Showing posts with label Tadabbur Ayat. Show all posts
Showing posts with label Tadabbur Ayat. Show all posts

Saturday, June 18, 2011

Buat Terbaik!



Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi.



Firman Allah ta'ala:

وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ
وَسَتُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ


Dan katakanlah (wahai Nabi Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.

Surah Al-Taubah:106

Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam:

إن الله يحب إذا عمل أحدكم عملا أن يتقنه


Sesungguhnya Allah mencintai jika diantara kamu yang apabila ia melakukan suatu pekerjaan,ia membuatnya dengan terbaik.

Riwayat Imam Al-Baihaqi dan lain2 lagi.


Alhamdulillah walau saya tiada exam tetap terasa bahangnya kerana dikelilingi oleh orang2 yang ada exam.Memang seronok tiada exam.Akan tetapi disebalik tiada exam itu, rupanya ada tanggungjawab lain yang diberikan kepada saya.Allah tidak berikan 1 tanggungjawab itu diluar kemampuan hambaNya.Jadi,bukan suka-sukalah dengan tiadanya exam itu.

Sheikh Usamah pesan:

"Jadikan ayat al-Quran ini sebagai syiar yang menggerakkan semangat kita:
وقل اعملوا فسيرى الله عملكم و رسوله والمؤمنون"

Jadi,buatlah yang terbaik untuk exam kita.Walaupun ilmu itu bukan terletak di sijil dan pada fikiran masyarakat awam itu mencerminkan ilmu kita,akan tetapi kita bertanggungjawab untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan yang terbaik.Biarkan itu menjadi ukuran masyarakat awam,akan tetapi kita sebagai orang yang terpelajar tidak perlu jadikan itu sebagai standard ilmu kita malah kita merealisasikan qualiti sijil tersebut.

Ini terbukti dengan kita melihat sejarah para ulama kita.Walau ilmu mereka itu diluar dari standard sijil itu kerana mereka bukan sahaja pakar dalam takhassus mereka tapi mengetahui segala bidang ilmu.Kalau dari sudut sejarah keputusan peperiksaan mereka ketika di kuliah,hampir ke semuanya adalah merupakan diantara para pelajar cemerlang dan mendapat keputusan yang baik malah terbaik.Kerana mereka bermuamalah dengan konteks zaman sekarang bahawa sijil itu dinilai oleh orang.Tapi mereka tidak pernah menghadkan ilmu mereka itu di atas kertas peperiksaan saja.

Masalah besar adalah yang menghadkan ilmunya hanya pada sekeping kertas.Tidak mahu menambahkan ilmu mereka diluar kuliah dan buku kuliah.Yang penting lulus with flying colours dipandang orang mempunyai ilmu tapi hakikatnya bagaikan tin kosong.Sangat berani berkata tentang agama sedang dirinya tidak mahu menadah kitab dengan ulama. Sepatutnya orang yang terpelajar itu mengikut standard orang2 elit bukan mengikut standard orang awam dalam menilai ilmu seseorang itu.

Dan begitu juga, ia kurang tepat jika kita mengambil tindakan untuk berlaku sambil lewa terhadap exam kuliah kita dengan menganggap bahawa itu bukan ukuran ilmu kita,jadi tak perlu belajar bersungguh-sungguh,atau mudah rasa cukup dengan usaha 'asal pass'.

Sebenarnya ia juga merupakan tipuan nafsu.Kerana secara fitrahnya memang nafsu itu tidak suka dengan tekanan.Nafsu itu seronok dengan cara bersantai.Kita lebih santaikan jika kita mengambil ilmu itu tanpa exam?!Jadi , exam ini sebenarnya salah satu cara mentarbiyah diri kita...

Exam itu diletakkan bukan untuk perkara sia-sia.Ia berlaku atas peraturan dan taqdirNya. Sesuai dengan zaman kita ini yang dimana kecuaian dan kelemahan kita memaksa kita untuk menduduki peperiksaan.Tanpa periksa,kebanyakkan kita takkan ulangkaji pelajaran atau sedaya upaya untuk fahamkan ilmu tersebut.Kalau tak tekan,tak jalan!

Lebih indah dan bersemangat lagi...

Jika kita sedar bahawa result kita itu dipamerkan pada Rasulullah bukan hanya untuk memuaskan hati ibu bapa dan masyarakat.Takkan kita nak Rasulullah lihat keputusan kita yang ianya hasil dari kecuaian kita dan sikap endah tak endah kita?Sedangkan Rasullullah suka ummatnya buat yang terbaik!

Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam:

عُرِضَتْ عَلَيَّ أَعْمَالُ أُمَّتِي حَسَنُهَا وَسَيِّئُهَا

Dipamerkan kepadaku amalan ummatku kebaikan dan kejahatannya.
Riwayat Imam Muslim.

Yang paling penting adalah buat yang terbaik dan natijah yang terbaik itu bukan urusan kita.Jika kita sudah buat yang terbaik,akan tetapi bukan rezeki kita untuk mendapatkan natijah yang terbaik,maka hendaklah redha dengan bahagian masing2.

Ya Allah, Jadikan amalan kami itu sesuatu yang menyejukkan hati Kekasih AgungMu...

Monday, May 09, 2011

Penyejuk Hati Rasulullah



Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi.


Firman Allah Ta'ala:
وَأَقِمِ الصَّلاةَ لِذِكْرِي

"...dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Aku."

Toha:14

Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam:

وجعلت قرة عيني في الصلاة

"...dan dijadikan solat itu suatu yang menyejukkan hatiku."

Riwayat Imam An-Nasai.


Video ini terdapat 25 episods.Cuba isitiqamahkan dalam sehari,1 episod.kalau kita boleh khaskan setiap hari,sejam untuk menonton TV atau movie,kenapa tidak?! kita tidak boleh khaskan waktu yang sedikit demi memperbaiki hubungan kita dengan Pencipta kita
????Ajib....

Tujuan dari menonton video ini:

-Redha Allah

-Perbaiki keadaan solat kita dalam masa yang sama, hubungan kita dengan Allah s.w.t.

-Menghayati setiap gerak geri solat kita.

-Menghubungkan solat kita dan solat Rasulullah seolah2 kita sedang berimamkan Rasulullah dalam solat.

-Merasai apa yang Rasulullah rasai dari kelazatan bermunajat kepadaNya.

-Mengamalkan ilmu yang telah dipelajari.

Yakin! Dengan usaha yang kecil ini ,iaitu dengan melihat video ini dan mengamalkannya,Insya Allah kita dikurniakan solat para ahli muqarrabin (orang2 yang mendekatkan diri kepada Allah).

Jika DIA mahu memberi,DIA tidak peduli siapa diri kita kerana pemberianNya itu tidak sedikit pun menjejas kekayaanNya yang maha agung!!!


Allah berfirman dalam Sabda Rasulullah:

أنا عند ظن عبدي بي

Aku menurut sangkaan hambaKu.

Kata Imam Ibn Atoillah :

متى أطلق لسانك بالطلب , فاعلم أنه يريد أن يعطيك

Apabila lisanmu tergerak untuk meminta,maka ketahuilah bahawasanya DIA mahu memberi kamu (permintaanmu itu).

Kata Habib Muhammad As-Saqqaf dalam salah sebuah video:

"Ketahuilah bahawasanya tidaklah Allah menggerakkan kita untuk mempelajari solat para ahli muqarrabin kecuali DIA mahu memberikan kepada kita solat tersebut."

Jom kita memperbaiki solat Kita...Tiada siapa yang boleh merasa aman bahawa solatnya itu diterima oleh Allah.

Ya Allah,Kurniakan kami solat ahli Muqarrabin sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Tuesday, March 15, 2011

Seruan Jihad!

Bismillah Ar-Rahman Ar- Rahim.
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'alihi.

Firman Allah ta'ala:

قُلْ إِن كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ

وَأَمْوَالٌ ٱقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ

كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَآ

أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُواْ

حَتَّىٰ يَأْتِيَ ٱللَّهُ بِأَمْرِهِ

وَٱللَّهُ لاَ يَهْدِي ٱلْقَوْمَ ٱلْفَاسِقِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

~Surah Al-Taubah:24.



Firman Allah ta'ala:

يٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ آمَنُواْ مَا لَكُمْ إِذَا قِيلَ لَكُمُ ٱنفِرُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ ٱثَّاقَلْتُمْ

إِلَى ٱلأَرْضِ

أَرَضِيتُمْ بِٱلْحَيَاةِ ٱلدُّنْيَا مِنَ ٱلآخِرَةِ

فَمَا مَتَاعُ ٱلْحَيَاةِ ٱلدُّنْيَا فِي ٱلآخِرَةِ إِلاَّ قَلِيلٌ

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak. "

~Surah Al-Taubah:34.


Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam:

من خرج في طلب العلم فهو في سبيل الله حتى يرجع

Barangsiapa yang keluar untuk menuntut ilmu,maka dia berada di jalan Allah sehingga dia pulang.

~Riwayat Imam Al-Tirmizi.



Seruan untuk pulang ke Mesir sudah kedengaran...

Cuba kita tanya HATI kita,

Bagaimana respon hati kita???

Teringatkan cerita seorang sahabat Rasulullah,Sayidina Handzolah yang pada malam hari perkahwinannya,seruan jihad berkumandang.Memanggilnya untuk meninggalkan segala kenikmatan dunia demi Allah dan Rasullah.Dan dia meninggalkannya tanpa ragu2 lagi kerana dia tahu siapa yang sedang memanggilnya....Allah!

Adakah kamu faham akan panggilan tersebut???

Hayati ayat2 suci tersebut dan fahamilah!

Ya Allah,Matikan kami dalam keadaan kami sedang berjuang di jalanMu....

Friday, August 27, 2010

Mereka bagaikan Badr (Bulan)


Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.
Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad.


Sepertimana sayyidi Al-Habib Umar Ibn Hafidz selalu mengingatkan kami pada setiap 17 Ramadhan akan peristiwa Badr ...alfaqir juga tidak melepaskan kesempatan ini.

Berapa ramai yang leka dan lalai akan peristiwa itu.Kebanyakkan dari mereka melalui hari 17 Ramadhan itu seperti hari2 biasa mereka.Hari tersebut bukan sembarang hari tapi ia merupakan hari bersejarah yang Allah rakamkan ia sebagai 1 inspirasi buat Ummat Rasulullah.

Firman Allah ta'ala:


وَلَقَدْ نَصَرَكُمُ ٱللَّهُ بِبَدْرٍ وَأَنْتُمْ أَذِلَّةٌ فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).

Surah Al-'Imran:123


Allah...kita ini selalu kasi alasan lemah kerana berpuasa.Sedangkan kemenangan peperangan Badar itu berlaku dalam keadaan mereka sedang berpuasa.Seseorang kalau pada zahir mukanya lesu,no mood,no semangat,no tenaga...sudah boleh mengagak 'awak puasa ke?' sedangkan sepatutnya ibadah itu menguatkan seseorang sebab Rasulullah bersabda:

إن في الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله ، و إذا فسدت فسد الجسد كله ألا و هي القلب

Sesungguhnya didalam jasad itu ade seketul daging,jika baik (daging) tersebut,baiklah seluruh jasadnya dan apabila rosak (daging) itu,maka rosaklah segala jasadnya dan itu tiada lain adalah hati.
~RIwayat Imam Bukhari dan Muslim.


Maknanya disini...Jika dalam seseorang,iaitu hati,itu KUAT,Maka kekuatan yang berpusat di hati itu akan tersebar ke seluruh jasad.

Jika kita berkata...

"Mereka lainlah..Mereka Sahabat Rasulullah...Mereka dimenangkan Allah,Mereka pun Allah sifatkan mereka itu berada dalam keadaan lemah".

Lemahnya kita tidak sama dengan lemahnya mereka.Lemahnya mereka adalah kerana kekurangan dari sudut perlengkapan perang secara zahir tapi tidak dari sudut kekuatan dalamannya.Akan tetapi jika kita????

Kalau begitu....kita tahukan mereka itu dimenangkan oleh Allah,Jadi kenapa kita tidak bergantung dengan kekuatan ALLAH?Kenapa kita bergantung dengan kekuatan kita sendiri yang terbatas?!

Sebenarnya kita tiada alasan LEMAH kerana kita ada DIA.Bukankah Rasulullah sudah mangajarkan kalimah
لاحول ولا قوة إلا بالله (tiada daya dan upaya kecuali denganNya)?Dialah sebaik-baik Murabbi sollahu 'alaihi wasallam.

Semoga Allah mengumpulkan kita bersama ahli badr disana nanti yang bersama mereka itu penghulu ahli badr,sayyidina Rasulullah...

Monday, August 02, 2010

Kunci Kemenangan

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi.


Alhamdulillah dan syukur kepadaNya dilapangkan waktu untuk mendengar pengajian sirah Sayyidi Al-Habib Umar Ibn Hafidz LIVE melalui internet.

Allah...seronok mendengar sirah Rasulullah daripadanya.Lebih2 seronok lagi jika kita dapat lihat secara visual ketika beliau sedang menceritakan itu, seolah-olah dapat merasakan bahawa kita berada dalam cerita itu dan hidup di zaman Rasulullah.Subhanaallah! Beza mendengar ilmu dari mulut ulama dengan membaca secara sendirian.



Istifadah dari Pengajian Sirah bersama Sayyidi Al-Habib Umar Ibn Hafidz on 31/7/10:

Apabila Rasulullah membawa Risalah,Allah menyuruh memperbanyakkan zikir dan ibadah agar ia menjadi sebab kemenangan.

Allah berfirman:

إذا جاء نصر الله و الفتح وَرَأَيْتَ ٱلنَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ ٱللَّهِ أَفْوَاجاً فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَٱسْتَغْفِرْهُ

Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah);Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai; Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya...
~Surah An-Nasr:1-3

Habib Umar kata:

"Dalam ayat ini Allah menguatkan lagi tentang memperbanyakkan tasbih,zikir ,istighfar dan ibadah sebelum dan selepas kemenangan dan di dalam setiap keadaan.Maka,semestinya Syi'ar orang mukmin itu adalah hakikat pengabdian kepada Allah s.w.t,tidak hanya bergantung pada persiapan secara zahir.Sepertimana Allah sebut melalui lisan sayyidina Musa:

ٱشْدُدْ بِهِ أَزْرِي وَأَشْرِكْهُ فِيۤ أَمْرِي كَيْ نُسَبِّحَكَ كَثِيراً وَنَذْكُرَكَ كَثِيرا
Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku, Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku, Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu, Dan (supaya) kami sentiasa menyebut dan mengingatiMu;

Tiada pemikiran seperti 'Engkau sekarang sedang dalam keadaan dan tugas yang berat dalam berhadapan dengan Fir'aun,buat apa sibuk memperbanyakkan zikir dan beribadah ' yang sepertimana wujudnya akal2 yang kosong dari memahami hakikat wahyu dan syariat Allah."


Ayat ini ....

كَيْ نُسَبِّحَكَ كَثِيراً وَنَذْكُرَكَ كَثِيراً


Mengingatkan alfaqir Pengajian sirah bersama Sheikh Usamah Sayyid Al-Azhari on 1/4/09:

Firman Allah ta'ala:

ٱذْهَبْ إِلَىٰ فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَىٰ قَالَ رَبِّ ٱشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِيۤ أَمْرِي وَٱحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِي يَفْقَهُواْ قَوْلِي وَٱجْعَل لِّي وَزِيراً مِّنْ أَهْلِي هَارُونَ أَخِي ٱشْدُدْ بِهِ أَزْرِي وَأَشْرِكْهُ فِيۤ أَمْرِي كَيْ نُسَبِّحَكَ كَثِيراً وَنَذْكُرَكَ كَثِيراً

Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas.
Nabi Musa berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku;
Dan mudahkanlah bagiku,tugasku;
Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku,Supaya mereka faham perkataanku,
Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku.Iaitu Harun saudaraku;
Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku,

Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku,
Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu,
Dan (supaya) kami sentiasa menyebut dan mengingatiMu;
Surah Toha:24-34




Allah mengajarkan,menisyaratkan kepada Nabi Musa 'alaihissalam 5 perkara sebelum berdakwah:

قَالَ رَبِّ ٱشْرَحْ لِي صَدْرِي

1)Meminta supaya dilapangkan hati iaitu dengan membersihkan hati.

وَيَسِّرْ لِيۤ أَمْرِي

2)Minta dipermudahkan urusan iaitu dengan diberikan taufiq.

وَٱحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِي

3)Meminta untuk melepaskan simpulan dari lidahnya iaitu dengan mengisi hati itu dengan ilmu ma'arifah,hikmah dan pengalaman.

وَٱجْعَل لِّي وَزِيراً مِّنْ أَهْلِي

4)Meminta dikurniakan teman dalam menjalankan tugas dakwah.

كَيْ نُسَبِّحَكَ كَثِيراً وَنَذْكُرَكَ كَثِيراً

5)Senantiasa menghadirkan niat dan tujuan dalam menjalankan tugas tersebut iaitu beribadah kepadaNya dengan memujiNya, menyebut dan mengingatiNya.


Dari sini,terdapat 5 steps yang perlu dilakukan oleh seorang da'ie:

1)Melakukan tasfiyah iaitu membersihkan hati antara engkau dan Allah serta mengagungkan syiar2 agama.

2)Menghapuskan segala halangan yang menghalang dari bermua'amalah dengan manusia.

3)Mengisi hati dengan ilmu,ma'rifah,hikmah dan pengalaman kerana orang yang kosong tidak mampu memberikan apa2.

قيل : فقد الشئ لايعطي
Kehilangan sesuatu itu tidak mampu diberi.


4)Wujud teman yang membantu dalam kerja dakwah

5)Senantiasa menghadirkan niat2 dan tujuan2 asal.


P/s:Dowrah akan berakhir lagi beberapa hari,bagi siapa yang berkempatan untuk mendengar dan ikuti sila ke Link INI for more details.


Saya suka sangat Doa Sayyidi Al-Habib Umar ini dalam pengajian sirah lalu....

Wahai yang menghancurkan berhala2 buat Rasulullah di Mekah,
Maka dengan berkat kedudukannya disisiMu,
Kami meminta agar
Engkau hancurkan 'berhala2' yang wujud
di hati2 kami,
Yang memalingkan kami kepada selainMu,
Dan segala sifat pergantungan kepada mereka yang Engkau musuhi zohir dan Batin...

Thursday, July 29, 2010

Tali Agama


Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.
Allahumma Solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi.


Allah ta'ala berfirman:

كُونُواْ رَبَّـٰنِيِّينَ بِمَا كُنتُمْ تُعَلِّمُونَ ٱلْكِتَٰبَ وَبِمَا كُنْتُمْ تَدْرُسُونَ

Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala dengan ilmu dan amal yang sempurna),kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu dan kerana kamu selalu mempelajarinya.

~Al-Imran:79
.


Kata Sheikh Usamah @ Muhadarah berkenaan dengan Manhaj Al-Azhar As-Syarif dalam ayat ini,ia menunjukkan isyarat2 tertentu:

كُونُواْ رَبَّـٰنِيِّين

Ia menunjukkan bahawa pengambilan berat akan Maqasid Syar'iyah (Tujuan asal disyariatkan).


بِمَا كُنتُمْ تُعَلِّمُونَ ٱلْكِتَٰبَ

Pengambilan berat dalam memperolehi ilmu bersanad iaitu bersambung dari sudut riwayat dan kefahaman.


وَبِمَا كُنْتُمْ تَدْرُسُونَ

Pengambilan berat dalam mempelajari ilmu2 alat seperti usul feqh,Mustalah hadis,Nahu,Balaghah etc.

ِApa maksud dari isyarat2 tersebut????

Dari ayat
بِمَا كُنتُمْ تُعَلِّمُونَ ٱلْكِتَٰبَ
Mengajarkan isi Kitab Allah.

Ia menunjukkan bahawa ilmu itu diperolehi dari ahlinya.Maksud dari Mengajar disini sudah jelas menunjukkan perlunya berguru dalam mempelajari AlQuran secara bertalaqi iaitu tidak boleh seseorang itu mempelajari AlQuran dengan menggunakan kaset,TV,Internet,membaca tanpa guru,kerana tiada yang akan memperbetulkan kesalahannya dalam membaca...simple kata belajar shiok sendiri.

Begitu juga ilmu.Apabila ia tidak diambil dari ahlinya iaitu para ulama yang mempunyai sanad secara riwayat dan kefahaman yang bersambung hingga kepada Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam,maka seseorang itu akan faham mengikut hawa nafsunya(keinginan hatinya)tanpa ada batasan2 tertentu.


Dari Ayat
وَبِمَا كُنْتُمْ تَدْرُسُونَ
Dan kerana kamu selalu mempelajarinya.

Apabila seseorang itu mempelajari AlQuran dan mendalaminya,ia perlukan ilmu yang pelbagai,tidak cukup hanya dengan mempelajari cara pembacaan yang betul dan tepat, contoh ilmu yang diperlukan ;ilmu nahu,saraf,mustalah hadis,usul feqh dan sebagainya.Setiap ilmu2 alat ini membantu dalam memahami nas2 Syar'iah iaitu AlQuran dan As-Sunnah.

Semakin luas ilmunya (iaitu semakin banyak ilmu alat yang dipelajari),semakin luas pemandangannya,skopnya,berjaya melihat dan menilai sesuatu itu dari pelbagai aspek.

Natijahnya....

كُونُواْ رَبَّـٰنِيِّينَ
kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin

Siapa itu Rabbani???

Mereka2 yang berakhlak dengan Akhlak Tuhan yang mengikut kesesuaian darjat sebagai seorang hamba seperti penyabar,pemaaf,pengasih,penyayang dan sebagainya.

Kerana apabila seseorang mengambil berat akan Maqasid Syar'iah,maka ia menjadikan seseorang itu semakin berlapang dada dalam bertindak dan menghukum,semakin mempunyai sifat rahmah,dan itulah tujuan Rasulullah dan agama ini dibangkitkan.

Berbanding dengan mereka yang sebaliknya,ia akan menghukum mengikut 1 sudut ilmunya dan tindakannya itu akan menyempitkan pihak2 tertentu dan ini membuatkan orang semakin lari untuk beramal dengan agama.

Ingat!

Semakin tinggi belajar sepatutnya semakin bersikap rahmah dan berlapang dada dalam perkara2 Khilaf.

Kesimpulan...

8 Keistimewaan Manhaj Al-Azhar As-Syarif yang dinyatakan oleh Sheikh Usamah Sayyid Al-Azhari:


1)Sanad yang bersambung secara riwayat,kefahaman dan tazkiyah.
2)Mengambil berat akan ilmu2 alat yang membantu dalam memahami nas2.
3)Mengetahui maqasid syariah.
4)Meletakkan maksud ayat AlQuran di tempat yang tepat dan bersesuaian.

5)Mengagungkan umat Rasulullah.

6)Membawa misi hidayah buat orang lain.

7)Mengenal dalil2 rujukan dan cara memahami dalil.
8)Mendapat faedah dan kemanfaatan dari ilmu2 terdahahulu (turath).


P/s:Untuk mendengar ceramah Sheikh,Boleh ikuti melalui twitter alfaqir.Insya Allah akan diupdate disana.Bagi sesiapa yang berada di Cairo,tidak terlambat lagi untuk mengikutinya @ Jami'(Masjid besar) Al-Azhar As-Syarif,setiap selasa selepas asar @ Ruwaq Al-Atrak.

Ya Allah,Kurniakan kami keberkatan tempat ini dimana lahirnya bintang2 Agama yang menerangi alam semesta...

Wednesday, July 14, 2010

Dermawisata Umat Rasulullah

Kota Tarim @ Hadramaut,Yaman.

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala alihi


Firman Allah ta'ala:

ٱلتَّائِبُونَ ٱلْعَابِدُونَ ٱلْحَامِدُونَ ٱلسَّائِحُونَ ٱلرَّاكِعُونَ ٱلسَّاجِدونَ ٱلآمِرُونَ بِٱلْمَعْرُوفِ وَٱلنَّاهُونَ عَنِ ٱلْمُنكَرِ وَٱلْحَافِظُونَ لِحُدُودِ ٱللَّهِ وَبَشِّرِ ٱلْمُؤْمِنِينَ

(Mereka itu ialah): Orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah da gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).

~Surah Al-Taubah:112.

Dari Imam Ikrimah bahawa dia berkata: Mereka (ٱلسَّائِحُونَ) adalah para penuntut ilmu.

Hadis dari Abi Umamah bahawa ada seorang lelaki berkata:"Wahai Rasulullah,izinkan aku berdermawisata".Maka Rasulullah Sollahu 'alaihi wasallam bersabda:

سياحة أمتي الجهاد في سبيل الله
Dermawisata Umatku adalah Jihad di jalan Allah.

~Riwayat oleh Imam Abu Daud.

Saya sangat suka hadis diatas ini sejak pertama kali saya mendengar dari mulut Sayyidi Al-Habib Umar ibn Hafidz pada pengajian rohah asar 1 Ramadhan 2009 yang lalu.

Dan Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam:

مَنْ خَرَجَ فِي طَلَبِ الْعِلْمِ فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ حَتَّى يَرْجِعَ
Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu,maka dia berada di jalan Allah sehingga dia pulang.
~Riwayat Imam At-Tirmizi.



Alhamdulillah...semalam menghantar beberapa adik2 junior dari rumah.Menghantar mereka bukan untuk kepulangan mereka ke tanah air tapi perjuangan menuntut ilmu ke Tarim,Hadramaut Yaman untuk ikuti Dowrah Soifiyah Sayyidi Al-Habib Umar Ibn Hafidz.

Allah...sungguh nikmat berpindah dari 1 tempat ke tempat lain demi kerana Ilmu.Apatah lagi untuk mendapatkan ilmu 'HATI' yang merupakan semulia-mulia ilmu.Ilmu yang mengajarkan engkau untuk menjadi sebenar-benar hamba ALLAH.Dan itulah tujuan sebenar engkau diciptakan.

Disaat merindukan orang2 yang dicintai di tanah air,sanggup mereka tinggalkan itu semua demi tujuan ITU.Pengorbanan perasaan itulah yang begitu istimewa disisi Allah dan Rasulullah.


"Pergilah melancong...ponteng sekejap kelas tu..rehat!"

Semoga Allah memberi kita perasaan yang menepati dengan citarasa Rasulullah sollahu 'alaihi wa sallam sehinggalah kita dapat merasakan bahawa Jihad itu;antaranya pergi keluar menuntut ilmu,duduk dengan para ahlillah, adalah wisata sebenar buat orang mukmin.


Firman Allah ta'ala:

قُلْ إِن كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ ٱقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَآ أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّىٰ يَأْتِيَ ٱللَّهُ بِأَمْرِهِ وَٱللَّهُ لاَ يَهْدِي ٱلْقَوْمَ ٱلْفَاسِقِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

Surah Al-Taubah:24.


Ya Allah,
Jangan Engkau haramkan kami dari kebaikanMu kerana kejahatan yang ada dalam diri kami....

Sunday, July 11, 2010

Masih Tidak Mahu Berfikir?!

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.
Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammada wa 'ala alihi.


Laut 7 warna @ Matruh
Firman Allah ta'ala:

إِنَّ فِي خَلْقِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلأَرْضِ وَٱخْتِلاَفِ ٱلَّيلِ وَٱلنَّهَارِ لآيَاتٍ لأُوْلِي ٱلأَلْبَابِ ٱلَّذِينَ يَذْكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَاماً وَقُعُوداً وَعَلَىٰ

جُنُوبِهِمْ
وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلأَرْضِ رَبَّنَآ مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal ;(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.

~Surah Al-Imran:190-191

Dalam ayat tersebut,Allah sebutkan zikir sebelum tafakkur.Untuk mendapatkan kemampuan bertafakkur dan bertadabbur adalah dengan banyak berzikir Kerana tidak mungkin orang yang lalai dan jauh kehidupannya dari mengingati Allah mampu bertafakkur.

Petikan dari Pengajian Rowhah Sayyidi Al-Habib Umar Ibn Hafidz pada Dowrah tahun lalu...


Maka,Hendaklah kamu kuat (banyak) dalam berzikir untuk menguatkan kamu dalam bertafakkur..Zikir dahulu kemudian Tafakkur (kemudian Habib baca ayat diatas).Dan selepas kuatnya zikir dan tafakkur,kamu memperolehi 'syuhud' iaitu merasakan kehadiran Allah bersamamu kerana Allah sebut selepas ayat itu...

رَّبَّنَآ إِنَّنَآ سَمِعْنَا مُنَادِياً يُنَادِي لِلإِيمَانِ أَنْ آمِنُواْ بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَٱغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ ٱلأَبْرَارِ

Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti (yang banyak berbuat kebajikan). ~Surah Al-Imran:193

Oleh itu.....

Zikir + Tafakkur =Syuhud

Orang Mukmin mesti bermatlamat dan mempunyai cita2 yang tinggi!!!


Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasalam:

عجبا لأمر المؤمن إن أمره كله خير ، وليس ذاك لأحد إلا للمؤمن ؛ إن أصابته سرّاء شكر ؛ فكان خيراً له ، وإن أصابته ضرّاء صبر ؛ فكان خيراً له .

Pelik dengan keadaan orang mukmin.Sesungguhnya keadaannya segalanya baik.Dan itu tidak diperolehi kecuali buat orang mukmin.Jika ditimpa kepadanya kesenangan,dia bersyukur,maka itu adalah baik buatnya dan jika ditimpa kesusahan,dia bersabar,maka itu adalah baik buatnya.

~Riwayat Imam Muslim

Kenapa keadaan Orang mukmin itu segalanya baik?

Susah dan senang baginya semua itu adalah sama kerana dia senantiasa bersama Allah dalam setiap keadaannya.Dalam keadaan dia sedang berseronok pun,dia tidak terlepas dari mengingatiNya.

Bezanya orang Mukmin dan selain Mereka....

Orang mukmin dalam ia berseronok dan bercuti ,ia mempunyai tujuan yang jelas.Kalau kita belajar untuk menjadi ulama,bukan ulama disini adalah mereka yang memegang jawatan tinggi tertentu di masyarakat tapi kita mahu jadi ulama yang Dia maksudkan sepertimana firman Allah ta'ala:

إنما يخشى الله من عباده العلماء
Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu.

~Surah Al-Fathir:28

Jadi....Apa sepatutnya tujuan kita pergi bercuti???

Tujuan KITA adalah untuk menjadi أُوْلِي ٱلأَلْبَابِ iaitu orang-orang berakal sepertimana yang Allah telah nyatakan sifat2 mereka dalam surah Al-Imran:190 diatas.

Natijah dari Wisata Kita itu?

رَبَّنَآ مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّار
Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.

Natijahnya...

Merasakan kebesaran Allah dan menimbulkan rasa Khosyah (takut) kepadaNya.Natijah ini adalah diantara element2 penting untuk menjadikan kita sebenar-benar hambaNya.Dan itulah tujuan kita diciptakan!!!Hanya untuk mengabdikan diri kepadaNya....

So...After balik dari percutian,Cuba kita muhasabah....

Adakah aku telah perolehi sepertimana yang Dia kehendaki??????

Maka, beruntunglah bagi mereka yang mengikut kehendakNya!

Ya Allah,Jadikan setiap langkah kami mengikut apa yang Engkau mahu bukan apa yang kami mahu....

Tuesday, June 22, 2010

Rahsia Berguru


Firman Allah ta'ala:

سَنُقْرِئُكَ فَلاَ تَنسَىٰ

Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu dengan perantaraan jibril),sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa.
~Surah Al-'Ala:6.

Cuba kita renungkan Adab yang Allah mahu ajarkan kepada hambaNya dalam menuntut ilmu...

Pada zaman sekarang ini,ramai yang mengambil ringan akan bertalaqi ilmu dengan guru.Ada yang merasakan cukup dengan banyak pembacaan tanpa perlu menadah kitab dengan guru.

Dalam ayat itu sendiri...

Allah beritahu kepada Rasulullah bahwa ayat Al-Quran itu akan dibacakan oleh Jibrail kepada Rasulullah sehingga beliau tidak lupa.

Dan inilah diantara rahsia mengapa seseorang itu perlu mengambil ilmu dari mulut guru itu sendiri.Agar TIDAK LUPA.Subhanallah...

Sering disaat kita perlukan sesuatu maklumat,selalunya kita akan lebih ingat ilmu yang kita dengar dari mulut guru kita,walau kita tidak mencatit,berbanding dari bahan2 bacaan yang kita baca.

Biasanya,Ilmu yang kita perolehi dari guru kita itu....

Kita lebih mengamalkannya...

Kita lebih memahami makna yang tersirat ...

Kita lebih yakin untuk menyampaikannya...

Kita lebih menghayatinya...

Kata sheikh Mohammed Awad Al-Manqosh:"Ilmu (maklumat) ada di buku2,tetapi rahsia ilmu itu ada di dada para ulama."

Kerana itu,ramai yang belajar ilmu tetapi tidak merasai zauq ilmu tersebut kerana tidak mengambil melalui ahlinya.

Bagaimana lagi jika kita mengambil ilmu itu dari mereka yang mempunyai silsilah hingga sampai kepada Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam????

"Kita bertalaqi dengan Syuyukh yang bersanad adalah untuk merasakan kesinambungan yang menyambungkan kita kepada Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam."~Al-Habib Umar Ibn Hafidz.


Ada yang merasakan 'buat apa datang kuliah,lecturer cakap sume ade dalam buku,tiada maklumat tambahan'.

Tanpa disedari,perasaan2 sebegini seperti 'rase boleh baca sendiri tanpa guru' sebenarnya punca dari penyakit Sombong.Kerana dia tidak mampu merendahkan dirinya dihadapan orang mukmin.Sebelum belajar lagi sudah ada penyakit 'sombong' itu,jadi bagaimanalah diri itu mahu dapatkan cahaya ilmu.

2 golongan yang tidak mempelajari ilmu: Orang yang sombong dan orang yang malu.

Sebenarnya kita bertalaqi bukan semata2 kita mahukan apa yang guru kita sampaikan.Kita,kalau mengharap pada manusia memang akan selalu kecewa kerana kita mengharapkan guru itu memberi 1 maklumat baru yang belum diketahui oleh diri kita.

Ketika menziarahi Ustaz Afandi Ahmad (guru AlQuran alfaqir di Singapore) yang datang ke Mesir untuk bertalaqi Al-Quran ,sedang alfaqir waktu itu tahun 2,ditanya satu persatu apa yang paling suka di Mesir ini dan apa yang tak puas hati...

Alfaqir pun mengadu: 'saya rase tak puas(cukup) dengan apa yang saya dapat di kuliah'.

Akhirnya,giliran Ustaz memberi komen atas setiap luahan kami itu...

Jawapan bagi aduan saya: "Redha dengan sikit yang kita perolehi...insya Allah ada barakahnya ya."

Ini bukan bermakna supaya 'mudah rasa cukup' dengan kuliah tanpa perlu talaqi di luar.Maksud disini,Redha dengan apa yang kita perolehi dari guru kita.

Walau pada zahirnya apa yang disampaikan seolah-olah kita 'sudah tahu',tapi yang kita mahukan sebenarnya adalah kefahaman yang Allah berikan di kemudian hari.

Contoh,apabila tiba masanya untuk kita memberi,tiada orang untuk dirujuk misalan,curahan kefahaman2 sebeginilah yang kita harapkan untuk memahamkan kita akan bahan rujukan yang kita sedang baca secara sendirian.Dan itu akan diperolehi berkat kesabaran kita dalam menimba ilmu dihadapan guru 1 ketika dulu...


Kata guru kami Sheikh Mohammed Awad Al-Manqosh (ahli Hadis):

الأرزاق و الفتوحات تأتي على حسب موعدها

Rezki dan pembukaan dalam kefahaman datang mengikut waktu yg dijanjikan.

Diceritakan kepada kami ketika membaca kitab

لجامع لأخلاق الراوي و آداب السامع'

Beliau dulu ketika mula2 belajar,membaca matan2 mustalah hadis di depan guru,selama 4 tahun tidak faham apa2.Katanya :
'Yang dasyatnya hingga tidak tahu bezakan antara apa itu hadis sohih dan hadis syaz.Kemudian selepas 4 tahun itu,Allah berikan saya kefahaman seolah-olah saya ketika itu menjadi orang yang begitu berbeza dari sebelumnya.Maka seseorang itu hendaklah bersabar.Kerana rezki dan pembukaan dalam kefahaman itu akan datang pada waktunya.'

ٍSubhanallah...

Kita ini tak sabarkan?!Sume nak cepat.Tak beradab dengan Allah dan ilmu!
Ampunkan dosa2 kami Ya ALLAH...

Ya Allah,tenangkan kami akan segala yang Engkau telah tetapkan buat diri kami...

Sunday, April 04, 2010

1 Demi 1 Meninggalkan KITA

*Newly-Update on 10/4/2010!




Allah ta'ala berfirman:

يٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ آمَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَلْتَنظُرْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍ

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang dia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat).

~ Surah Al-Hasyr:18


Bismillah al-Rahman al-Rahim

As-salamu alaykum wa rahmatullah

To Allah belong and to Him we return.

This is to inform everyone that to the great loss of this Umma,The Gnostic and Guide to Allah, the Successor of the Salaf, the Erudite Scholar, al-Habib AbdulQadir bin Ahmad al-Saggaf (Amy Allah have mercy on him) passed to Allah's mercy on the morning of April 4 (19th of Rabi'ul Thani, 1431H) prior to Fajr in Jeddah, KSA.

May Allah sanctify his secrets, shower him with mercy and raise him to the highest of ranks in Paradise, and may He allow us to continue to benefit by this great Imam in this life and the next, Amin.

The funeral prayer is scheduled for tonight after Isha at the Masjid al-Haram in Mecca. Those who are able should pray the salat al-Janaza (or salat al-Gha'ib for the one absent) for him following the Janaza prayer in Mecca.

We request that everyone reads what they are able of the Qur'an and adhkar and donate the reward to the soul of this great scholar.


BarakAllahufikum wa 'afwan minkum
Was-salam

Wayfarers Coordinators


SpECiAl InFo...

Allahyarham sezaman dgn Imam Ali Al-Habsyi,penulis kitab
سمط الدرر.Akhir generasi yang pernah bertemu Imam Ali Al-Habsyi.Beliau lahir pada 1331 H dan Imam Ali Al-Habsyi pula wafat 1333 H.



P/s:Untuk mendengar sedikit sebanyak tentang riwayat kehidupan Al-Habib Abd Qodir,sila click DISINI! (ceramah Sayyidi Al-Habib Umar Ibn Hafidz)


Ya Allah,Kami hanya ingin bersama dengan para kekasihMU...

Thursday, March 25, 2010

Bagaimana Akhirmu?



Ayat terakhir Sheikh Tantawi sempat menafsirkan sebelum menghembus nafasnya yang terakhir....

وَمَن يَخْرُجْ مِن بَيْتِهِ مُهَاجِراً إِلَى ٱللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ ٱلْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلىَ ٱللَّهِ

وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً


'...Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.'

~Surah Al-Nisa:100

Subhanallah...


Ya Allah,
Tidak Engkau mematikan kami kecuali dalam keadaan berjuang di jalan Mu....

Saturday, March 20, 2010

Pendidik JIWA

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi


Habib Umar membacakan ayat ini dalam Pengajian Tafsir beliau @ Jilsah Isnin on 3/8/09...



Firman Allah Ta'ala:

مَن قَتَلَ نَفْساً بِغَيْرِ نَفْسٍ أَوْ فَسَادٍ فِي ٱلأَرْضِ فَكَأَنَّمَا قَتَلَ ٱلنَّاسَ جَمِيعاً

'...Sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya ...

وَمَنْ أَحْيَاهَا فَكَأَنَّمَا أَحْيَا النَّاسَ جَمِيعاً

'...Dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya....
'
~Surah Al-Maidah:32

Kata Para Ahlillah:

'Jika itu ditujukan buat orang yang membunuh jasad manusia,maka betapa dasyatnya jika seseorang itu membunuh jiwa manusia.Maka bagaimana pula jika seseorang itu menghidupkan hati manusia?!seolah-olah ia telah menghidupkan seluruh hati2 manusia.'


Tambahan Al-Habib Umar:

'Dari sini kita dapat lihat betapa tingginya nilai kedudukan para murabbi yang mendidik hati2 manusia.'



Kaitan dengan diri KITA?

Dalam apapun posisi yang Allah sudah tempatkan buat kita,maka jangan kita pisahkan kerja TARBIYAH.Contoh:kalau kita menjadi seorang guru,maka jadilah,bukan sahaja seorang yang mengajarkan ilmu,tapi mendidik hati anak2 didiknya.

Jika kita tidak mampu menjadi murabbi,maka sedaya upaya untuk menjadikan diri kita itu sebagai asbab (penyebab) hidupnya hati manusia seperti menunjuk dan mengajak kepada kebaikan atau menunjuk kepada ahlinya.Sepertimana kita tahu bahawa kebaikan itu menghidupkan hati manusia dan maksiat/kelalaian pula mematikannya.Oleh itu,hendaklah kita berhati-hati agar jangan sampai kita menjadi sebab matinya hati manusia.


Firman ALLAH ta'ala:

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَآ إِلَى ٱللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحاً وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ ٱلْمُسْلِمِينَ

Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)! [41:33]


Ya Allah,Jadikan kami sebagai penolong Rasulullah dalam menyebarkan risalahnya...

Wednesday, March 10, 2010

Dunia dan Seisinya Menangis



Al-Fatihah buat Sheikh Al-Azhar,Sheikh Mohammed Sayed Tantawi yang telah kembali ke Rahmatullah pada tanggal 10/3/2010...

Semoga Allah merahmatimu.


Allah Berfirman :

وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَّاذَا تَكْسِبُ غَداً وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ

Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah dia akan mati.

~Surah Luqman:34



Betapa beruntungnya beliau,
Dikebumikan di Baqi',
Berjiran dengan Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam,
Disisi para sahabat,tabi'in dan syuhada Radiyallahu 'anhum ....

Sayyidi..
Engkau telah ditempatkan oleh Allah bersama Mereka,
Di dunia lagi sebelum akhirat,
Sedang Kami,
Belum pasti lagi keadaan kematian kami,
Bersama siapa kami ditempatkan,
Dengan siapa kami akan dikumpulkan nanti...

Walaupun begitu,
Terselit di sudut hati ini,
Keyakinan akan janji Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam,
Bahawa,
Seseorang itu akan bersama dengan orang yang dicintainya...






Ya Allah,Kami sangat menantikan pertemuan KAMI bersama MEREKA...

Friday, December 11, 2009

...Takut MISKIN...



Habib Umar membacakan ayat ini dalam pengajian subuh bulan Ramadhan ...

Allah Berfirman:

ٱلشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ ٱلْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُم بِٱلْفَحْشَآءِ وَٱللَّهُ يَعِدُكُم مَّغْفِرَةً مِّنْهُ وَفَضْلاً وَٱللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir); sedang Allah menjanjikan untukmu ampunan daripada-Nya dan karunia. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.
[2:268]



Habib Umar kata...

Kata para ahli Ma'arifatullah:
'Kemiskinan yang Rasulullah minta perlindungan darinya adalah takut akan kemiskinan.'

Dan takut akan kefakiran adalah senjata paling besar yang digunakan oleh syaitan ke atas manusia.

'Kalau kita ingin ke majlis ilmu dan zikr saja,kita akan dirisaukan akan rezki kita...'kalau engkau pergi itulah inilah..'Ini adalah kerana syaitan itu tugasnya untuk menakut-nakutkan diri kita akan kefakiran'.

Memang benarlah kata2 itu...

Biasanya,kita sering beri alasan akan keuzuran kita untuk tidak dapat datang ke majlis ilmu dengan alasan2 yang remeh.Diantaranya,kemiskinan.

Alasan yang diberikan...'in budget','tak boleh keluar selalu kerana perlukan kos yang banyak'.Akan tetapi,bila lihat semula,jika perkara2 lain tidak mengapa pula berlebihan.Mana dengan makanan,baju,kasut,beg,hp n etc yang melebihi dari keperluan.Sehingga berlaku contradiction 'kata susah tapi boleh pula beli macam-macam'.

Kalau untuk ilmu saja,kita berkira sangat akan duit yang dikeluarkan tapi jika selain itu...keluarkan duit macam air.Apalah sangat wang diinfaqkan untuk ilmu itu berbanding dengan ilmu yang kita perolehi?!Mahukan mutiara tapi tidak sanggup korbankan jiwa dan harta.Dan sebenarnya kita tidak adil dengan diri kita sendiri kerana terlalu melebihkan keperluan zahir sehingga terlupa akan keperluan batin iaitu pengisian rohani kita dengan ilmu dan zikir.


Hakikatnya,kita terlalu bergantung pada usaha kita sendiri tanpa yakini dengan sebenar-benarnya bahawa DIA yang memberi rezki.


Ya Allah,tenangkan hati kami akan segala ketentuanMU...

Sunday, November 08, 2009


~Kenangan terawih bersama Al-Habib Umar @ Tarim~

Sering kalau habib Umar baca ayat Al-Imran:53 dan Surah Al-Maidah:83 ,beliau akan menangis dan mengulang2nya hingga membuat diri yang mendengar tertanya :'Apa yg difahami oleh habib hingga beliau mempunyai zauq terhadap ayat tersebut?'

Firman Allah:

رَبَّنَآ آمَنَّا بِمَآ أَنزَلَتَ وَٱتَّبَعْنَا ٱلرَّسُولَ فَٱكْتُبْنَا مَعَ ٱلشَّٰهِدِينَ
Al-Imran:53

... رَبَّنَآ آمَنَّا فَٱكْتُبْنَا مَعَ ٱلشَّاهِدِينَ
Al-Maidah:83

Lama kelamaan,setelah hadir majlis ilmu bacaan hadis kitab Al-Azkar (Kumpulan hadis2 Rasulullah oleh Imam Nawawi),dapati sendiri jawapannya.

Kata Rasulullah Sollahu 'alaihi wasallam :
'Siapa yg meminta syahid dengan sebenar-benar hatinya,Kemudian mati atau dibunuh akan diberikan ganjaran syahid

~RIwayat Imam At-Tirmizi:Hadis Sohih

Dalam riwayat lain pula...

Siapa yg meminta syahid dengan sebenar-benar hatinya,Allah memasukkannya ke dalam golongan para syuhada' walau dia itu mati di atas tilam (tidak mati dalam pertempuran).

~Riwayat Imam Muslim

Rasulullah tau yang menjanjikan ganjaran tersebut!!!Maseh tak menggerakkan hati kita jugak untuk meminta???

Kata Sayyidi Al-Habib Umar dalam pengajian Rohahnya:

'Orang mukmin itu kalau mendengar kalamnya Rasulullah,bergegar hatinya,siap dirinya untuk beramal dengan apa yg Rasulullah katakan.'

'...Kalau kata atau janji Rasulullah sebegini tetap tidak menggerakkan engkau untuk beramal,maka apa faedah engkau menuntut ilmu???'



P/s:Boleh ikuti bacaan terawih Sayyidi Al-Habib Umar @ almaarif87.multiply.com.(click!)



Begitulah bezanya...
Orang yg mempunyai ilmu kemudian diamalkan dan setelah itu diberikan zauq...
Berbanding dengan mereka...
Mempunyai ilmu tetapi ilmunya hanya di kitab2 dan kemudian dihijabkan Allah untuk memahami rahsia2 AlQuran (nauzubillah)...

Ya Allah,kami juga menginginkan kurniaan yang Engkau berikan kepada hamba2Mu yang soleh...

Thursday, October 29, 2009

~Ayat Motivasi~



Habib Umar membacakan ayat ini dalam sebuah pengajian Tafsir...

Allah Berfirman:

{ وَلَوْ أَرَادُواْ ٱلْخُرُوجَ لأَعَدُّواْ لَهُ عُدَّةً وَلَـٰكِن كَرِهَ ٱللَّهُ ٱنبِعَاثَهُمْ فَثَبَّطَهُمْ وَقِيلَ ٱقْعُدُواْ مَعَ ٱلْقَاعِدِينَ }


'Dan kalaulah mereka mahu keluar (untuk turut berperang),tentulah mereka menyediakan persiapan untuknya; tetapi Allah tidak suka pemergian mereka, lalu dilemahkanNya semangat mereka dan dikatakan (oleh Syaitan): Tinggallah kamu bersama-sama orang-orang yang tinggal'. [9:46]


Begitu juga ayat ini ditujukan buat kita sbg Tolibul Ilm...

Kalau Allah mengingankan KITA untuk hadir ke majlis2 Rasulullah iaitu Majlis Zikir dan ilmu,maka KITA akan disiapkan dengan pelbagai cara.Mana dari sudut kelapangan masa,wang,tenaga,transportation,semangat,pendirian etc.Allah sendiri akan siapkan kemudahan2NYA untuk KITA sampai ke Majlis2 Rasulullah.

Akan tetapi Jika Dia tidak menginginkan....

Maka,Kita akan memberikan seribu 1 macam alasan untuk membuatkan kita tidak dapat hadir.Disempitkan masa kita dengan perkara2 yg lalai dan tidak penting,diberikan wang tapi hanya cukup untuk keperluan jasadnya,diberikan tenaga tapi cukup buat urusan2 dunianya.


Kesimpulan:

1)Minta padaNYA.

2)Beza KITA mendengar 1 ayat AlQuran dari mulut para ulama rabbani itu dengan pembacaan berpuluh-puluh kali tanpa seorang guru/Syeikh.Mendengar dari mereka,KITA juga turut merasakan zauq dan kefahaman yg Allah berikan pada MEREKA,yang walaupun kita hanya dapat merasakan tempiasnya.Alhamdulillah...


Ya Allah,jangan Engkau golongkan kami diantara orang2 yang ketinggalan...

Tuesday, March 24, 2009

~Ayat-ayat Cinta Buat Rasulullah~


Ayat2 cinta yang ditujukan buat Rasulullah - Sheikh Sulaiman

P/s:Qari tersebut menbaca ayat2 yang ditujukan buat Rasulullah dengan bacaan qiraat yang pelbagai.

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala alihi

Ingin mengajak semua untuk merenungkan ayat2 ini...


Firman Allah S.W.T:

إِنَّآ أَنزَلْنَا ٱلتَّوْرَاةَ فِيهَا هُدًى وَنُورٌ يَحْكُمُ بِهَا ٱلنَّبِيُّونَ ٱلَّذِينَ أَسْلَمُواْ لِلَّذِينَ هَادُواْ وَٱلرَّبَّانِيُّونَ


'Surely We revealed the TORAH, wherein is guidance, from error, and light, that is, an exposition of the rulings, by which the prophets, from the Children of Israel, who had submitted, [who] had been compliant before God, JUDGED FOR those of Jewry, as did the rabbis, the scholars among them, and the priests... '[5:44]

Itu ditujukan pada Para Anbiya' terdahulu...

TAPI ....

Jika Rasulullah....

Firman Allah S.W.T:

فَلاَ وَرَبِّكَ لاَ يُؤْمِنُونَ حَتَّىٰ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لاَ يَجِدُواْ فِيۤ أَنْفُسِهِمْ حَرَجاً مِّمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُواْ تَسْلِيماً
[4:65]

'
But no, (fa-lā, the lā is extra) by your Lord! They will not believe until they make YOU JUDGE OVER what has broken out, has become mixed up, between them and find in themselves no inhibition, [no] constraint or doubt, regarding what YOU DECIDE, but submit, [but] comply with YOUR RULING, in full submission, without objection.
'


Kalau kita perhatikan 2 ayat yang diatas...

Kita akan dapati bahawa para anbiya' dahulu menetapkan hukum buat ummatnya dengan kitab Taurah.

Tapi Rasulullah...

DIA diberi HAQ untuk membuat keputusan dan menetapkan hukum buat Ummatnya!!!
Sollahu 'alaihi wa Sallam....

Terlalu banyak ayat2 yang menunjukkan Keistimewaan-keistimewaan khas buat Rasul Junjungan KITA,cuma hanya KITA sahaja yang perlu membuka hati KITA untuk mentadabbur ayat2NYA...

Firman Allah S.W.T:

أَفَلاَ يَتَدَبَّرُونَ ٱلْقُرْآنَ أَمْ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقْفَالُهَآ

'Maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?'(47:24)

*Kalam Mutiara ini diambil dari Al-Fadhil Sheikh Yusry Rusdi Al-Hasani dalam Pengajian Sohih Bukhari di Masjid Al-Azhar As-Syarif.

Ya Allah,cukuplah Dia sebagai hadiah teragung buat KAMI ummatnya....
Luv n Miss U Rasulullah (sollahu alaihi wasallam)!

Ya Allah,bila dapat jumpa DIA???Kami merinduinya...

*Dipetik dari blog:Ahlulquranpts

Wednesday, April 09, 2008

Dia terlalu Istimewa (3)...




Ketika Nabi Ibrahim 'alahissalam memohon kepada Allah:


{ وَلاَ تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ }
-Surah As-Syura :87

Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula

Tapi...

Allah berkata kepada Penyejuk hati kita,Rasulullah s.a.w:


يَوْمَ لاَ يُخْزِى ٱللَّهُ ٱلنَّبِيَّ وَٱلَّذِينَ آمَنُواْ مَعَهُ

-Surah At-Tahrim:8

Pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi(Muhammad) dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya....

*Dipetik dari blog AhlulquranPTS

Kami merinduimu Ya Rasulullah...

Monday, March 31, 2008

Dia terlalu Istimewa (2)...






Buat Renungan bersama....

Sedang Nabi Allah Ibrahim 'alahissalam masih lagi mengharap pengampunan Allah:

وَٱلَّذِيۤ أَطْمَعُ أَن يَغْفِرَ لِي خَطِيئَتِي يَوْمَ ٱلدِّينِ
Surah As-Syu'ara':82

and Who, I hope, will forgive me my iniquity on the Day of Judgement, [the Day] of Requital
.

Tapi...

Dia janjikan pada kekasihNYA dan penyejuk hati kita,Rasulullah s.a.w(sollu 'alaihi!):



لِّيَغْفِرَ لَكَ ٱللَّهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ

Surah Al-Fath:2

that God may forgive you, by virtue of your struggle, what is past of your sin and what is to come, of it, so that your community might then desire to struggle [like you]


— this [verse] also constitutes a justification of the [concept of the] infallibility (‘isma) of prophets, peace be upon them, against sin, by way of a definitive rational proof (the lām [in li-yaghfira, ‘that He may forgive’] is for [indicating] the ultimate reason [for the conquest], so that the content [of this latter statement] constitutes an effect and not the cause), and that He may perfect.



Rujukan:

*Tafsir al-Jalalayn
© 2007 Royal Aal al-Bayt Institute for Islamic Thought, Amman, Jordan (http://www.aalalbayt.org) ® All Rights Reserved

Ya Rasulullah...Bilakah masanya untuk kita bertemu???

Wednesday, March 26, 2008

Dia terlalu Istimewa (1)...



Renungilah 2 ayat berikut...


Allah berkata kepada Sayyidina Musa 'alaihissalam:

وَأَلْقَيْتُ عَلَيْكَ مَحَبَّةً مِّنِّي وَلِتُصْنَعَ عَلَىٰ عَيْنِيۤ
Surah Toha:39

I cast upon you love from Me, that you may be loved by people; and indeed Pharaoh, and all who saw you, loved you; and that you might be reared under My eyes, be nurtured under My guardianship and My protection of you.

Tapi....

Apabila DIA berkata kepada Rasul junjungan kita (sollu 'alaihi!):

{ وَٱصْبِرْ لِحُكْمِ رَبِّكَ فَإِنَّكَ بِأَعْيُنِنَاُ }
Surah At-Tur:48

And submit patiently to the judgement of your Lord, that they be reprieved, and do not be grieved, for surely you fare before Our eyes, [you are] in Our sight, We see you and preserve you.

Kata Sayyidina Uwais AlQarni(seorang Tabi'in) kepada Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar AlKhattab:

'Kamu tidak mengetahui kadar (sayyidina) Muhammad kecuali hanya bayangannya.'


Allah...
kalau para sahabat tahu kadar Rasulullah itu hanya bayangan...
apalah lagi kita ini...
Generasi ummahnya yg penuh dgn kekurangan...

La ta'rifu qadra (sayyidina)Muhammad illa Rabbak

Maksud:
kamu tidak ketahui kadar (sayyidina)Muhammad kecuali Tuhan mu

Sollu 'alahi!
Allahumma solli 'alaihi wa 'ala alihi...