Saturday, January 31, 2009

Berjuang Ertinya TERKORBAN!!!




Fatwa Sheikh Yusuf AlQardowi:

'Pembelian Barangan Israel dan Amerika PADA WAKTU SEKARANG ini adalah termasuk dari dosa besar.

Boycot adalah jihad secara ekonomi.Fatwa ini aku keluarkan bersamaku sejumlah bilangan ulama umat Islam dengan mengharamkan segala jual beli barangan Israel dan Amerika.Boycott ke atas barangan Israel dan Amerika adalah wajib bagi ummah
'.

Tambah Sheikh lagi:

'Setiap apa yg boleh ada gantian,wajib diboikot'.

P/s:Untuk melihat beberapa fatwa para Ulama berkenaan dengan hal ini,Sila Rujuk Sini!

Mulakan Boycott dari Dirimu Sendiri!!!


KESAN dari Boycott ini:

(1)'There is suffering and crushing poverty in much of Israel today. Self defense is expensive. Rebuilding war-ravaged lives, homes and businesses requires support. Most social services have been reduced drastically. Over 1.5 million people in Israel live below the poverty line'.

Source:Israeli Products.com

(2)US jobless claims hit record high

The number of people in the US claiming unemployment benefits has reached a record high, officials have said .

On Thursday the US labour department said 4.78 million US citizens were now claiming
unemployment funds up to the week ending January 17, the highest level since records began in 1967.

The number marks a jump of 159,000 from the previous week and was worse than analysts' expectations of 4.65 million.
Meanwhile, in other economic news, sales of new US homes fell 14.7 per cent in December to 331,000, the lowest monthly level on record, the US government also said on Thursday
.

Source: AlJazeera.net30/1/09

Dengan itu...

Ia mengalihkan penumpuan mereka terhadap rakyat mereka sendiri.Duit2 yg mereka(Amerika) salurkan dalam membantu Israel akan terjejas kerana terpaksa memulihkan ekonomi sendiri yang teruk terjejas.

Pada Pendapat AlFaqir:

Setiap orang perlu menjalankan 2 kewajipan.Kewajipan terhadap dirinya dan kewajipan terhadap saudaranya di Falastin.

1-Kewajipan terhadap dirinya:

Pertama sekali,Dirinya perlu sentiasa memperbaiki diri sendiri.Sentiasa muhasabah diri.Sedaya upaya untuk menjauhkan maksiat.Itu adalah langkah pertama sblm kita ingin menegah kemungkaran yg berada di sekeliling kita.Dalam masa yang sama,Mulakan misi DAKWAH dengan orang yang terdekat.Dan itulah Cara dakwah yg dibawa oleh Rasulullah.

Bukankah setiap keluarga itu membentuk masyarakat??Jadi,Bayangkan jika setiap orang dalam sebuah keluarga memainkan peranannya...

Mungkin KITA lambat mendapat KEMENANGAN adalah disebabkan maksiat dan kelalaian kita sendiri.Doa2 yang dipanjatkan maseh terhijab dengan dosa-dosa kita.Jadi,Hapuskan segala hijab2 tersebut.


قالت زينب بنت جحش: فقلت: يا رسول الله! أنهلك وفينا الصالحون؟ قال: "نعم إذا كثر الخبث


Tanya Sayyidah Zainab bint Jahsy kepada Rasulullah:'Wahai Rasulullah,Adakah kami dibinasakan sedangkan dalam lingkungan kami terdapat orang2 soleh?'
Jawab Rasulullah:'Ya,jika terlalu banyak kejahatan
'.

~Riwayat Imam Muslim.

Lambat mendapat kemenangan BUKAN atas sebab senjata yang kurang atau bilangan yang sedikit!Lihatlah bagaimana Allah memenangkan Umat Islam dalam peperangan Badar pada bulan Ramadhan,dalam keadaan yang mereka itu lemah,kurang senjata dan bilangan yg jauh berlipat ganda berbanding dengan kaum Musyrikin.

Allah berfirman :

{ وَلَقَدْ نَصَرَكُمُ ٱللَّهُ بِبَدْرٍ وَأَنْتُمْ أَذِلَّةٌ فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ }


'Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai KEMENANGAN dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan LEMAH (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu)'. [3:123]

2-Kewajipan terhadap Rakyat Falastin:

Selain dari doa yang konsisten buat mereka,bagi mereka yang ingin meningkatkan kewarakan diri dan mampu untuk bermujahadah lebih lagi...

Teruskan langkah selajutnya...

Kita mulakan secara perlahan-lahan boikot barangan Amerika-Israel.AlFaqir tidak bermaksud 'buang segala barangan produk mereka yang ada di rumah etc.'.Yang sudah kita terbeli atau dibeli sebelumnya,gunakan hingga habis.Janganlah pula kita termasuk dari golongan yg membazir.Yang AlFaqir maksudkan adalah barang2 yang bakal kita beli.

Dapatkan maklumat Barangan2 Boikot...Sila CLICK!

Firman Allah:

فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ مَا ٱسْتَطَعْتُمْ

Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah atas kemampuanmu
[64:16]

SEBELUM MEMBELI...

Tanya pada diri..

Ini produk dari mereka?

Ada gantian tidak dari barang tersebut?

Kalau jawapannya ADA,

Maka Tinggalkan barang tersebut....

LAWAN ! LAWAN NAFSU YANG BERADA DALAM DIRIMU SENDIRI!!!!


Firman Allah:

وَٱلَّذِينَ جَاهَدُواْ فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلْمُحْسِنِينَ


Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.[29:69]


Rasulullah Bersabda:

لا يؤمن أحدكم حتى يكون هواه تبعا لما جئت به

حديث صحيح

Bermaksud:
Tidak sempurna keimanan seseorang diantara kamu hingga hawa nafsunya itu mengikut apa yang aku bawa.

Ya Allah,Jadikan hawa kami mengikut atas apa yang Rasulullah kehendaki...

No comments: