Monday, June 28, 2010

Setiap Nafasmu adalah EMAS




Petikan dari Kalam Habib Muhammad As-Saqqaf dalam Video tersebut:

Guru kami,bapa kami juga,Al-Habib Abdul Qodir As-Saqqaf, berkata kepada kami:

"Setiap pagi,sepertimana yang disebutkan oleh Imam Ghazali dan para ulama,rancang dan susun amalan seharianmu bahawa aku akan buat itu dan ini.Kemudian apabila sudah malam,lihat semula amalan2 yang engkau telah lakukan.Jika engkau telah lakukan segala amalan yang telah dirancangkan,Maka ketahuilah bahawa Allah telah memberkati harimu itu.

Dan jika amalan yang engkau rancangkan untuk melakukan itu,tidak engkau lakukan,maka ketahuilah bahawa waktumu tiada barakah dan tidak terurus."

Dan Al-Habib Abu Bakar Al-Masyhur datang kepada kami waktu Ramadhan,mengadu keadaannya kepada Al-Habib Abdul Qodir As-Saqqaf...

"Wahai sheikh(guru)ku ,aku tidak mampu memberikan waktu yang banyak untuk AlQuran."

Kemudian Al-Habib Abdul Qodir berkata:"Ya Abu Bakar,susun waktumu,Allah akan memberkatimu dan memudahkanmu untuk membaca Al-Quran dengan (kadar) banyak."

Maka,beliau pun berusaha ke arah itu dan akhirnya beliau dapat mengkhatamkan Al-Quran setiap 3 hari.

Kemudian beberapa hari ,datang Al-Habib Abu Bakar Al-Masyhur kepada Al-Habib Abdul Qodir As-Saqqaf...

"Ya Sayyidi,berkatmu dan berkat mengikut nasihatmu,aku dapat mengkhatamkan AlQuran pada setiap 3 hari".

Maka,tersenyum Al-Habib Abdul Qodir As-Saqqaf...

Beliau pun berkata:"Dan aku wahai Abu Bakar,dengan berkatmu,aku dapat mengkhatamkan Al-Quran setiap hari..."

***********************

Subhanallah....

Ingat! Rasulullah kata rebut 5 perkara sebelum 5 perkara,antaranya....

فراغك قبل شغلك
Kelapanganmu sebelum datang kesibukanmu

Alhamdulillah,Exam telah pun selesai.Kini masanya untuk kita merancang waktu yang bakal kita lalui tambahan lagi Ramadhan pun hampir tiba.

Walau pada musim cuti soifi (panas) dan Ramadhan kali ini,saya tidak berada di Tarim Hadramaut,yaman....

Saya harap agar keberkatan waktu yang pernah saya perolehi semasa disana,Allah berikan kepada saya dimana saja saya berada sepertimana yang Sayyidin Isa (alaihissalam) perolehi.

Allah berfirman melalui lisan Sayyidina Isa :

وجعلني مباركا أين ما كنت
Dan aku dijadikan Mubarak dimana saja aku berada.
~Surah Maryam:31


Saya sudah merancang program cuti soifi....Awak pula bagaimana???

Ya Allah,
Sungguh tiada daya untuk kami lakukan kecuali dengan bantuanMu,
Berkati usaha hamba-hambaMu ini...

No comments: