Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammada wa 'ala alihi.
Firman Allah ta'ala:
إِنَّ فِي خَلْقِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلأَرْضِ وَٱخْتِلاَفِ ٱلَّيلِ وَٱلنَّهَارِ لآيَاتٍ لأُوْلِي ٱلأَلْبَابِ ٱلَّذِينَ يَذْكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَاماً وَقُعُوداً وَعَلَىٰ
جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلأَرْضِ رَبَّنَآ مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal ;(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.
~Surah Al-Imran:190-191
Oleh itu.....
Pelik dengan keadaan orang mukmin.Sesungguhnya keadaannya segalanya baik.Dan itu tidak diperolehi kecuali buat orang mukmin.Jika ditimpa kepadanya kesenangan,dia bersyukur,maka itu adalah baik buatnya dan jika ditimpa kesusahan,dia bersabar,maka itu adalah baik buatnya.
~Riwayat Imam Muslim
Tujuan KITA adalah untuk menjadi أُوْلِي ٱلأَلْبَابِ iaitu orang-orang berakal sepertimana yang Allah telah nyatakan sifat2 mereka dalam surah Al-Imran:190 diatas.
Natijah dari Wisata Kita itu?
Dalam ayat tersebut,Allah sebutkan zikir sebelum tafakkur.Untuk mendapatkan kemampuan bertafakkur dan bertadabbur adalah dengan banyak berzikir Kerana tidak mungkin orang yang lalai dan jauh kehidupannya dari mengingati Allah mampu bertafakkur.
Maka,Hendaklah kamu kuat (banyak) dalam berzikir untuk menguatkan kamu dalam bertafakkur..Zikir dahulu kemudian Tafakkur (kemudian Habib baca ayat diatas).Dan selepas kuatnya zikir dan tafakkur,kamu memperolehi 'syuhud' iaitu merasakan kehadiran Allah bersamamu kerana Allah sebut selepas ayat itu...رَّبَّنَآ إِنَّنَآ سَمِعْنَا مُنَادِياً يُنَادِي لِلإِيمَانِ أَنْ آمِنُواْ بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَٱغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ ٱلأَبْرَارِWahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti (yang banyak berbuat kebajikan). ~Surah Al-Imran:193
Oleh itu.....
Zikir + Tafakkur =Syuhud
Orang Mukmin mesti bermatlamat dan mempunyai cita2 yang tinggi!!!
Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasalam:
عجبا لأمر المؤمن إن أمره كله خير ، وليس ذاك لأحد إلا للمؤمن ؛ إن أصابته سرّاء شكر ؛ فكان خيراً له ، وإن أصابته ضرّاء صبر ؛ فكان خيراً له .
~Riwayat Imam Muslim
Kenapa keadaan Orang mukmin itu segalanya baik?
Susah dan senang baginya semua itu adalah sama kerana dia senantiasa bersama Allah dalam setiap keadaannya.Dalam keadaan dia sedang berseronok pun,dia tidak terlepas dari mengingatiNya.
Bezanya orang Mukmin dan selain Mereka....
Orang mukmin dalam ia berseronok dan bercuti ,ia mempunyai tujuan yang jelas.Kalau kita belajar untuk menjadi ulama,bukan ulama disini adalah mereka yang memegang jawatan tinggi tertentu di masyarakat tapi kita mahu jadi ulama yang Dia maksudkan sepertimana firman Allah ta'ala:
إنما يخشى الله من عباده العلماء
Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu.
~Surah Al-Fathir:28
Jadi....Apa sepatutnya tujuan kita pergi bercuti???
Tujuan KITA adalah untuk menjadi أُوْلِي ٱلأَلْبَابِ iaitu orang-orang berakal sepertimana yang Allah telah nyatakan sifat2 mereka dalam surah Al-Imran:190 diatas.
Natijah dari Wisata Kita itu?
رَبَّنَآ مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّار
Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.
Natijahnya...
Merasakan kebesaran Allah dan menimbulkan rasa Khosyah (takut) kepadaNya.Natijah ini adalah diantara element2 penting untuk menjadikan kita sebenar-benar hambaNya.Dan itulah tujuan kita diciptakan!!!Hanya untuk mengabdikan diri kepadaNya....
So...After balik dari percutian,Cuba kita muhasabah....
Adakah aku telah perolehi sepertimana yang Dia kehendaki??????
Ya Allah,Jadikan setiap langkah kami mengikut apa yang Engkau mahu bukan apa yang kami mahu....
Maka, beruntunglah bagi mereka yang mengikut kehendakNya!
No comments:
Post a Comment