Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi.
Firman Allah Ta'ala:
وَأَقِمِ الصَّلاةَ لِذِكْرِي
"...dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Aku."
Toha:14
Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam:
وجعلت قرة عيني في الصلاة
"...dan dijadikan solat itu suatu yang menyejukkan hatiku."
Riwayat Imam An-Nasai.
Video ini terdapat 25 episods.Cuba isitiqamahkan dalam sehari,1 episod.kalau kita boleh khaskan setiap hari,sejam untuk menonton TV atau movie,kenapa tidak?! kita tidak boleh khaskan waktu yang sedikit demi memperbaiki hubungan kita dengan Pencipta kita????Ajib....
Tujuan dari menonton video ini:
-Redha Allah
-Perbaiki keadaan solat kita dalam masa yang sama, hubungan kita dengan Allah s.w.t.
-Menghayati setiap gerak geri solat kita.
-Menghubungkan solat kita dan solat Rasulullah seolah2 kita sedang berimamkan Rasulullah dalam solat.
-Merasai apa yang Rasulullah rasai dari kelazatan bermunajat kepadaNya.
-Mengamalkan ilmu yang telah dipelajari.
Yakin! Dengan usaha yang kecil ini ,iaitu dengan melihat video ini dan mengamalkannya,Insya Allah kita dikurniakan solat para ahli muqarrabin (orang2 yang mendekatkan diri kepada Allah).
Jika DIA mahu memberi,DIA tidak peduli siapa diri kita kerana pemberianNya itu tidak sedikit pun menjejas kekayaanNya yang maha agung!!!
Allah berfirman dalam Sabda Rasulullah:
أنا عند ظن عبدي بي
Aku menurut sangkaan hambaKu.
Kata Imam Ibn Atoillah :
متى أطلق لسانك بالطلب , فاعلم أنه يريد أن يعطيك
Apabila lisanmu tergerak untuk meminta,maka ketahuilah bahawasanya DIA mahu memberi kamu (permintaanmu itu).
Kata Habib Muhammad As-Saqqaf dalam salah sebuah video:
"Ketahuilah bahawasanya tidaklah Allah menggerakkan kita untuk mempelajari solat para ahli muqarrabin kecuali DIA mahu memberikan kepada kita solat tersebut."
Jom kita memperbaiki solat Kita...Tiada siapa yang boleh merasa aman bahawa solatnya itu diterima oleh Allah.
Ya Allah,Kurniakan kami solat ahli Muqarrabin sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
No comments:
Post a Comment