Tuesday, June 22, 2010

Rahsia Berguru


Firman Allah ta'ala:

سَنُقْرِئُكَ فَلاَ تَنسَىٰ

Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu dengan perantaraan jibril),sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa.
~Surah Al-'Ala:6.

Cuba kita renungkan Adab yang Allah mahu ajarkan kepada hambaNya dalam menuntut ilmu...

Pada zaman sekarang ini,ramai yang mengambil ringan akan bertalaqi ilmu dengan guru.Ada yang merasakan cukup dengan banyak pembacaan tanpa perlu menadah kitab dengan guru.

Dalam ayat itu sendiri...

Allah beritahu kepada Rasulullah bahwa ayat Al-Quran itu akan dibacakan oleh Jibrail kepada Rasulullah sehingga beliau tidak lupa.

Dan inilah diantara rahsia mengapa seseorang itu perlu mengambil ilmu dari mulut guru itu sendiri.Agar TIDAK LUPA.Subhanallah...

Sering disaat kita perlukan sesuatu maklumat,selalunya kita akan lebih ingat ilmu yang kita dengar dari mulut guru kita,walau kita tidak mencatit,berbanding dari bahan2 bacaan yang kita baca.

Biasanya,Ilmu yang kita perolehi dari guru kita itu....

Kita lebih mengamalkannya...

Kita lebih memahami makna yang tersirat ...

Kita lebih yakin untuk menyampaikannya...

Kita lebih menghayatinya...

Kata sheikh Mohammed Awad Al-Manqosh:"Ilmu (maklumat) ada di buku2,tetapi rahsia ilmu itu ada di dada para ulama."

Kerana itu,ramai yang belajar ilmu tetapi tidak merasai zauq ilmu tersebut kerana tidak mengambil melalui ahlinya.

Bagaimana lagi jika kita mengambil ilmu itu dari mereka yang mempunyai silsilah hingga sampai kepada Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam????

"Kita bertalaqi dengan Syuyukh yang bersanad adalah untuk merasakan kesinambungan yang menyambungkan kita kepada Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam."~Al-Habib Umar Ibn Hafidz.


Ada yang merasakan 'buat apa datang kuliah,lecturer cakap sume ade dalam buku,tiada maklumat tambahan'.

Tanpa disedari,perasaan2 sebegini seperti 'rase boleh baca sendiri tanpa guru' sebenarnya punca dari penyakit Sombong.Kerana dia tidak mampu merendahkan dirinya dihadapan orang mukmin.Sebelum belajar lagi sudah ada penyakit 'sombong' itu,jadi bagaimanalah diri itu mahu dapatkan cahaya ilmu.

2 golongan yang tidak mempelajari ilmu: Orang yang sombong dan orang yang malu.

Sebenarnya kita bertalaqi bukan semata2 kita mahukan apa yang guru kita sampaikan.Kita,kalau mengharap pada manusia memang akan selalu kecewa kerana kita mengharapkan guru itu memberi 1 maklumat baru yang belum diketahui oleh diri kita.

Ketika menziarahi Ustaz Afandi Ahmad (guru AlQuran alfaqir di Singapore) yang datang ke Mesir untuk bertalaqi Al-Quran ,sedang alfaqir waktu itu tahun 2,ditanya satu persatu apa yang paling suka di Mesir ini dan apa yang tak puas hati...

Alfaqir pun mengadu: 'saya rase tak puas(cukup) dengan apa yang saya dapat di kuliah'.

Akhirnya,giliran Ustaz memberi komen atas setiap luahan kami itu...

Jawapan bagi aduan saya: "Redha dengan sikit yang kita perolehi...insya Allah ada barakahnya ya."

Ini bukan bermakna supaya 'mudah rasa cukup' dengan kuliah tanpa perlu talaqi di luar.Maksud disini,Redha dengan apa yang kita perolehi dari guru kita.

Walau pada zahirnya apa yang disampaikan seolah-olah kita 'sudah tahu',tapi yang kita mahukan sebenarnya adalah kefahaman yang Allah berikan di kemudian hari.

Contoh,apabila tiba masanya untuk kita memberi,tiada orang untuk dirujuk misalan,curahan kefahaman2 sebeginilah yang kita harapkan untuk memahamkan kita akan bahan rujukan yang kita sedang baca secara sendirian.Dan itu akan diperolehi berkat kesabaran kita dalam menimba ilmu dihadapan guru 1 ketika dulu...


Kata guru kami Sheikh Mohammed Awad Al-Manqosh (ahli Hadis):

الأرزاق و الفتوحات تأتي على حسب موعدها

Rezki dan pembukaan dalam kefahaman datang mengikut waktu yg dijanjikan.

Diceritakan kepada kami ketika membaca kitab

لجامع لأخلاق الراوي و آداب السامع'

Beliau dulu ketika mula2 belajar,membaca matan2 mustalah hadis di depan guru,selama 4 tahun tidak faham apa2.Katanya :
'Yang dasyatnya hingga tidak tahu bezakan antara apa itu hadis sohih dan hadis syaz.Kemudian selepas 4 tahun itu,Allah berikan saya kefahaman seolah-olah saya ketika itu menjadi orang yang begitu berbeza dari sebelumnya.Maka seseorang itu hendaklah bersabar.Kerana rezki dan pembukaan dalam kefahaman itu akan datang pada waktunya.'

ٍSubhanallah...

Kita ini tak sabarkan?!Sume nak cepat.Tak beradab dengan Allah dan ilmu!
Ampunkan dosa2 kami Ya ALLAH...

Ya Allah,tenangkan kami akan segala yang Engkau telah tetapkan buat diri kami...

4 comments:

Anonymous said...

Salam...
Teruskan menulis sis..kerana di situ ada mutiara yg ingin dikutip..


Ummu Sumayyah.

Fakeh said...

KAJIAN SEMASA MENGENAI PERKEMBANGAN WAHABBI DI MALAYSIA, sila google tajuk-tajuk seperti di bawah ini:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

Syed Abdul Kadir Aljoofre said...

Salam

Barakallahu fik..

Ada 2 noktah saya yg faqir boleh tambah di sini:

1) Allah juga perintah dlm Alquran bila kita tak tau kena tanya. fas'alu ahlazzikr.. Allah Ta'ala tidak berfirman, faqra'u in kuntum la ta'lamun. Ini juga bukti kita belajar perlu berguru, dan bukan sekadar baca buku sendiri, walau kita seorang yg genius.

2) Futuhat dlm menuntut ilmu agama datang bukan dgn "lamanya" masa kita belajar atau "kuantiti" buku yg dibaca, tapi barakah dan rahmat dari Allah. Oleh itu dlm mempelajari ilmu ini, kita perlu cari asbabul futuhat dan usahakan agar dapat.

Wallahu A'lam

Pendahaga Ilmu said...

Salam buat...

Ummu Sumayyah:`Doakan alfaqir.kalau ade tambahan untuk dikongsi..ahlan.

Fakeh:terima kasih buat links tersebut,tapi alfaqir dah penat dgn isu wahabi yg tak habis2 ini.Satukan ummat dgn mencari persamaan antara kita dan mrk,dan tinggalkan sesuatu yang menzahirkan ketidak samaan kita dgn mrk.Supaya hati kita lebih terjaga Insya ALLAH.


Ustaz Syed:Syukran!Harap tegur kalau ade kesalahan.