Monday, January 26, 2009

Majlis Zikr Habib Umar Ibn Hafidz @ Indon 2009!




Ingin memetik kata2 Habib Munzir:



'Sejak 4 tahun saya didalam tarbiyah bersama beliau (Habib Umar),saya tidak pernah menemukan budi pekerti yg lebih indah dan serasi dengan Rasulullah sebagaimana yg saya lihat pada peribadi beliau.Semua yg saya lihat dalam kitab2 Hadis2 Nabawi tentang budi pekerti Rasulullah,cara duduknya,cara jalannya,cara bicaranya,cara tidurnya dan cara segala-galanya,ternyata ada pada sosok Al-Habib Umar,jadi ternyata bukan kitab saja yg berbicara,ada sosoknya yg jelas terlihat.'


p/s:Memang benarlah apa yg dikatakan Oleh Habib Munzir.Diri AlFaqir juga telah menyaksikan sendiri.

Masanya untuk kembali kepada cara Rasulullah
(Sollahu 'alaihi wa Sallam)....

Belajar!
Belajar tentang Rasulullah!
Kemudian AMAL!


Malu rasanya,
Mengatakan cinta,
Kepada dia,
Kekasih Allah,
Kerana dia,
Insan Mulia
Sedangkan diriku,
Insan biasa...

Ku pujuk jua,
Hati dan jiwa,
Meluahkan rasa,
Cinta membara,
Didalam pujian,
Ucapan selawat,
Tanda penghargaan seorang umat...

Selagi upaya,
Ku turuti ajarannya,
Apa terdaya,
Ku amalkan sunnahnya,
Moga didunia,
Mendapat berkat,
Di akhirat sana,
Beroleh syafaat....

Kerana peribadinya,
Aku terpesona,
Kerana budinya,
Aku jatuh cinta,
Rindu ku padanya,
Tiada terkata,
Nantikanlah daku,
ditaman syurga...

Sesungguhnya apa,
Yang ku dambakan,
Adalah cinta,
Allah yang Esa,
Kerana cinta,
Kepada Rasulullah,
Beerti cinta,
Kepada Allah....


~Hijjaz : Dia kekasih ALLAH

No comments: