[Maksud]
Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala dengan ilmu dan amal yang sempurna),kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu dan kerana kamu selalu mempelajarinya.
~Al-Imran:79
MISI:
DiAmKu fIkIr...UcApAnKu zIkIr...LiHatku MeNgAmBil i'TiBaR
Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMu; oleh itu suratkanlah kami berserta orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaanMu dan kebenaran RasulMu). Al-Imran:53.
Siapa yang meminta syahid dengan penuh kesungguhan(jujur),Diberikannya syahid itu walau syahid itu tidak menimpa dirinya.
Riwayat Imam Muslim.
Sejak dari tahun 1999 ketika berlaku peperangan di Afghanistan, Sheikh Imad telah berkata kepada Sheikh Ali Jumuah selepas kelas, "Aku ingin mati syahid", kemudian Sheikh Ali "Bersabarlah...ajari manusia...ajari manusia...tempahkan dirimu (ke jalan itu) ."
Selepas dari itu, Beliau sentiasa berdoa: "Ya Allah kurniakanlah aku mati syahid"
Ketika menunaikan haji baru-baru ini, Beliau banyak meminta dan berdoa supaya dapat mati syahid.
Semua orang mengimpikan syahid... Tapi bukan semua orang mahu menempuhi jalan syahid... Akan tetapi Sheikh Imad Effats... Dia mengimpikan syahid dan melalui jalan tersebut... Semoga kami mengikut jejak langkahnya..
Patah tumbuh hilang berganti...Ulama pergi hilangnya tiada berganti.
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi.
Firman Allah ta'ala:
إن أريد إلا الإصلاح ما استطعت وَمَا تَوْفِيقِيۤ إِلاَّ بِٱللَّهِ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ
Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali.
Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya dan ahli langit dan bumi sehingga semut yang berada didalam lubang dan ikan paus mendoakan kebaikan kepada orang yang mengajar manusia kebaikan.
Maka beruntunglah bagi seorang lelaki yang Allah jadikannya pembuka kepada kebaikan dan penutup bagi kejahatan.Dan celakalah bagi yang Allah jadikannya penutup bagi kebaikan,pembuka kepada kejahatan.
-Riwayat Ibnu Majah.
Alhamdulillah...Pada 2 August 2011 bersamaan dengan 1 ramadhan, adik2 baru kami tiba di Mesir.Seramai hampir 40 orang.Orientasi 2011/2012 kali ini bertemakan:Ilmu,Ibadah,Dakwah, yang merupakan 3 rukun Al-Azhar Al-Syarif.Ia berlangsung selama 11 hari di Markaz Perkemas Singapura.
Dan ini buat kali pertama alfaqir ikut sertai dalam orientasi sebagai programmer.Apabila ditawarkan sebagai programmer,rasa teragak-agak kerana tugas itu berat dan perlu komitment yang penuh.Dan 1 realiti berat yang perlu dihadapi oleh diri ini adalah terpaksa mengorbankan pengajian2 saya dan saya bukan jenis yang mudah melepaskan kelas2 luar saya terutama lagi apabila waktu itu didatangi oleh ulama yang sangat saya nanti-nantikan iaitu sheikh Nuruddin .
Cuma saya ambil kesempatan itu untuk mentarbiyah keterikatan hati saya terhadap kelas2 itu.Cuba untuk melepaskan sedikit demi sedikit pautan itu sehingga bersedia untuk melepaskannya untuk jangka waktu yang panjang iaitu bila pulang nanti.Dalam masa yang sama,ini adalah peluang saya untuk menjadi golongan yang Rasulullah sebutkan ini:
لأن يهدي الله بك رجلا واحدا خير لك من حمر النعم
Dengan Allah memberi hidayah kepada seseorang disebabkan kamu itu lebih baik dari seekor unta merah (puncak kekayaan orang arab).
-Riwayat Imam Al-Bukhari.
Peluang saham akhirat yang menanti!!!
Sebenarnya orientasi itu bukan hanya untuk adik2 yang baru datang bahkan senior2 yang join juga turut terasa berorientasi bersama adik-adik.Seniors bukan hanya mendidik malah dididik kerana seniors perlu sedaya upaya menunjukkan qudwah yang terbaik!Adik2 yang baru datang,mereka bagaikan bayi yang baru lahir,tidak tahu apa2 hanya bergantung kepada seniors.Oleh itu,seniors bertanggungjawab dalam apa yang mereka corakkan buat generasi akan datang.
Ingin alfaqir merakamkan kenangan manis orientasi 2011/2012 dimana para ulama besar mengunjungi markaz kami....
Pada 5 August 2011...
Sheikh Dr Usamah Sayid Mahmud Al-Azhari diundang pada program orientasi buat kali ke 2.Kalau pada tahun lalu 2010,pengisian sheikh berbentuk nasihat kepada para pelajar yang baru tiba Mesir.Akan tetapi kali ini,ia berkenaan dengan Manhaj Al-Azhar yang merupakan kesimpulan dari kitab beliau :
الإحياء الكبير لمعالم منهج الأزهر المنير
Subhanallah...walau pernah ikuti pembentangan kitab ini di Masjid Al-Azhar As-Syarif oleh sheikh Usamah sendiri,tetap banyak input baru yang diperolehi pada majlis tersebut.
Tak rugi dengar berkali2!Mungkin apa yang difahami pada pertama kali itu, tidak difahami pada yang kedua kali.Sangat terharu dengan kedatangan ulama besar Al-Azhar As-Syarif seperti beliau ke markaz persatuan kami.
Pada 8 August 2011...
Buat pertama kalinya,datangnya ulama besar Nusantara,Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari.Allah...Happy tersangat alhamdulillah.Sheikh banyak memberi semangat dan kata2 nasihat sebagai tolibul ilm.Diantara nasihat beliau yang sangat terkesan adalah:
"Diantara sebab kegagalan mahasiswa/wi Mesir adalah kerana tidak menghormati kemuliaan tempat yang ia berada".
Dalam pengajian,sheikh selalu ingatkan bahawa jangan perbuatan2 yang kita lakukan di Mesir ini mengguris hati dan perasaan para sahabat Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam,para ulama dan auliya yang tersemadi di bumi Mesir ini.
Allah berfirman dalam Hadis Qudsi :
من عادي لي وليًا فقد آذنته بالحرب
Siapa yang menyakiti waliKu,maka Aku isytiharkan perang buat dirinya.
-Riwayat Imam Al-Bukhari.
Tiada harapan lain sebagai seniors buat adik2nya selain menginginkan mereka itu lebih baik dari kakak2 dan abang2 mereka.
Tersentuh hati apabila seorang adik berkata kepada saya:
"Kakak,pimpin adik ye di Mesir".
Itu tiada ikatan nasab.
Terasa bagaimana lagi jika kata2 itu keluar dari mulut seorang hamba kepada Penciptanya?! Setiap hari kita minta kepada Allah agar pimpin kita ke jalan yang lurus.Tidak mengusik Allah kah untuk mengabulkannya sedang Dia yang menciptakan kita???Allah...
Terima kasih ya Allah kerana Engkau hadiahkan adik2 ini buat kami,
Kami tinggalkan mereka dibawah pemeliharaanMu...
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim. Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi.
Alhamdulillah dan syukur kepadaNya dilapangkan waktu untuk mendengar pengajian sirah Sayyidi Al-Habib Umar Ibn Hafidz LIVE melalui internet.
Allah...seronok mendengar sirah Rasulullah daripadanya.Lebih2 seronok lagi jika kita dapat lihat secara visual ketika beliau sedang menceritakan itu, seolah-olah dapat merasakan bahawa kita berada dalam cerita itu dan hidup di zaman Rasulullah.Subhanaallah! Beza mendengar ilmu dari mulut ulama dengan membaca secara sendirian.
Istifadah dari Pengajian Sirah bersama Sayyidi Al-Habib Umar Ibn Hafidz on 31/7/10:
Apabila Rasulullah membawa Risalah,Allah menyuruh memperbanyakkan zikir dan ibadah agar ia menjadi sebab kemenangan.
Allah berfirman:
إذا جاء نصر الله و الفتح وَرَأَيْتَ ٱلنَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ ٱللَّهِ أَفْوَاجاً فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَٱسْتَغْفِرْهُ
Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah);Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai; Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya...
~Surah An-Nasr:1-3
Habib Umar kata: "Dalam ayat ini Allah menguatkan lagi tentang memperbanyakkan tasbih,zikir ,istighfar dan ibadah sebelum dan selepas kemenangan dan di dalam setiap keadaan.Maka,semestinya Syi'ar orang mukmin itu adalah hakikat pengabdian kepada Allah s.w.t,tidak hanya bergantung pada persiapan secara zahir.Sepertimana Allah sebut melalui lisan sayyidina Musa:
ٱشْدُدْ بِهِ أَزْرِي وَأَشْرِكْهُ فِيۤ أَمْرِيكَيْ نُسَبِّحَكَ كَثِيراً وَنَذْكُرَكَ كَثِيرا Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku,Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku,Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu,Dan (supaya) kami sentiasa menyebut dan mengingatiMu;
Tiada pemikiran seperti 'Engkau sekarang sedang dalam keadaan dan tugas yang berat dalam berhadapan dengan Fir'aun,buat apa sibuk memperbanyakkan zikir dan beribadah 'yang sepertimana wujudnya akal2 yang kosong dari memahami hakikat wahyu dan syariat Allah."
Ayat ini ....
كَيْ نُسَبِّحَكَ كَثِيراً وَنَذْكُرَكَ كَثِيراً
Mengingatkan alfaqir Pengajian sirah bersama Sheikh Usamah Sayyid Al-Azhari on 1/4/09:
Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas. Nabi Musa berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; Dan mudahkanlah bagiku,tugasku; Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku,Supaya mereka faham perkataanku, Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku.Iaitu Harun saudaraku; Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku, Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku, Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu, Dan (supaya) kami sentiasa menyebut dan mengingatiMu; Surah Toha:24-34
Allah mengajarkan,menisyaratkan kepada Nabi Musa 'alaihissalam 5 perkara sebelum berdakwah:
قَالَ رَبِّ ٱشْرَحْ لِي صَدْرِي
1)Meminta supaya dilapangkan hati iaitu dengan membersihkan hati.
وَيَسِّرْ لِيۤ أَمْرِي
2)Minta dipermudahkan urusan iaitu dengan diberikan taufiq.
وَٱحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِي
3)Meminta untuk melepaskan simpulan dari lidahnya iaitu dengan mengisi hati itu dengan ilmu ma'arifah,hikmah dan pengalaman.
وَٱجْعَل لِّي وَزِيراً مِّنْ أَهْلِي
4)Meminta dikurniakan teman dalam menjalankan tugas dakwah.
كَيْ نُسَبِّحَكَ كَثِيراً وَنَذْكُرَكَ كَثِيراً
5)Senantiasa menghadirkan niat dan tujuan dalam menjalankan tugas tersebut iaitu beribadah kepadaNya dengan memujiNya, menyebut dan mengingatiNya.
Dari sini,terdapat 5 steps yang perlu dilakukan oleh seorang da'ie:
1)Melakukan tasfiyah iaitu membersihkan hati antara engkau dan Allah serta mengagungkan syiar2 agama.
2)Menghapuskan segala halangan yang menghalang dari bermua'amalah dengan manusia.
3)Mengisi hati dengan ilmu,ma'rifah,hikmah dan pengalaman kerana orang yang kosong tidak mampu memberikan apa2.
قيل : فقد الشئ لايعطي
Kehilangan sesuatu itu tidak mampu diberi.
4)Wujud teman yang membantu dalam kerja dakwah
5)Senantiasa menghadirkan niat2 dan tujuan2 asal.
P/s:Dowrah akan berakhir lagi beberapa hari,bagi siapa yang berkempatan untuk mendengar dan ikuti sila ke Link INI for more details.
Saya suka sangat Doa Sayyidi Al-Habib Umar ini dalam pengajian sirah lalu....
Wahai yang menghancurkan berhala2 buat Rasulullah di Mekah, Maka dengan berkat kedudukannya disisiMu, Kami meminta agar Engkau hancurkan 'berhala2' yang wujud di hati2 kami, Yang memalingkan kami kepada selainMu, Dan segala sifat pergantungan kepada mereka yang Engkau musuhi zohir dan Batin...
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
~Surah Al-Taubah:71
Sabda Rasulullah Sollahu 'alaihi wasallam:
فوالله لأن يهدي بك رجلاً واحداً خير لك من حُمر النَّعم
Demi Allah,dengan seseorang mendapat hidayah keranamu lebih baik dari seekor unta merah (puncak kekayaan orang arab).
~Riwayat Imam Bukhari.
Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam:
من دعا إلى هدى كان له من الأجر مثل أجور من اتبعه لا ينقص ذلك من أجورهم شيئاً
Siapa yang mengajak kepada petunjuk,baginya ganjaran sama seperti yang mengikutnya,tidak dikurangkan dari ganjaran mereka sedikit pun.
~Riwayat Imam Muslim.
Lagi seminggu adik2 tahun 1 bakal tiba di Mesir.Batch kali ini adalah batch yang terbanyak iaitu dalam 50 orang.
Datang ke Mesir pertama kali adalah bagaikan bayi yang baru lahir dalam keadaan fitrah.Mereka tidak tahu apa-apa,blur,confuse, ikut-ikut dan sebagainya.Seniors yang bersama mereka yang akan membentuk dan mencorak mereka.
Setelah meningkat tahun demi tahun,memerhati keadaan sekeliling,betapa pentingnya tunjuk ajar itu sebelum ke Mesir kerana itu mencorak kita apabila disini.Terima kasih buat guru yang membimbing dan menunjukkan jalan ITU ; jalan ulama dan ilmu dan saya tidak pernah kesali memilih jalan itu.Alhamdulillah.Saya tidak akan kecapi kenikmatan yang sebagaimana saya perolehi sekarang ini kalau tidak kerana bimbingannya sebelum ke Mesir lagi.Jazallahu 'anhu khairal jazak!
Orang yang pertama yang membimbing kita disini adalah orang yang akan kita ikuti jejak langkah mereka.Jadi,hati-hati kepada senior-senior yang akan memimpin adik2 kita yang bakal datang nanti.Jangan kita menjadi sebab yang tidak baik kepada generasi akan datang,mewariskan cara kehidupan yang kurang sesuai sebagai penuntut ilmu As-Syarif.
Jadikan 1 misi utama dalam diri kita untuk menjadi SEBAB hidayah dan kebaikan buat orang lain!Ambil kesempatan ini untuk mendapat keuntungan saham akhirat yang berterusan.Adik2 yang bakal datang nanti adalah mereka yang Allah hantarkan kepada kita sebagai jalan mendekatkan diri kepadaNYA iaitu Dakwah!
Ya Allah,Jadikan kami pembuka kepada kebaikan dan penutup dari segala kejahatan...
'...Sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya ...
وَمَنْ أَحْيَاهَا فَكَأَنَّمَا أَحْيَا النَّاسَ جَمِيعاً '...Dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya....' ~Surah Al-Maidah:32
Kata Para Ahlillah:
'Jika itu ditujukan buat orang yang membunuh jasad manusia,maka betapa dasyatnya jika seseorang itu membunuh jiwa manusia.Maka bagaimana pula jika seseorang itu menghidupkan hati manusia?!seolah-olah ia telah menghidupkan seluruh hati2 manusia.'
Tambahan Al-Habib Umar: 'Dari sini kita dapat lihat betapa tingginya nilai kedudukan para murabbi yang mendidik hati2 manusia.'
Kaitan dengan diri KITA?
Dalam apapun posisi yang Allah sudah tempatkan buat kita,maka jangan kita pisahkan kerja TARBIYAH.Contoh:kalau kita menjadi seorang guru,maka jadilah,bukan sahaja seorang yang mengajarkan ilmu,tapi mendidik hati anak2 didiknya.
Jika kita tidak mampu menjadi murabbi,maka sedaya upaya untuk menjadikan diri kita itu sebagai asbab (penyebab) hidupnya hati manusia seperti menunjuk dan mengajak kepada kebaikan atau menunjuk kepada ahlinya.Sepertimana kita tahu bahawa kebaikan itu menghidupkan hati manusia dan maksiat/kelalaian pula mematikannya.Oleh itu,hendaklah kita berhati-hati agar jangan sampai kita menjadi sebab matinya hati manusia.
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)! [41:33]
Ya Allah,Jadikan kami sebagai penolong Rasulullah dalam menyebarkan risalahnya...
Demi Allah!seseorang yang mendapat hidayah dengan disebabkan kamu lebih baik dari unta merah(puncak harta kekayaan orang arab).
~Riwayat Imam Al-Bukhari
Maka,hendaklah setiap orang meletakkan kata2 Rasulullah ini dihadapannya sehingga ia dijadikan sebagai 1 motivasi dalam melaksanakan MISI setiap orang muslim iaitu 'Mengajak orang ke jalan ALLAH'.
Tidak menggerakkan semangat kita lagi kah jika Rasulullah sudah katakan sedemikian?
Kalau pemerintah sbg contoh memberi kita tawaran bahawa sesiapa yang dapat menarik seseorang ke jalan kebaikan,kita akan diberikan 1000 US bagi setiap orang yang kita berjaya 'tarik' misalan.Betapa kita bersungguh-sunguh untuk melakukannya semata-mata dengan harta kekayaan yang tiada nilai disisiNYA dan RasulNYA.
Dan sekarang,orang yang menjanjikan kita habuan tersebut adalah seorang yang terlalu istimewa disisi Allah dan kalamnya pula bukan atas dasar mengikut hawa nafsu tapi atas dasar wahyu.Bagaimana keyakinan KITA?Adakah kita lebih yakin dengan janji yang dibuat oleh insan biasa dari yang telah dijanjikan oleh insan luar biasa (Rasulullah)?!
Soalan yang pernah diajukan kepada Al-Habib Ali Al-Jufri semasa pengajian Dowrah @ Darul Mustafa,Tarim Hadramaut:
Mana lebih utama kita berdakwah,islah keadaan ummat islam atau dakwah kepada orang yang bukan Islam?
Jawab Al-Habib Ali:
Kedua-duanya sama penting.Jika tidak mampu,buat dengan apa yang Allah sudah tempatkan diri kamu.Jika kita ditempatkan dengan orang sekeliling kita itu adalah orang yang bukan islam,maka itulah medan dakwah iaitu menarik mereka untuk memeluk agama islam.Tapi jika kita ditempatkan dikalangan orang islam kita sendiri,maka tanggungjwab kita adalah islahkan umat islam.
Kesimpulan:
Lakukan dakwah ditempat yang Allah sudah tetapkan buatmu.Dakwah itu luas.Tidak terhad dalam persatuan,pertubuhan dan sebagainya.Itu hanya diantara salah 1 wasilah saja.Jangan kita sempitkan skop dakwah itu.Cari kekuatan diri sendiri.Setiap orang berbeza.Menjadi 1 kesalahan kita memaksa orang untuk ikut 'rentak' kita berdakwah.
Kalau Allah berikan kita kekuatan PENGARUH,maka gunakan pengaruh tersebut.Ada orang Allah berikan kekuatan menulis tapi apabila bersyarah,tidak petah berkata-kata,maka kekuatan dakwahnya adalah melalui TULISAN dan begitu juga sebaliknya.
Setiap orang buat tanggungjawab masing2 dengan kemudahan yang Allah sudah siapkan buat dirinya.
Al-Habib Umar Ibn Hafidz berkata: 'Engkau berdakwah bukan kerana engkau itu lebih baik atau lebih 'alim dari orang lain tapi adalah kerana engkau tersangat perlukan rahmatNYA.'
Sheikh Nuruddin berkata semasa sesi khas bersama akhawat @ Pengajian Tafaqquh baru-baru ini: 'Kira2 tidak masuk syurga kah kita jika orang lain itu masuk syurga disebabkan kita???Disaat kita menunjukkan kebaikan kepada orang tersebut dan orang itu pun beramal dengannya dan kebaikan itu menjadi sebab dia masuk syurga.
Kalau ingin dilihat amalan kita,mana dengan riya'nya,ujubnya,kibrnya,suma'ahnya...yang itu semua menjadi penghalang amalan kita diterima oleh Allah Azza wa Jalla.Kira2 tidak mengusik Allah kah untuk memasukkan kita ke syurga sedang orang yang pernah kita tunjukkan jalan kebaikan kepadanya itu masuk syurga?!'
Dan kata2 sheikh Nuruddin yang diatas ini adalah maksud dari kalam Sayyidi al-Habib Umar.
1 yang perlu INGAT!!!
Kita berdakwah bukan kerana orang perlukan KITA,akan tetapi KITA yang perlukan mereka untuk mendapatkan Rahmat dan RedhaNYA.Mereka adalah WASILAH kita bukan TUJUAN.Jadi,senantiasalah mujahadah untuk menghilangkan perasaan 'istimewa' yang ada didalam diri.
Yang penting!!!
Kita buat dulu sebelum berkata kepada orang kerana ia memberi kesan yang sangat mendalam terhadap kehidupan seseorang.Kata-kata yang kosong dari perbuatan adalah bagaikan 'masuk ke telinga kanan kemudian keluar ke telinga kiri'.
Jika perkataan kita itu bertentangan dengan perbuatan kita,ia boleh menimbulkan perasaan 'menyampah' dengan kata2 tersebut dan dari situ semakin membuat orang tidak mahu beramal dan kita secara tanpa disedari menjadi penghalang kepada orang itu untuk buat kebaikan tersebut.
Jangan sesekali kita berani untuk berkata-kata sedang kita tidak buat.Takut2 ia menjadi hujjah ke atas diri kita di akhirat nanti.Kecualilah jika ada keuzuran.Misalan,kita tidak mampu melakukan sesuatu kebaikan yang kita anjurkan orang lain untuk buat tapi dalam masa yang sama kita niatkan 'moga aku juga dapat bahagian dari apa yang dia lakukan'.Insya Allah kheir...
Sabbda Rasulullah:
من دل على الخير فله مثل أجر فاعله
Siapa yang menunjukkan kepada kebaikan ,maka baginya ganjaran orang yang melakukan kebaikan tersebut.
Ya Allah,Jadikan kami pembuka kepada kebaikan dan penutup dari segala kejahatan.
'Pembelian Barangan Israel dan Amerika PADA WAKTU SEKARANG ini adalah termasuk dari dosa besar.
Boycot adalah jihad secara ekonomi.Fatwa ini aku keluarkan bersamaku sejumlah bilangan ulama umat Islam dengan mengharamkan segala jual beli barangan Israel dan Amerika.Boycott ke atas barangan Israel dan Amerika adalah wajib bagi ummah'.
Tambah Sheikh lagi:
'Setiap apa yg boleh ada gantian,wajib diboikot'.
P/s:Untuk melihat beberapa fatwa para Ulama berkenaan dengan hal ini,Sila Rujuk Sini!
Mulakan Boycott dari Dirimu Sendiri!!!
KESAN dari Boycott ini:
(1)'There is suffering and crushing poverty in much of Israel today. Self defense is expensive. Rebuilding war-ravaged lives, homes and businesses requires support. Most social services have been reduced drastically. Over 1.5 million people in Israel live below the poverty line'.
(2)US jobless claims hit record high The number of people in the US claiming unemployment benefits has reached a record high, officials have said .
On Thursday the US labour department said 4.78 million US citizens were now claiming unemployment funds up to the week ending January 17, the highest level since records began in 1967.
The number marks a jump of 159,000 from the previous week and was worse than analysts' expectations of 4.65 million. Meanwhile, in other economic news, sales of new US homes fell 14.7 per cent in December to 331,000, the lowest monthly level on record, the US government also said on Thursday .
Ia mengalihkan penumpuan mereka terhadap rakyat mereka sendiri.Duit2 yg mereka(Amerika) salurkan dalam membantu Israel akan terjejas kerana terpaksa memulihkan ekonomi sendiri yang teruk terjejas.
Pada Pendapat AlFaqir:
Setiap orang perlu menjalankan 2 kewajipan.Kewajipan terhadap dirinya dan kewajipan terhadap saudaranya di Falastin.
1-Kewajipan terhadap dirinya:
Pertama sekali,Dirinya perlu sentiasa memperbaiki diri sendiri.Sentiasa muhasabah diri.Sedaya upaya untuk menjauhkan maksiat.Itu adalah langkah pertama sblm kita ingin menegah kemungkaran yg berada di sekeliling kita.Dalam masa yang sama,Mulakan misi DAKWAH dengan orang yang terdekat.Dan itulah Cara dakwah yg dibawa oleh Rasulullah.
Bukankah setiap keluarga itu membentuk masyarakat??Jadi,Bayangkan jika setiap orang dalam sebuah keluarga memainkan peranannya...
Mungkin KITA lambat mendapat KEMENANGAN adalah disebabkan maksiat dan kelalaian kita sendiri.Doa2 yang dipanjatkan maseh terhijab dengan dosa-dosa kita.Jadi,Hapuskan segala hijab2 tersebut.
قالت زينب بنت جحش: فقلت: يا رسول الله! أنهلك وفينا الصالحون؟ قال: "نعم إذا كثر الخبث
Tanya Sayyidah Zainab bint Jahsy kepada Rasulullah:'Wahai Rasulullah,Adakah kami dibinasakan sedangkan dalam lingkungan kami terdapat orang2 soleh?' Jawab Rasulullah:'Ya,jika terlalu banyak kejahatan'.
~Riwayat Imam Muslim.
Lambat mendapat kemenangan BUKAN atas sebab senjata yang kurang atau bilangan yang sedikit!Lihatlah bagaimana Allah memenangkan Umat Islam dalam peperangan Badar pada bulan Ramadhan,dalam keadaan yang mereka itu lemah,kurang senjata dan bilangan yg jauh berlipat ganda berbanding dengan kaum Musyrikin.
'Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai KEMENANGAN dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan LEMAH (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu)'. [3:123]
2-Kewajipan terhadap Rakyat Falastin:
Selain dari doa yang konsisten buat mereka,bagi mereka yang ingin meningkatkan kewarakan diri dan mampu untuk bermujahadah lebih lagi...
Teruskan langkah selajutnya...
Kita mulakan secara perlahan-lahan boikot barangan Amerika-Israel.AlFaqir tidak bermaksud 'buang segala barangan produk mereka yang ada di rumah etc.'.Yang sudah kita terbeli atau dibeli sebelumnya,gunakan hingga habis.Janganlah pula kita termasuk dari golongan yg membazir.Yang AlFaqir maksudkan adalah barang2 yang bakal kita beli.
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.[29:69]
Rasulullah Bersabda:
لا يؤمن أحدكم حتى يكون هواه تبعا لما جئت به
حديث صحيح
Bermaksud: Tidak sempurna keimanan seseorang diantara kamu hingga hawa nafsunya itu mengikut apa yang aku bawa.
Ya Allah,Jadikan hawa kami mengikut atas apa yang Rasulullah kehendaki...