surah An-Nur:15


Jadi,Amalkan walau kamu tidak tahu rahsianya kerana apabila kamu mengamalkannya,Allah yang akan membukakan kepadamu rahsia tersebut.

Wednesday, November 10, 2010

Hari Istimewa Buat Orang Mukmin


Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.
Allahumma Solli 'ala sayyidina Muhammad wa ala alihi.


Firman Allah ta'ala:

والفجر وليال عشر

Demi waktu fajar,Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah iaitu awal 10 Zulhijjah).

~Surah Al-Fajr:1-2


Diantara Amalan-Amalan yang dilakukan pada hari2 istimewa ini:

1-Melakukan Haji dan Umrah.

Bagi yang tidak berkesempatan dan tidak berkemampuan untuk melakukannya,Rasulullah sudah ajarkan 1 amalan yang sama ganjarannya dengan melakukan Haji dan Umrah.

Sabda Rasululllah sollahu 'alai wasallam:

من صلى الفجر في جماعة، ثم قعد يذكر الله تعالى حتى تطلع الشمس، ثم صلى ركعتين، كانت له كأجر حجة وعمرة تامة تامة تامة
Barangsiapa yang menunaikan solat fardhu subuh berjemaah,kemudian duduk berzikir kepada Allah hingga terbit matahari(syuruq) dan solat 2 rakaat,Baginya ganjaran seperti ganjaran haji dan umrah secara sempurna,secara sempurna, secara sempurna.

~Riwayat Imam At-Tirmizi.

2-Puasa pada hari2 tersebut khasnya pada hari arafah (bagi yang tidak melakukan ibadah Haji) .

Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wa sallam ,Allah telah berkata:

الصوم فإنه لي وأنا أجزي به ،يدع شهوته وطعامه من أجلي

Puasa itu bagi Aku,Aku yang membalasnya,sesungguhnya dia meninggalkan nafsunya,makannya kerana Aku.

ّ~Riwayat Imam Muslim.

Sabda Rasulullah sollahu 'alai wasallam:

صيام يوم عرفة أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله والتي بعده
Puasa hari arafah aku mengharap kepada Allah agar menghapuskan kesalahan2 pada tahun lalu dan tahun selepasnya.

~Riwayat Imam Muslim.

Bagi sesiapa yang tidak mampu untuk berpuasa,akan tetapi tidak mahu melepaskan peluang,Maka membukakan puasa orang yang berpuasa.


Sabda Rasulullah sollahu 'alai wasallam:

من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شئ
Barangsiapa yang membukakan orang yang berpuasa,baginya ganjaran yang sama dengan orang yang berpuasa tanpa dikurangkan sedikit pun ganjarannya.

~Riwayat Imam At-Tirmizi.

3-Memperbanyakkan Takbir dan zikir.

عن ابن عمر رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ما من أيام أعظم ولا احب إلى الله العمل فيهن من هذه الأيام العشر فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير والتحميد

Dari Ibn Umar R.A dari Nabi Sollahu 'alaihi wasallam bersabda:Tiada dari hari2 yang lebih agung dan tiada amalan yang lebih dicintai Allah daripada awal sepuluh (zulhijjah,maka memperbanyakkanlah didalamnya dari bertahlil( لا إله إلا الله),bertakbir dan bertamhid.

~Riwayat Imam Ahmad.

Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam:

من هلل مائة مرة وسبح مائة مرة وكبر مائة مرة كان خيرا له من عشر رقاب يعتقهن و ست بدنات ينحرهن

Barangsiapa yang bertahlil 100 kali,bertasbih 100 kali,bertakbir 100 kali,baginya kebaikan yang merupakan lebih baik dari memerdekakan 10 hamba sahaya dan menyembelih 6 ekor lembu.

~Riwayat Imam Al-Bukhari dalam Kitab Al-Adab Al-Mufrad.

4-Memperbanyakkan amalan soleh.

Sabda Rasulullah sollahu 'alai wasallam:

ما العمل في أيام أفضل منها في هذه قالوا: ولا الجهاد؟ قال: ولا الجهاد إلا رجل خرج يخاطر بنفسه وماله فلم يرجع بشيء

Tiada hari2 yg amalan soleh di dalamnya lebih dicintai Allah daripada hari2 ini (10 hari pertama Zulhijjah). Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, termasuk jihad di jalan Allah?” Baginda menjawab: “Ya, tidak juga jihad di jalan Allah kecuali orang yang mengorbankan jiwa dan hartanya dan dia tidak kembali setelah itu (mati syahid).”

–Riwayat Imam al-Bukhari.

5-Melakukan ibadah korban pada hari raya haji dan hari2 Tasyriq.


dan banyak lagi....


Cukuplah kalam Rasulullah itu sebagai sumber motivasi kami.....


ألا إن لربكم في دهركم نفحات ألا فتعرضوا لها


Hari-hari ini adalah hari2 yang terbaik selepas hari-hari di bulan Ramadhan.Beruntunglah bagi mereka yang faham dan beramal dengan apa yang telah diketahuinya.

Ya Allah,kurniakan kami ziarah ke rumahMu dan kekasih AgungMu berkali-kali...

Thursday, September 23, 2010

Dia Mahu...Kita Mahu....


Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi.


Sabda Rasulullah sollahu 'alahi wa sallam:

من سعادة المرء استخارة الله و من شقاوته تركه استخارة الله
Diantara kebahgiaan seseorang itu adalah melakukan istikharah kepada Allah dan diantara kesengsaraan seseorang itu meninggalkan dari melakukan istikharah kepada Allah.


Dari Sayyidna Jabir Ibn Abdullah berkata:

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يعلمنا الاستخارة في الأمور كلها كما يعلمنا السورة من القرآن ، يقول : إذا هم أحدكم بالأمر فليركع ركعتين من غير الفريضة ثم ليقل : اللهم إني أستخيرك بعلمك ، وأستقدرك بقدرتك ، وأسألك من فضلك العظيم ، فإنك تقدر ولا أقدر ، وتعلم ولا أعلم ، وأنت علام الغيوب ، اللهم إن كنت تعلم أن هذا الأمر خير لي في ديني ومعاشي وعاقبة أمري ، أو قال : عاجل أمري وآجله فاقدره ليويسره لي ثم بارك لي فيه ، وإن كنت تعلم أن هذا الأمر شر لي في ديني ومعاشي وعاقبة أمري ، أو قال : عاجل أمري وآجله فاصرفه عني ، واصرفني عنه ، واقدر لي الخير حيث كان ثم أرضني به ، قال : ويسمي حاجته

Rasulullah mengajarkan kami melakukan istikharah dalam setiap perkara sepertimana dia mangajarkan kami surah dari alQuran.Dia berkata:Jika salah seorang kalian dirisaukan dengan suatu perkara,maka solatlah 2 rakaat selain fardu kemudian katalah:Ya Allah Aku mohon engkau pilihkan aku dengan ilmuMu,Aku mohon kekuatan dengan kekuatanMu,Aku mohon dari kelebihanMu yang agung,Sesungguhnya Engkau berkuasa dan aku tidak berdaya,Engkau tahu dan aku tidak tahu,dan Engkaulah yang maha mengetahui segala yang ghaib,Ya Allah,Engkau tahu jika perkara ini baik untukku buat agamaku,kehidupanku,dan kesudahanya,atau berkata: cepat dan lambatnya perkara tersebut,maka tetapkanlah dan permudahkanlah bagiku kemudian berkati aku dalam perkara tersebut. jika perkara itu tidak baik but diriku,kehidupanku,dan kesudahannya,atau berkata:cepat dan lambatnya perkara tersebut,maka palingkannya dari aku dan palingkan aku daripadanya dan tetaplah yang baik walauapapun kemudian Engkau redhakan hatiku dengannya.(Rasulullah)berkata:Dan namakan hajat tersebut.

~Riwayat Imam Al-Bukhari.

Kata Imam As-Sodiq:

ما خاب من استخار، وما ندم من استشار

Tidak kecewa bagi yang melakukan istikharah dan kesal bagi yang meminta petunjuk/pendapat.

~Riwayat Imam At-Tabrani.


Diantara Adab yang Rasulullah ajarkan kepada Kita semua sebelum membuat keputusan adalah Istikharah .

Kita sebagai hamba selalu tidak beradab dengan Pencipta kita.Diantara kesalahan kita,bila sudah terdesak,barulah ingin melakukan istikharah.Dan apabila kita tidak mendapat jawapan dariNya, kita cuba menyalahkan Dia kerana Dia tidak menjawab doa kita.Akhirnya kita berputus asa dari rahmatNYA.

Kita tahu diri kita masing-masing.Jika kita ini seorang yang doanya terus dikabulkan tanpa hijab,maka,bolehlah kita berbuat sebegitu tapi masalahnya kita tahukan diri kita siapa.Jadi...Jangan suka buat istikharah last minit!!!

Sepatutnya seorang hamba itu tidak terlepas melakukan istikharah pada tiap hari agar setiap keputusan yang bakal dilakukan mendapat pimpinanNya.Hatta sebelum kita membuat keputusan khasnya dalam keadaan kita tidak mampu memutuskan keputusan dalam saat itu.

Contoh dalam seremeh-remeh perkara;ketika berada di kedai,kita tidak tahu samada perlu atau tidak kita membeli barang tersebut...maka cukup dengan kita membaca doa yang Rasulullah ajarkan itu pada saat itu juga.Dan insya Allah Dia yang akan mengilhamkan jawapannya,berkat dengan doa Rasulullah itu.Ajib doa Rasulullah.Penuh dengan rahsia!

'...hari-hari buat istikharah tapi takde pun jawapan'

Cuba kita check kita keadaan hati kita tika sedang buat istikharah itu....

Adakah hati kita secara total kembalikan urusan itu kepadaNya?

Atau masih ada bahagian 'aku mahu itu' dalam hati?

Atau...

Adakah kita tidak mengikut sunnah dalam membuat keputusan?

iaitu melakukan istikharah tanpa Musyawarah dengan orang yang ahli dalam perkara tersebut.

Petikan dari Muhadarah Al-Habib Umar Ibn Hafidz:


عن أبي هريرة رضي الله عنه قوله:ما رأيت أحدا أكثر مشورة لأصحابه من رسول الله صلى الله
عليه وسلم


Dari ِAbu Hurairah berkata:"Aku tidak pernah melihat seseorang yang paling banyak musyawarah dengan para sahabatnya selain dari Rasulullah."

Sedangkan Rasulullah sebenarnya tidak perlu bermusyarawah kerana beliau tidak ucapkan dan berbuat sesuatu kecuali berpandukan wahyu.Tapi Rasulullah ingin mengajarkan kita adab disini,menghormati akal fikiran orang lain yang Allah anugerahkan kepada hamba-hambaNya.

*P/s:Boleh lihat video Muhadarah ini di link berikut: click!

Subhanallah...

Menjadi 1 kesalahan juga,Kita meninggalkan musyawarah dengan yang ahli kerana kita merasakan orang lain tidak faham keinginan dan keadaan diri kita,yang memahami hanyalah ALLAH.Sedangkan Allah berfirman:

وشاورهم في الأمر
Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan keduniaan.
~Al-Imran:159.

Sheikh Yusri pernah berpesan kepada kami:

استخير بالله وتعامل مع الواقع لأن الرؤية قد يخطأ و يصيب

Lakukan istikharah dan bermuamalah dengan realiti kerana mimpi kadangkala salah dan dan kadangkala betul.

Dan musyawarah dengan ahlinya adalah diantara bermuamalah dengan realiti!

Dan ada pula sebahgian,kesana sini minta pandangan orang tetapi terlupa untuk meminta petunjuk dariNya.Akhirnya,yang diperolehi adalah pening,bingung,ketidak puasan dalam membuat keputusan kerana terlalu bergantung kepada kekuatan dan usaha sendiri tanpa bergantung kepadaNya.Terlalu bergantung kepada SEBAB hingga terlupa pada MUSABBIB iaitu Allah!

Jadi...Bagaimana cara yang betul?

Pertama,kembali dan serahkan kepadaNya secara TOTAL.Setelah itu,ambil sebab iaitu dengan musyawarah.Insya Allah akan temui jawapannya.


Ya Allah,jadikan keinginan kami menurut kehendakMu....

Tuesday, September 14, 2010

Power Solat Jemaah!

*LAST UPDATE on 20/9/10!



Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad....


Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wa sallam:

من صلى لله أربعين يوما في جماعة يدرك التكبيرة الأولى كتبت له ‏ براءتان براءة ‏‏ من النار وبراءة ‏ من ‏ النفاق

Barangsiapa yang solat kerana Allah 40 hari secara berjemaah dengan mendapat takbir pertama (bersama Imam),di catit
buatnya 2 pembebasan:pembebasan api neraka dan pembebasan dari nifaq.
~Riwayat Imam Tirmizi.

Dan diantara sunat2 yang sudah jarang diambil berat oleh kita adalah mendapatkan takbir pertama bersama Imam.

Yang menjadi kebiasaan kita adalah 'suka masbuq'.Hati-hati dengan sikap kita yang suka masbuq ini sebab Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam:

احضروا الجمعة وادنوا من الإمام فإن الرجل لا يزال يتباعد حتى يؤخر في الجنة وإن دخلها

Hadirilah (solat) Jumaat dan dekati imam maka sesungguhnya seorang lelaki yang menjauhi dirinya (dari Imam kerana lambat) sehingga Allah memperlambatkan kemasukannya ke syurga walaupun dia memasukinya.

~Riwayat Imam Baihaqi.

Pada zaman jahiliyah...

Susah sangat solat berjemaah dengan bapa sebab fikirkan selepas solat itu ade zikir2 solat sehinggakan apabila diajak oleh bapa solat jemaah,boleh buat2 tido ini.Allah....zaman itu penuh dengan kejahilan,zaman tidak faham petunjuk Rasulullah.

Segalanya berubah apabila dibawah pentarbiyahan Sayyidi Al-Habib Umar (sebelum ke Mesir)...

Dalam majlisnya,senantiasa beliau ulang2kan 'Bukan dinamakan sebagai tolibul ilm,seorang yang suka melepaskan takbiratul Ihram yang pertama bersama Imam'.

Pengambilan berat beliau terhadap hal tersebut membuatkan diri tertanya 'Kenapa Habib senantiasa mengingatkan perkara tersebut?'Sejak dari persoalan itu membuatkan diri untuk 'mencuba'.Bila ikuti pengajian Sheikh Nuruddin (ketika tahun 1) di Mesir,barulah terbaca Hadis ini.Subnallah!segala apa yang diambil berat oleh Sayidi Al-Habib Umar semuanya adalah Sunnah2 Rasulullah.

Maka,apa yang ingin dikatakan disini ialah 'Pentingnya Ilmu' khasnya membaca hadis2 Rasulullah bersama guru.Beza orang yang beramal dengan berpandukan ilmu dengan orang yang sebaliknya.Beza perasaan,motivasi,zauq dan segalanya beza!Apabila kita sudah tahu dan merasai...tidak semudah itu kita melepaskan dan meninggalkannya!

Allah ta'ala berfirman:

Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. .
Surah Az-Zukhruf:9

Kalau Rasulullah sudah janjikan kita 2 pembebasan ini...Kita mahu apa lagi?!

Lebih ajib lagi jika seseorang itu sudah solat,tapi beliau solat kembali semata-mata mahu bantu temannya untuk mendapatkan jemaah.Ini juga diantara sunnah yg sudah ditinggalkan oleh masyarakat tapi sangat hidup di Tarim khasnya di Dar zahra' sehinggakan timbul perasaan malu untuk bersolat fardhu secara sendirian di musolla.Bagi mereka yang terlepas berjemaah di musolla,mereka akan bersolat di bilik atau mencari teman.

Dari Said al-Khudri,datang seorang lelaki dan Rasulullah sudah selesai solat,maka Rasululah pun berkata:

ألا رجل يتصدق على هذا فيصلى معه
Tiadakah seorang yg mahu bersedekah ke atas itu maka dia pun bersolat bersamanya?
~Riwayat Imam Tirmizi dan Abu Daud.

Tanpa kita sedari, cara itu sangat mujarab untuk melembutkan,mencairkan hati orang yang tidak membiasakan dirinya untuk solat berjemaah.Pasti akan terlintas di hatinya "Dia solat semula semata-mata nak bantu aku dapat fadhilat jemaah????"

Kerana apabila kita bantu teman kita solat berjemaah sedang dirinya sudah solat,secara tidak langsung orang itu sebenarnya sedang berdakwah dengan peribadinya.Peribadinya itu mengisyaratkan kepada temannya bahwa betapa pentingnya solat itu dikerjakan secara jemaah.Dan lama kelamaan,dia akan faham dan terus terpanggil untuk solat berjemaah dengan sendiri.Power solat jemaah itu sangat kuat dalam dakwah.

وعن ابن عمر رضي الله عنهما أن رجلا سأله فقال :إني أصلي في بيتي ثم أدرك الصلاة في المسجد مع الإمام , أفأصلي معه؟ قال له:نعم. قال الرجل :أيتهما أجعل لاتي؟ قال ابن عمر: وذلك إليك؟ إنما ذلك إلى الله عزوجل, يجعل أيتهما شاء

Dari Ibn Umar, datang seorang lelaki bertanya kepadanya dengan berkata:Aku telah solat di rumah kemudian aku mendapat imam sedang solat di masjid.adakah aku solat bersamanya?Maka dia berkata:ya.Kemudian lelaki itu berkata:solatku yang mana satu dikira?Ibn Umar berkata:dan urusan itu bagimu?hanysanya urusan itu bagi Allah,Dia yang menentukan yang mana satu.
~Riwayat:Imam Malik

Memang bukan mudah untuk meringankan badan kita untuk solat semula demi membantu teman kita berjemaah kerana ia sangat berat buat Nafsu sebab Allah ta'ala berfirman:

واستعينوا بالصبر والصلاة وإنها لكبيرة إلا على الخاشعين

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.

~Surah Al-Baqarah:45


Jadi,untuk menjinakkan nafsu yang berat dengan solat,adalah dengan memperbanyakkan solat sehinggalah Allah akan mengurniakan perasaan yang dirasakan oleh Rasulullah sepertimana sabda Rasulullah:

وجعلت قرة عيني في الصلاة
Dan aku jadikan dalam sholat itu penenang hati

Jadi, bagaimana untuk memotivasikan diri???

1)Kita tidak tahu mungkin dengan solatnya kita bersama teman kita itu,ia lebih khusyuk,lebih banyak ganjaran dan diterima oleh Allah.chances untuk diterima itu lebih luas.Sesiapa pun tidak boleh aman bahawa solatnya itu diterima.

2)Senantiasa lawan nafsu yang berat dengan solat.Kalau terasa berat,terus melawannya.cakap dengan Nafsumu sendiri 'wahai nafsu,engkau berat eh nak solat semula...aku patahkan engkau itu dengan aku solat dengannya!'

Firman Allah ta'ala:

ونهى النفس عن الهوى فإن الجنة هي المأوى
Serta dia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu; Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya..

An-Nazi'at:40-41

Ya Allah,Tundukkan nafsu kami mengikut syariat yang Rasulullah bawa....

Friday, August 20, 2010

Hadiah Dari Rasulullah Buat Kita


بسم الله الرحمن الرحيم

Sayyiduna Salman narrates that the Messenger of Allah spoke to the Companions on the last day of Sha`ban. He informed them that they were about to entera great and blessed month, a month in which there is a night better than a thousand nights. He mentioned some of the merits of the month of Ramadan.

Then he said: Do four things in abundance: two things with which you please your Lord, and two things which you cannot do without. As for the two things with which you please your Lord: your testification that there is nothing worthy of worship other than Allah and your seeking His forgiveness. As for the two things which you cannot do without: your asking Allah for Paradise and seeking refuge in Him from the Fire".
~Narrated by Ibn Khuzayma.


The Messenger of Allah taught al-Sayyida `A’isha to say on Laylat al-Qadr : “O Allah, truly You are all-Pardoning, You love to pardon so pardon us.
~Narrated by Ahmad, Ibn Majah and Tirmidhi with a sahih chain of transmission

On the basis of these two hadiths the scholars and people of Tarim repeat the following du`a throughout the month of Ramadan:

أشْهَدُ أن لا إلهَ إلا الله نَسْتَغْفِرُ الله نسأَلُكَ الجنَّةَ ونَعُوذُ بِكَ مِنْ النَّار

Ashadu alla ilaha illallah, nastaghfirullah, nas’aluk’l-jannata wa na`audhu bika min an-nar

“I testify that there is nothing worthy of worship other than Allah and we seek the forgiveness of Allah. We ask You for Paradise and take refuge in You from the Fire.” (3 times)

اللهمَّ انَّكَ عَفُوٌ تُحبُّ العفْوَ فَاعْفُ عَنَّا (3) يا كريم

Allahumma innaka `afuwun tuhibbu-l’`afwa f`afwa `anna

“O Allah, truly You are all-Pardoning, You love to pardon so pardon us” (3 times). On the third time say “O Most Generous” (Ya Karim).


*The du'a has been compiled and translated for us by Sidi Amin Buxton (Allah preserve and increase him).


Ya Allah,
Bantu Kami ,
Menjalani ibadah puasa,
Menghidupkan malam,
Dan mengurangkan tidur dan kalam kami...

Tuesday, August 10, 2010

Peluang mendapat Kekayaan Hakiki!

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.
Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala alihi
.

Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam:

لغدوة أو روحة في سبيل الله خير من الدنيا وما فيها

'Keluar di waktu pagi (selepas subuh hingga terbit matahari) atau keluar di waktu petang (selepas asar hingga Marghrib) di jalan Allah lebih baik dari dunia dan seisinya'.

~Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim.


1)Daurah Khas bersama Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari.


LIVE @ www.almuttaqin.tv

P/s:alfaqir suka sangat hadiri majlisnya kerana Sheikh Nur selalu cerita tentang Al-Habib Umar Ibn Hafiz.

Bagi yang mengikuti secara LIVE...

Waktu Pengajian: 10.00 PM n 3.30 AM ( Singapore Time)


2)Daurah Khas bersama Syeikh Rahimuddin An-Nawawi Al-Bantani.

Kitab?

Kitab Tafsir Al-Jailani.

Dimana?

Rumah Terengganu, Hay Asyir.

Bila?

Jam 8.00 AM. Bermula 1 Ramadhan 1431 H, dengan mingguan pada hari Sabtu sehingga Rabu.

Alhamdulillah...
Walau hati ini teramat rindukan Ramadhan di Tarim,
Moga kesibukan ini mengubat rindu ITU.
Terima Kasih Ya Allah,
Engkau hanya mahukan yang terbaik buat diri ini,
Engkau memberi hambaMu ini peluang merebut kekayaan yang dimaksudkan oleh kekasihMu sollahu'alaihi wasallam.


Ya Allah,Sesungguhnya tiada daya dan upaya kecuali denganMu...

Tuesday, July 06, 2010

KeKaYaAn DiSiSi RaSuLuLlAh


Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.
Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala alihi
.

Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam:

لغدوة أو روحة في سبيل الله خير من الدنيا وما فيها

'Keluar di waktu pagi (selepas subuh hingga terbit matahari) atau keluar di waktu petang (selepas asar hingga Marghrib) di jalan Allah lebih baik dari dunia dan seisinya'.

~Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim.


Maka,hendaklah penuntut ilmu Allah khasnya menjaga 2 waktu ini iaitu selepas subuh dan asar agar kita perolehi kekayaan yang Rasulullah maksudkan itu.Jangan kita biarkan 2 waktu ini kecuali kita sedang berada di dalam majlis ilmu.

Allah...bila baca hadis ini,pertama yang di fikiran adalah orang yang mempraktikkan hadis ini iaitu Sayyidi Al-Habib Umar Ibn Hafiz.Beliau tidak atur aktiviti waktu kami di Dar Al-Zahra' /Dar Al-Mustafa kecuali mengikut panduan Al-Quran dan Al-Sunnah.Majlis ilmunya diadakan khas selepas solat subuh hinggalah terbit matahari (syuruq) dan selepas solat asar.

Nukilan dari pengajian Rowhah Habib Umar Ibn Hafidz pada Dowrah tahun lalu...


"Selepas asar adalah waktu dimana turunnya curahan rahmat yang banyak,menerangi hati dan turunnya rezki (ma'nawi).Inilah diantara hikmah kenapa kita diharamkan solat (sunnat mutlak selepas melakukan solat fardhu) pada waktu itu."


Cuba kita muhasabah....

Selepas solat subuh apa aktiviti seharian kita???Kita akan dapati bukan alunan zikir yang kedengaran tapi alunan dengkuran (tidur).Maka,hanya mereka yang memahami dan menyakini maksud dari kalam Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam 'lebih baik dari dunia dan seisinya' akan tahu apa yang sepatutnya dilakukan pada ketika itu.

Mujahadahkan diri untuk keluar ke majlis ilmu selepas subuh supaya kita tidak tidur pada waktu yang penuh berkah itu.

Janganlah kita mudah lemah semangat dengan 1 hadis yg kita dengar dari mulut masyayikh kita atau mendapat hanya 1 patah perkataan dari Mereka atau jika guru kita itu tidak hadir kerana
Allah tidak menilai apa yang kita perolehi tapi Dia pandang usaha dan mujahadah kita itu ; iaitu usaha kita untuk mempelajari kebaikan.

Firman Allah ta'ala:

وَٱلَّذِينَ جَاهَدُواْ فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلْمُحْسِنِينَ

"Dan orang2 yang bermujahadah di jalam Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya."

~Al-Ankabut:69.

Kalau kita mengharapkan kebaikan dari manusia,Kita akan senantiasa kecewa tapi tidak apabila kita mengharapkan kebaikan itu dariNYA.Sesungguhnya,Dia Maha Kaya.Apabila Dia mahu berikan,maka Dia tidak peduli siapa kita. Ya kheir Robb....

Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam:

من دخل مسجدنا هذا ليتعلم خيرا أو ليعلّمه فهو كالمجاهد في سبيل الله

'Siapa yang masuk ke masjid kami ini untuk mempelajari kebaikan atau mengajarkannya,maka dia seperti orang yang berjuang ke jalan Allah.'

~Riwayat Imam Ahmad dan Imam Abu Daud.


Dalam hadis tersebut menunjukkan betapa rahmahnya Rasulullah terhadap ummahnya sehingga beliau sebutkan 'kebaikan' itu secara am.Jadi,tidak semestinya kehadiran kita ke masjid atau majlis ilmu itu semata-mata untuk mempelajari ilmu ,akan tetapi apa2 yang berbentuk kebaikan yang kita perolehi sebagai contoh datang ke 1 majlis untuk melihat wajah2 kekasihNya atau untuk rehat dari kesibukan dunia...Maka kita sudah termasuk dalam golongan orang yang berjuang di jalan Allah.

Allah...Cukuplah kalam Rasulullah itu sebagai sumber inspirasi kami.

Ya Allah,
Pimpin kami untuk menjalani kehidupan seorang hamba Rabbani Muhammadiy....

Thursday, April 29, 2010

Lebih Halus Dari Semut Hitam


Bismillah
As-salamu alaykum wa rahmatullah

The following supplication was mentioned by Sayyidi Habib Umar (may Allah preserve him) in the last lesson. Please feel free to benefit and share with others.

Purification from showing off in acts of worship (riya’)

The Prophet salAllahu 'alayhi was-salam said:

“Shirk (attributing partners to Allah) is harder to detect amongst you than the crawling of an ant but I will guide you to something which if you do it Allah will remove from you the lesser shirk and the greater shirk.”

He then taught them this du`a. What is meant by the greater shirk is worshiping gods alongside Allah and lesser shirk is riya’ or showing off in acts of worship, and this du`a is a protection from both types:


الَّلهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أُشْرِكَ بِكَ وأَنا أَعلَمُ وأَستَغفِرُكَ لما لا أَعلَمُ

Allahumma inni a`udhu bika an ushrika bika wa ana a`lamu wa astaghfiruka lima la a`lamu

“O Allah I seek refuge in You from knowingly associating partners with You, and I seek Your forgiveness for that which I do not know.”

(3 times in the morning and 3 times in the evening)

And Allah Most High knows best.

Wassalam,

wayfayrers coordinators


****************************
*Rujukan Hadis: Kitab Al-Adab Al-Mufrad Oleh Imam Al-Bukhari


Ya Allah,Jadikan segala niat kami hanya buatMu semata...

Tuesday, April 13, 2010

Majlis Rasulullah sollahu 'alaihi wa sallam




Dari Ibn Umar berkata:

'Kami mengira di majlis Rasulullah(Sollahu 'alaihi wasallam) bahawa Rasulullah membaca
رب اغفرلي و تب علي إنك أنت التواب الرحيم sebanyak 100 kali.
'

*Rujukan : Kitab Al-Adab Al-Mufrad oleh Imam Al-Bukhari.


Subhanallah...

Bila baca hadis itu @ Dowrah Sheikh Nuruddin bulan March lalu,teringatkan apa yang hubabah Nur (Isteri Sayyidi al-Habib Umar ibn Hafidz) hidupkan sunnah Rasulullah itu didalam majlisnya.Sunnah yang mungkin dianggap orang 'remeh'...tapi sangat terkesan dan terasa keterikatanya dengan Pembawa Risalah agung itu.

Kenangan Ramadhan @ Tarim Hadramaut:

Selepas terawih,kami akan bergegas ke rumah para auliya dan solihin yang telah ditetapkan untuk kami hadiri pengajian yang dipimpin oleh hubabah Nur.
Biasanya sebelum memulakan pengajian,hubabah akan memimpin kami membaca istighfar beramai-ramai sebanyak 100 kali.

Astaghfirullah...

Astaghfirullah...

Astaghfirullah...(100x)

Maseh terdengar alunan istighfar yang dibacakan di telinga ini.

Allah...

Allah itu Maha ADIL.

Walau kita tidak berpeluang duduk di majlis Rasulullah,bertemu Rasulullah di dunia ini,tapi DIA kekalkan kesan2 peninggalan Rasulullah buat kita.
Kesan majlisnya...
Kesan tarbiyahnya...
Kesan cintanya...
Dan segala-galanya yang mengingatkan kita seolah-olah kita pernah bersamanya yang walaupun kita terpisah dengannya secara jasad.


Ya Allah...
Bagaimanalah diri ini tidak merindui majlis itu,
Sedang majlis itu mengingatkanku kepada Majlisnya Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam...


Jadi,bagi sesiapa yang berpeluang memimpin halaqah atau majlis,maka pimpinlah jemaah kita menghidupkan sunnah ini.Kalau kita pula yang merupakan salah seorang jemaah dalam suatu majlis,maka kita pastikan bahawa tidak bangunnya kita dari majlis itu kecuali telah beristighfar sebanyak 100 kali.Allah...


Ya Allah...
Jadikan majlis kami,
Majlis yang mengingatkan kami kepada Kekasih Agung Mu....

Tuesday, March 30, 2010

Perlukan Vitamin?!



Riwayat Imam Ahmad:

'Sayyidah Fatimah Az-Zahra' dan Sayyidina Ali mengadu kepada Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam akan kesusahan yang hadapi oleh mereka berdua dalam melaksanakan kerja seharian dan ingin meminta seorang khodim(pembantu) untuk membantu mereka.

Maka Rasulullah (sollahu 'alaihi wasallam) berkata:

Mahu aku tunjukkan 1 perkara yang jauh lebih baik dari seorang khodim?!Apabila kalian mahu ke tempat tidur,maka bertasbihlah 33 kali,bertahmid 33 kali,bertakbir 34 kali.....'


Berkata Sayyidina Ali:

'Aku tidak pernah meningggalkannya sejak aku mendengar perkara itu dari Rasululllah sollahu 'alaihi wasallam.'


Cuba fikir-fikirkan...

Kenapa Sayyidina Ali tidak pernah meninggalkan pesanan Rasulullah tersebut walau pada hari pertempuran Siffin (disebutkan dalam riwayat lain)????


Bukankah kerana ia 1 yang mujarab ?!

Dari sini,kita dapat lihat bahawa ia bukan saja memberi kekuatan ma'nawi(batin) tetapi kekuatan jasmani(zahir).Jadi,bagi sesiapa yang badannya selalu mudah rasa lemah,mempunyai semangat yang lemah dalam melakukan 1 pekerjaan,cuba amalkan tiap hari.Dengan mengamalkan tips Rasulullah itu,kita dapat optimize tenaga kita yang terbatas ini dengan dapat melakukan pekerjaan yang paling maksimal.

Subhanallah...

اللهم صل على محمد طب القلوب و دوائها و عافية الأبدان و شفائها

Jadi,Jangan sesekali kita sedikit pun memandang remeh akan sunnah2 Rasulullah
kerana segala apa yang diajarkan oleh Rasulullah itu mempunyai kebaikan zohir dan batin.

Selain itu...

Bukankah kerana Rasulullah itu orang yang paling dicintai Sayyidina Ali lebih dari dirinya sendiri???



Kalau Sayyidina Ali tidak pernah meninggalkan zikir tersebut setelah mendengar dari bibir As-Syarif Rasulullah....


KITA pula bagaimana????

Ya Allah,
Hiasi peribadi kami dengan Sunnah2 kekasihMU hingga kami ini menyejukkan hatinya...

Tuesday, November 24, 2009


Firman Allah ta'ala:

وَيَذْكُرُواْ ٱسْمَ ٱللَّهِ فِيۤ أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ

Kata Imam Ibn Abbas dan Imam Syafie dan kebanyakkan Ulama:

أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ adalah awal sepuluh zulhijjah.

Imam An-Nawawi berkata dalam kitabnya Al-Azkar:

'Ketahuilah bahwasanya digalakkan untuk memperbanyakkan zikir pada awal 10 zulhijjah ini lebih dari hari-hari biasa'.


Sabda Rasulullah dari riwayat Imam Al-Tirmizi:

ما من أيام العمل الصالح فيهن أحب إلى الله من هذه الأيام العشر
Tiada suatu amalan soleh yang dilakukan didalamnya lebih disukai Allah kecuali pada hari2 awal 10 zulhijjah.


Sabda Rasulullah dari riwayat Imam Al-Tirmizi:

Sebaik-baik doa adalah doa pada hari arafah.Dan sebaik2 ucapan yang aku ucapkan dan begitu juga para Nabi sebelumku adalah
لا إله إلا الله، وحده لا شريك له، له الملك، وله الحمد وهو على كل شيء قدير

Dan begitu juga Hadis riwayat Imam Ahmad dengan lafaznya yang bermaksud:

Doa yang paling banyak didoa oleh Rasulullah pada hari arafah adalah

لا إله إلا الله، وحده لا شريك له ، له الملك، وله الحمد، وهو على كل شيء قدير


Dan bagi mereka yang tidak berada di Arafah pula...

Disunnatkan berpuasa pada 9 zulhijjah.

Dari Hafsoh R.A berkata (bermaksud):

'4 perkara yang Rasulullah tidak pernah tinggalkan;Puasa Asyura',puasa 3 hari pada setiap bulan,dan solat sunnah 2 rakaat sebelum fardhu subuh'.


~Riwayat oleh Imam Daud dan selainnya.

Kelebihan Puasa Sunnah hari Arafah...

Hadis yang Bermaksud:

Dari Abi Qotadah R.A bahwa Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam apabila ditanya tentang puasa hari arafah,maka Rasulullah bersabda;Diampunkan dosa tahun lalu dan tahun akan datang.


~Riwayat Imam Muslim.

Bukti kecintaan KITA adalah dengan mengamalkan sunnah2nya secara sempurna.


Sempena Hari Raya Korban ini...

Tanya diri...Pengorbanan apa yang saya telah lakukan buat Rasulullah???

Ya Allah,bantu kami untuk mengikut setiap langkahnya zahir dan batin...