Wednesday, March 03, 2010

Lebih baik dari seekor unta merah?!



Sabda Rasulullah (sollahu 'alaihi wasallam):

فوالله لأن يهدي بك رجل واحد خير لك من حمر النعم

Demi Allah!seseorang yang mendapat hidayah dengan disebabkan kamu lebih baik dari unta merah(puncak harta kekayaan orang arab).

~Riwayat Imam Al-Bukhari

Maka,hendaklah setiap orang meletakkan kata2 Rasulullah ini dihadapannya sehingga ia dijadikan sebagai 1 motivasi dalam melaksanakan MISI setiap orang muslim iaitu 'Mengajak orang ke jalan ALLAH'.

Tidak menggerakkan semangat kita lagi kah jika Rasulullah sudah katakan sedemikian?

Kalau pemerintah sbg contoh memberi kita tawaran bahawa sesiapa yang dapat menarik seseorang ke jalan kebaikan,kita akan diberikan 1000 US bagi setiap orang yang kita berjaya 'tarik' misalan.Betapa kita bersungguh-sunguh untuk melakukannya semata-mata dengan harta kekayaan yang tiada nilai disisiNYA dan RasulNYA.

Dan sekarang,orang yang menjanjikan kita habuan tersebut adalah seorang yang terlalu istimewa disisi Allah dan kalamnya pula bukan atas dasar mengikut hawa nafsu tapi atas dasar wahyu.Bagaimana keyakinan KITA?Adakah kita lebih yakin dengan janji yang dibuat oleh insan biasa dari yang telah dijanjikan oleh insan luar biasa (Rasulullah)?!

Soalan yang pernah diajukan kepada Al-Habib Ali Al-Jufri semasa pengajian Dowrah @ Darul Mustafa,Tarim Hadramaut:

Mana lebih utama kita berdakwah,islah keadaan ummat islam atau dakwah kepada orang yang bukan Islam?


Jawab Al-Habib Ali:

Kedua-duanya sama penting.Jika tidak mampu,buat dengan apa yang Allah sudah tempatkan diri kamu.Jika kita ditempatkan dengan orang sekeliling kita itu adalah orang yang bukan islam,maka itulah medan dakwah iaitu menarik mereka untuk memeluk agama islam.Tapi jika kita ditempatkan dikalangan orang islam kita sendiri,maka tanggungjwab kita adalah islahkan umat islam.

Kesimpulan:

Lakukan dakwah ditempat yang Allah sudah tetapkan buatmu.Dakwah itu luas.Tidak terhad dalam persatuan,pertubuhan dan sebagainya.Itu hanya diantara salah 1 wasilah saja.Jangan kita sempitkan skop dakwah itu.Cari kekuatan diri sendiri.Setiap orang berbeza.Menjadi 1 kesalahan kita memaksa orang untuk ikut 'rentak' kita berdakwah.

Kalau Allah berikan kita kekuatan PENGARUH,maka gunakan pengaruh tersebut.Ada orang Allah berikan kekuatan menulis tapi apabila bersyarah,tidak petah berkata-kata,maka kekuatan dakwahnya adalah melalui TULISAN dan begitu juga sebaliknya.

Setiap orang buat tanggungjawab masing2 dengan kemudahan yang Allah sudah siapkan buat dirinya.




Al-Habib Umar Ibn Hafidz berkata:

'Engkau berdakwah bukan kerana engkau itu lebih baik atau lebih 'alim dari orang lain tapi adalah kerana engkau tersangat perlukan rahmatNYA.'



Sheikh Nuruddin berkata semasa sesi khas bersama akhawat @ Pengajian Tafaqquh baru-baru ini:

'Kira2 tidak masuk syurga kah kita jika orang lain itu masuk syurga disebabkan kita???Disaat kita menunjukkan kebaikan kepada orang tersebut dan orang itu pun beramal dengannya dan kebaikan itu menjadi sebab dia masuk syurga.

Kalau ingin dilihat amalan kita,mana dengan riya'nya,ujubnya,kibrnya,suma'ahnya...yang itu semua menjadi penghalang amalan kita diterima oleh Allah Azza wa Jalla.Kira2 tidak mengusik Allah kah untuk memasukkan kita ke syurga sedang orang yang pernah kita tunjukkan jalan kebaikan kepadanya itu masuk syurga?!'


Dan kata2 sheikh Nuruddin yang diatas ini adalah maksud dari kalam Sayyidi al-Habib Umar.

1 yang perlu INGAT!!!

Kita berdakwah bukan kerana orang perlukan KITA,akan tetapi KITA yang perlukan mereka untuk mendapatkan Rahmat dan RedhaNYA.Mereka adalah WASILAH kita bukan TUJUAN.Jadi,senantiasalah mujahadah untuk menghilangkan perasaan 'istimewa' yang ada didalam diri.

Yang penting!!!

Kita buat dulu sebelum berkata kepada orang kerana ia memberi kesan yang sangat mendalam terhadap kehidupan seseorang.Kata-kata yang kosong dari perbuatan adalah bagaikan 'masuk ke telinga kanan kemudian keluar ke telinga kiri'.

Jika perkataan kita itu bertentangan dengan perbuatan kita,ia boleh menimbulkan perasaan 'menyampah' dengan kata2 tersebut dan dari situ semakin membuat orang tidak mahu beramal dan kita secara tanpa disedari menjadi penghalang kepada orang itu untuk buat kebaikan tersebut.

Jangan sesekali kita berani untuk berkata-kata sedang kita tidak buat.Takut2 ia menjadi hujjah ke atas diri kita di akhirat nanti.Kecualilah jika ada keuzuran.Misalan,kita tidak mampu melakukan sesuatu kebaikan yang kita anjurkan orang lain untuk buat tapi dalam masa yang sama kita niatkan 'moga aku juga dapat bahagian dari apa yang dia lakukan'.Insya Allah kheir...

Sabbda Rasulullah:

من دل على الخير فله مثل أجر فاعله

Siapa yang menunjukkan kepada kebaikan ,maka baginya ganjaran orang yang melakukan kebaikan tersebut.



Ya Allah,Jadikan kami pembuka kepada kebaikan dan penutup dari segala kejahatan.

No comments: