Tuesday, July 06, 2010

KeKaYaAn DiSiSi RaSuLuLlAh


Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.
Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala alihi
.

Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam:

لغدوة أو روحة في سبيل الله خير من الدنيا وما فيها

'Keluar di waktu pagi (selepas subuh hingga terbit matahari) atau keluar di waktu petang (selepas asar hingga Marghrib) di jalan Allah lebih baik dari dunia dan seisinya'.

~Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim.


Maka,hendaklah penuntut ilmu Allah khasnya menjaga 2 waktu ini iaitu selepas subuh dan asar agar kita perolehi kekayaan yang Rasulullah maksudkan itu.Jangan kita biarkan 2 waktu ini kecuali kita sedang berada di dalam majlis ilmu.

Allah...bila baca hadis ini,pertama yang di fikiran adalah orang yang mempraktikkan hadis ini iaitu Sayyidi Al-Habib Umar Ibn Hafiz.Beliau tidak atur aktiviti waktu kami di Dar Al-Zahra' /Dar Al-Mustafa kecuali mengikut panduan Al-Quran dan Al-Sunnah.Majlis ilmunya diadakan khas selepas solat subuh hinggalah terbit matahari (syuruq) dan selepas solat asar.

Nukilan dari pengajian Rowhah Habib Umar Ibn Hafidz pada Dowrah tahun lalu...


"Selepas asar adalah waktu dimana turunnya curahan rahmat yang banyak,menerangi hati dan turunnya rezki (ma'nawi).Inilah diantara hikmah kenapa kita diharamkan solat (sunnat mutlak selepas melakukan solat fardhu) pada waktu itu."


Cuba kita muhasabah....

Selepas solat subuh apa aktiviti seharian kita???Kita akan dapati bukan alunan zikir yang kedengaran tapi alunan dengkuran (tidur).Maka,hanya mereka yang memahami dan menyakini maksud dari kalam Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam 'lebih baik dari dunia dan seisinya' akan tahu apa yang sepatutnya dilakukan pada ketika itu.

Mujahadahkan diri untuk keluar ke majlis ilmu selepas subuh supaya kita tidak tidur pada waktu yang penuh berkah itu.

Janganlah kita mudah lemah semangat dengan 1 hadis yg kita dengar dari mulut masyayikh kita atau mendapat hanya 1 patah perkataan dari Mereka atau jika guru kita itu tidak hadir kerana
Allah tidak menilai apa yang kita perolehi tapi Dia pandang usaha dan mujahadah kita itu ; iaitu usaha kita untuk mempelajari kebaikan.

Firman Allah ta'ala:

وَٱلَّذِينَ جَاهَدُواْ فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلْمُحْسِنِينَ

"Dan orang2 yang bermujahadah di jalam Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya."

~Al-Ankabut:69.

Kalau kita mengharapkan kebaikan dari manusia,Kita akan senantiasa kecewa tapi tidak apabila kita mengharapkan kebaikan itu dariNYA.Sesungguhnya,Dia Maha Kaya.Apabila Dia mahu berikan,maka Dia tidak peduli siapa kita. Ya kheir Robb....

Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam:

من دخل مسجدنا هذا ليتعلم خيرا أو ليعلّمه فهو كالمجاهد في سبيل الله

'Siapa yang masuk ke masjid kami ini untuk mempelajari kebaikan atau mengajarkannya,maka dia seperti orang yang berjuang ke jalan Allah.'

~Riwayat Imam Ahmad dan Imam Abu Daud.


Dalam hadis tersebut menunjukkan betapa rahmahnya Rasulullah terhadap ummahnya sehingga beliau sebutkan 'kebaikan' itu secara am.Jadi,tidak semestinya kehadiran kita ke masjid atau majlis ilmu itu semata-mata untuk mempelajari ilmu ,akan tetapi apa2 yang berbentuk kebaikan yang kita perolehi sebagai contoh datang ke 1 majlis untuk melihat wajah2 kekasihNya atau untuk rehat dari kesibukan dunia...Maka kita sudah termasuk dalam golongan orang yang berjuang di jalan Allah.

Allah...Cukuplah kalam Rasulullah itu sebagai sumber inspirasi kami.

Ya Allah,
Pimpin kami untuk menjalani kehidupan seorang hamba Rabbani Muhammadiy....

2 comments:

ainsyahmie_ said...
This comment has been removed by the author.
ainsyahmie_ said...

Mas Sha Allah, bermanfaat sangat, semoga Allah tambahkan ilmu pada penulis blog ini