Sheikh Abdullah Fadaq berkata dalam Video tersebut:
'Pengetahuan tentang nilai akhlak2 Rasulullah ini sahaja tidak cukup.Dan Orang mukmin itu hendaklah mengaitkan perkataannya itu dengan perbuatannya dengan maksud; tidak hanya perkataan itu sekadar percakapan tanpa amal atau pengetahuan hanya sekadar teori2 tanpa faedah darinya.
Menggandingkan perkataan dengan amal dan pengetahuan dengan perlaksanaan yg konsisten adalah kaedah islami yang telah ditetapkan oleh AlQuran (bermaksud): Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya.Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya(Surah As-Sof:3-4).
Sesungguhnya kehidupan Rasulullah adalah terzahir dari amalan peribadinya dan melalui itulah manusia diseru dari akhlaknya yang mulia dan sifatnya yang terpuji.Kekasih kita,Rasulullah (sollahu 'alaihi wa sallam) adalah contoh ikutan...'
~Jadual Siaran~
ISNIN---> 11.30 PM (EGY)
JUMAAT---> (Siaran Ulangan) 9.30 AM (EGY)/3.30 AM (SIN)
SELASA--->
Siaran (1): 5.30 AM (SIN)
Siaran (2) :5.00 PM (EGY)/11.00 PM (SIN)
Dimana?
Channel Ilmiah Iqraa-TV
Bagi mereka yang terlepas menonton....
Sila lungsuri
http://www.youtube.com/user/alrawhanet
P/s:Jangan lupa subscribe !!!!
Memetik kata2 Mutiara Al-Habib Umar Ibn Hafidz @ Majlis penutup Dowroh 2008:
'Tujuan Para Ahli Kheir(orang yang membuat kebaikan) adalah untuk mendekatkan dirinya kepada Allah s.w.t.Dan Orang yang paling dekat dengan Allah adalah orang yang paling dekat dengan (Sayyidina) Muhammad di akhirat nanti.Sesungguhnya (Sayyidina) Muhammad telah memberi kita berita ini(Hadis):'Sesungguhnya orang yang paling LAYAK bersama ku adalah mereka yang paling banyak berselawat keatas ku '.
Dan bersama berita ini,ia memberi khabar kepada kita bahawa orang yang banyak berselawat ke atasnya,hatinya bersih,sirnya bersinar,batinnya berkelipan hingga dia(orang yang banyak berselawat) itu menjadi diantara orang yg paling mulia peribadinya.
'Sesungguhnya Orang yang paling DEKAT kedudukannya bersama ku adalah mereka yang paling mulia akhlaknya(Hadis).Dan tidak yang paling DEKAT itu kecuali yang paling LAYAK.Ianya adalah sama.Orang2 yang banyak berselawat keatasnya adalah mereka yang memiliki peribadi yang mulia,hidup dalam dirinya itu akhlak2 Rasulullah (sollahu 'alaihi wa sallam)...'
Ke ArAH AkAL AhlI FuQaHa',HaTi AhLI SuFi,PeRiBaDI AhLI RaSuLIlLAh....(sollu 'alaihi!)
No comments:
Post a Comment