[Maksud]
Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala dengan ilmu dan amal yang sempurna),kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu dan kerana kamu selalu mempelajarinya.
~Al-Imran:79
MISI:
DiAmKu fIkIr...UcApAnKu zIkIr...LiHatku MeNgAmBil i'TiBaR
Perjumpaan bersama Pentahqiq Kitab Tafsir Al-Jailani:
Dr. Al-Syarif Fadhil Al-Jailani
Muhadarah (1): Bahas Ilmiah
Penerangan akan kitab tersebut tentang usaha yang dibuat untuk menghasilkan kitab tersebut kerana beliau orang yang pertama menisbahkan kitab tersebut kepada Al-Imam Abdul Qodir Al-Jailani.Beliau mengambil masa selama 30 tahun untuk menghasilkan kitab tersebut.
Tempat: Markaz Indon Griya @ Bur Saed Masa: Selepas Asar Tarikh: Sabtu 6/2/2010
Muhadarah (2):
Pembacaan Kitab Tafsir Al-Jailani dan Majlis Pengijazahan.
Tempat: Rumah Selangor @ Hay 'Asyir Masa: Selepas Marhgrib Tarikh : Ahad 7/2/2010
P/s:Boleh bertemu Sheikh di Ma'arad @ Ganah Kanada (sebelum ganah Dar Al-Salam) @ Maktabah Dar Ar-Rukun wa Al-Maqam.Jangan tak minta signature nya!!!Beliau kata:'Signature beliau itu sebagai tanda 'Ijazah Ammah' buat kitab itu.'
Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam: مثل المؤمنين في توادهم وتراحمهم وتعاطفهم مثل الجسد
إذا اشتكى شيئا تداعى له سائر الجسد بالسهر والحمى
Perumpamaan orang mukmin yang saling menyayangi dan mengasihi antara sesama mereka seperti sebuah jasad,apabila mengadu kesakitan salah sebuah anggota badan tersebut,maka seluruh badan merasa kesakitan. ~Riwayat Imam Bukhari dan Muslim
Tafsiran hadis tersebut menurut Para AhliLLAH: 'Jika ruh itu mempunyai kesamaan (dalam cara kehidupan,kesukaan and etc.) dan saling menyayangi antara 1 sama lain,maka berhubunglah perasaan antara mereka (iaitu dia dapat merasai apa yang kita rasai,dan kita pula dapat merasai apa yg dia rasai).'
~Petikan dari kata2 Sheikh Muhammad Iwad @ pengajian pembacaan Sohih Muslim.
kalau tidak percaya...
Kita ambil contoh paling dekat iaitu IBU kita.Ibu selalu dapat merasakan apa yang dilalui oleh anaknya dari kesakitan atau sebagainya.Seolah-olah ade 1 perasaan yang Allah tiupkan didalam hatinya hingga dia juga dapat merasai apa yang kita rasai.Ini tiada lain kecuali kerana cintanya dan belas kasihannya yang sangat mendalam terhadap anak-anaknya.
Jika itu terjadi dari seorang yang memberi makan kepada jasad kita,bagaimana pula jika seseorang itu adalah yang memberi 'makan' kepada ruh kita???Bukankah lebih-lebih lagi terasa?
Ya Allah, Ku tahu jarak tidak memisahkan hati orang mukmin, Sampaikan salam rinduku padanya, Hanya Engkau sajalah pengubat hati ini...
Ucapan Seorang Sheikh mengingatkan kami sebelum mulanya pengajian Rauhah Habib Umar Ibn Hafidz @ Darul Mustafa:
السعادة كل السعادة أن تجد الشيخ امامك
'Puncak segala kebahgiaan adalah kamu dapati sheikh itu didepan matamu.'
Pengumuman buat Penuntut ilmu @ Mesir... Sheikh Ali Jumaah (Mufti Mesir) mengadakan pengajian tafsir @ Masjid Al-Azhar Al-Syarif setiap selasa dan rabu, selepas asar.Biasanya sheikh datang sejam sebelum margrib.
Syukurilah nikmat terbesar ini dengan kita menghadiri majlisnya.
Saya masih ade 2 paper lagi.Exam bukan untuk membebankan atau meng'stress'kan.Tapi sebenarnya adalah 1 Rahmat dari ALLAH.
Yang penting sekali,exam mengajar kita MENGHARGAI ILMU.
Dalam fatrah exam ini...
Jangan tinggalkan majlis bersama ulama'.Kalau kita tidak mampu untuk hadiri setiap hari,paling kurang sekali dalam seminggu.Kerana hati kita juga ada haqnya yang perlu diberikan.Datang ke majlis ilmu itu memberi kekuatan ma'nawi sebenarnya tanpa kita sedari lagi-lagi untuk menghilang stress.Pergi...nanti rasa sendiri.
Bukankah majlis ilmu/zikir turunnya para malaikat,ketenangan dan rahmat ALLAH?!Kerana itulah,Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam menamakan ia sebagai TAMAN SYURGA.
Sabda Rasulullah (sollahu 'alaihi wa sallam) yang bermaksud:
'Jika kamu lalui taman2 syurga,maka datangilah.Mereka(para sahabat) pun bertanya:Ya Rasulullah,dan apa itu taman2 syurga?Rasulullah berkata:Halaqah Zikr,maka sesungguhnya bagi Allah itu para malaikat yang bertebaran khas buat halaqah zikir.Maka,apabila mereka(manusia) datang kepadanya,mereka(para malaikat) akan menyeliputi mereka'.
(حديث مرفوع عن ابن عمر)
Kata Imam 'Ato' Ibn Abi Rabah:
'Majlis zikir itu adalah majlis halal dan haram,majlis dimana diajarkan bagaimana untuk membeli,menjual,berpuasa,bersolat,memberi sedekah,menikah,menunaikan haji... (dan sebagainya).'
Untungnya orang mukmin,ALLAH sudah sediakan untuknya taman2 syurga di dunia lagi sebelum akhirat.
Kalau orang kata 'pergi majlis ilmu bertambah stress,otak dah lah penat'...
Jika Rasulullah sudah menyifatkan ia sebagai taman syurga dan kita pula mendapati sebaliknya,mungkin yang perlu dilihat semula adalah HATI kita.Sebenarnya bukan OTAK kita yang PENAT tapi HATI kita yang TENAT.
Teringat alfaqir kalam Sayyidi Al-Habib Umar Ibn Hafidz dalam pengajian subuhnya...
Habib membaca sebuah hadis dalam kitab Jihad oleh Imam Ibn Mubarak:
Sabda Rasulullah...
يوم في سبيل الله أفضل من ألف يوم مما سواه Sehari di jalan ALLAH itu lebih baik dari seribu hari selainnya.
~Riwayat Imam Hakim
dan
Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam : (dari Riwayat Sayyidina Anas Ibn Malik)
من خرج لطلب العلم فهو في سبيل الله حتى يرجع
Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu,maka ia di jalan ALLAH hingga dia pulang.
Kemudian Al-Habib berkata...
'Dan diantara tanda kamu itu di jalan ALLAH,kamu itu merasakan kehadiran ALLAH bersamamu,kamu tidak sabar untuk berzikir padaNYA dan kamu merasa sempit/tidak suka dengan perkara2 yang melalaikan kamu dariNYA'.
p/s:Dan nasihatmu sentiasa terdengar di telinga ini...:)
Ya ALLAH,jadikan keinginan kami itu mengikut apa yang Engkau Redhai...
Wednesday, January 06, 2010
ARE YOU READY?!
Jadual giliran saya turun ke Medan JIHAD KECIL:
17/1/10--->Adab n Balaghah
20/1/10--->Tafsir Ayat Al-Ahkam
27/1/10--->Qaah Bahas Qawaid
31/1/10--->Qawaid Feqhiyah
Diam tak diam...masa berlalu begitu cepat.Tanpa disedari,tahun ini adalah tahun terakhir buat alfaqir menamatkan pengajian B.A (Insya ALLAH!).
Teringat dahulu sewaktu kecil ketika berusia 10 tahun (kalau tak silap)...
Saya sudah kira2 tahun bila saya akan menamatkan pengajian B.A.Bila saya catitkan 2010 bahawa saya akan menamatkan pengajian Universiti insya ALLAH,terfikir 'Wujud lagi ke dunia time 2010 tu?ke dah kiamat eh?'.Kerana nombor 2010 itu agak besar dan rasa terlalu jauh bagi saya pada ketika itu.
Biasalah fikiran budak2,macam-macam yang dikhayalkan.
Tetapi Alhamdulillah...rupanya Allah masih beri saya peluang lagi.Peluang untuk memperbaiki diri dan berkhidmat pada agamaNYA.
4 tahun di Mesir bagi saya terlalu singkat.4 tahun bagai 4 bulan.
Semakin nak akhir ni,semakin rasa macam baru saja sampai Mesir.Semakin terjumpa berbagai laluan ilmu yang baru.Masih tak cukup lagi 'bekalan' untuk turun ke medan dakwah.Saya perlu mematangkan ilmu yang telah dipelajari dengan terus menerus menyambung pengajian saya,walau itu sebenarnya BUKAN kayu pengukurnya ilmu kita.
SAYA CINTAKAN ILMU!!!
NO TIME to WASTE TIME!!!
Saya ingin lakukan yang terbaik buat tahun akhir pengajian B.A saya!Usaha dan result saya ini akan dipamerkan pada Rasulullah...
Sabda Rasulullah (sollahu 'alaihi wasallam):
عرضت علي أعمال أمتي حسنها و سيئها...الخ
Dipamerkan kepadaku amalan ummatku dari amalan kebaikannya dan kejahatannya...
~Riwayat Imam Muslim
Oleh kerana itu...
Saya tidak sanggup menyedihkan hatinya...
Ya Allah,Jadikan amalan kami DISINI menggembirakan hatinya DISANA...
Moga dikurniakan khusnul khitam...
~Tips Exam dari Al-Fadhil Ust Afandi Ahmad~
*Rakaman ini diambil ketika kami menziarahi Ustaz baru-baru ini di Mesir.
Ust Afandi merupakan guru AlQuran kami di Madrasah Al-Junied Al-Islamiah.Beliau lah yang mengenalkan kami kepada Allahyarham Sheikh Redha bin Salim,seorang sheikh Qiraat yang popular dikalangan pelajar S'pore.Berkat petunjuk ustaz,kebanyakkannya diantara kami bertalaqqi dengannya.Setelah 10 tahun pulang balik Mesir-S'pore,akhirnya Ustaz telah mengkhatamkan 10 Qiraat bersama Sheikh Redha walaupun begitu,Ustaz masih tetap turun mesir untuk bertalaqqi walau usianya sudah meningkat.
Dan setelah Sheikh pergi meninggalkan kami pada July 2009,Ustazlah yang membuka kami peluang untuk bertalaqqi dengan sheikh baru secara dekat sebagai pengganti Sheikh Qiraat kami,Sheikh Redha.Semoga semangat ustaz menjadi inspirasi buat KAMI.
Ya Allah,jadikan tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya...