Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi.
Firman Allah ta'ala:
يَرْفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ آمَنُواْ مِنكُمْ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلْعِلْمَ دَرَجَاتٍ
Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat .
~Surah Al-Mujadalah:11.
Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam:
من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين
Barangsiapa yang Allah mahukan baginya kebaikan,maka dia akan difahamkan kepadanya dalam urusan agama.
Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim.
Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah.
Setelah lebih kurang 6 tahun,pengajian kitab bersama mufti terhenti kerana keadaannya yang tidak mengizinkan.Selalu guru kami menceritakan kepada kami akan pengalaman mereka menghadiri majlis ilmu Mufti.Sehingga terdetik dalam hati:"Untungnya orang2 terdahulu yang Allah berikan mereka kesempatan itu."Dan alhamdulillah... Allah kembalikan zaman itu, malah mungkin lebih baik.
Imam besar ,Syeikh Al-Azhar juga akan kembali mengajar di Masjid Al-Azhar Al-Syarif dan ditambah pula dengan pembacaan kitab2 besar turath bersama ulama2 besar Al-Azhar Al-Syarif yang akan disemarakkan semula disana seperti tafsir Al-Kasyyaf oleh Imam Zamakhsyari dan banyak lagi.
Maka,jagalah nikmat ini agar ia ditambah dan berkekalan.Jika tidak,akan ditarik semula kerana tidak bersyukur.Tanda syukur adalah kita rebut peluang yang Allah telah berikan kita dengan sebaik mungkin.
Sheikh Ali pernah sebut dalam pengajiannya baru2 ini:
"Kebaikan ummat ini akan kekal berterusan hingga ke akhirya.Alhamdulillah kerana Dia telah mengkhaskan kami menjadi ummat ini."
Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam:
مثل أمتي مثل المطر لايدرى الخير في أوله أو آخره
Perumpaan ummatku seperti hujan,tidak diketahui kebaikan itu di awalnya atau diakhirnya.
Riwayat Imam Al-Tirmizi dan Imam Ahmad.
Jadual Sheikh Ali Jumaah :-
Hari: Sabtu,Ahad ,Isnin.
Waktu: 8.00 -9.30 AM.
Kitab:
-Al-Ashbah wa Al-Nazoir oleh Imam Al-Suyuthi (qawaid).
-Al-Tamhid oleh Imam Al-Isnawi (usul + feqh).
-Ghayah Al-Wusul fi lubbi Al-Usul oleh Sheikh Zakaria Al-Ansori (usul feqh).
Pengajian Tafsir:-
Hari :Setiap Sabtu dan Jumaat.
Waktu: 10 PM
Tempat: Masjid Fadhil (Masjid Mufti) @ 6 october.
Add: مدينة (6) أكتوبر الحي المتميز منطقة غرب سوميد
Saya sangat mencintai Al-Azhar Al-Syarif dan para ulamanya.Moga ia juga mencintai saya sepertimana Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam mencintai jabal uhud dan jabal uhud juga mencintai Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam!!!
Ya Allah,Engkau peliharalah kaabah ilmu ini dan orang2 yang memperjuangkannya.
Bagaimana saya mahu balik ya Allah...dengan Al-Azhar sedang melalui zaman kegemilangannya?!Memang saya gila kerana tidak memahami perasaan orang lain dan mengutamakan perasaan cinta saya.
Engkau rahmatilah perasaan ini...
Sesungguhnya hanya Engkaulah pengubat jiwa yang lara...
Rakaman pengajian usul feqh oleh Sheikh Ali Jumaah @ Masjid Al-Azhar Al-Syarif.
1 comment:
MAJLIS HAUL IMAM AL HADDAD SABTU INI : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2011/09/artwork-flyer_a5-front-haul-19092011.jpg
Pengajian Kitab Bidayatul Hidayah dan 40 Hadits Akhlak Mulia : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2011/09/1-11111.jpg
Pengajian di Ba’alawi Kuala Lumpur : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2011/09/jadual_pengajian_okt_2011.jpg
Post a Comment