Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam:
ابغوني الضعفاء فإنما تنصرون و ترزقون بضعفائكم
Aku mahu orang2 yang lemah/tua.Maka hanyasanya kamu itu diberi kemenangan dan rezki disebabkan orang2 tua/lemah yang bersama kalian.
~Riwayat Imam Abi Daud dengan sanad yang baik.
Selalunya sebelum meletakkan genggangan telifon tika berbual dengan keluarga,saya akan berkata kepada nenek saya:
'Nek,doakan saya eh...'
Tiba-tiba suaranya bertukar menjadi sayu...
'Nek selalu doakan kau lepas tiap2 solat'
Saya pun terharu dan berkata:
'Patutlah rase lain keberkatannya...'
Maka mulalah nenek saya menangis.
Allah...kekadang itu kita tidak perasan sebenarnya rahsia kejayaan kita adalah berkat dari doa orang2 seperti mereka.
2 tahun yang lalu,seorang guru yang saya sangat rapat dengannya,mengingatkan saya ketika menziarahi sekolah tercinta Madrasah Al-Maarif Al-Islamiah...
'Buat baik dengan nenek awak yang jaga awak di rumah itu,dia itu rahsia kejayaan awak.'
Saya mengangguk kepala.Saya faham kenapa nenek saya itu rahsia kejayaan saya.
Pertama,sebab dia berkhidmat secara sukarela untuk menjaga kami sedang dia hanya merupakan kakak angkat bagi ibu saya,oleh kerana beliau tidak mempunyai anak,beliau anggap kami sbg cucunya.
Bukan senang untuk berkhidmat dengan orang lain,apatah lagi yang tiada kaitan darah dengan kita,secara sukarela tanpa mengharapkan sesen pun kecuali dengan perasaan 'ingkisar al-qalb' kerendahan hati.
Beza KITA dengan MEREKA....
Kalau Kita...
Misalan:Pinggan mangkuk yang telah digunakan oleh orang lain,dibiarkan tanpa dicuci,dengan sombongnya hati kita akan berkata 'kenapa asyik aku nak kena buat sedang aku tak gunakan?!' Masing2 tidak mahu mengalah.
Tapi jika kita merasa bahawa kita ini hanya khodim (pembantu) pada orang soleh,maka tidak ada berlaku sifat ANA...ANA...ANA dalam diri.Oleh kerana itu,khidmah pada saudara seislam itu diantara cara yang paling cepat untuk menghilang KIBR yang ada dalam hati.
Jadi,apabila terasa berat dan malas untuk berkhidmah pada orang,maka lawan!Bisikkan ke dalam hati...'engkau tu sombong dan ego sangat!Buat!supaya hilang kibr yang ada dalam hati engkau itu !'
Dan niatkanlah niat2 yang baik kerana sesungguhnya Allah itu mengikut sangkaan hamba2NYA.Contoh,niatkanlah 'Ya Allah,sepertimana aku bersihkan ini semua,tolong bersihkan hatiku dari kibr.
Pertama kali saya faham akan sebab mengapa kita perlu khidmah adalah apabila alfaqir di Dar Zahra' Tarim Hadramaut.Malah,para pelajar sana berebut-rebut untuk berkhidmah di rumah Habib Umar (Pengasas Dar-Zahraa').
Cerita tentang Sheikh Mutawalli Sya'rawi:
1 hari itu,beliau minta pembantunya supaya memberhentikannya di masjid.Ditunggu-tunggu,ternayata sheikh tidak keluar2 dari masjid.Maka,pembantu itu pun merasa heran akan apa yang dilakukan oleh sheikh.Apabila lihat di musolla tiada orang dan dicarinya hingga akhirnya bertemu beliau di tandas masjid sedang membersihkannya.Allah...
Tapi jika MEREKA....
Mereka tak kisah malah semua kerja rumah mereka mahu lakukan walau dalam keadaan kakinya sudah lemah untuk berdiri.
Jadi,kita sebagai orang muda ini,jangan merasakan diri kita lebih baik dari mereka walau mereka itu tidak banyak zikirnya dan solatnya,kurang ilmu agamanya tapi keadaan hati-hati seperti merekalah yang mendapat perhatian ALLAH.Dan sebenarnya,itulah cara mereka bertaqarrub dengan ALLAH iaitu khidmah.
Setiap orang ada cara masing2 yang sesuai buat dirinya dalam bertaqarrub kepada Allah.Ada yang suka bertaqarrub dengan solat,ada pula dengan bacaan AlQuran,ada dengan zikir dan ada pula bertaqarrub dengan ilmu.Masing2 mengikut kemanisan yang diperolehi dalam ibadah2 tertentu.
Jadi...cari kekuatan dan kecenderungan hati kita dalam beribadah untuk sama2 menuju kepadaNYA!
Pernah Habib Umar Ibn Hafidz mengingatkan kami:
'Jika di majlis itu,ade yang lebih tua darimu,lebih tinggi kedudukan ilmunya,maka jangan engkau mendahului mereka di majlis.Dan diantara tanda seseorang itu jujur dalam tujuannya adalah dia menghormati orang lain dan mengorbankan keinginan dirinya buat orang lain.
Apabila seseorang itu mempunyai luas pandangan(masyhad)dan adab,dibentangkan kepadanya kebaikan yang orang lain tidak melihatnya(kebaikan).Maka tempat terletaknya madad (pertolongan/rahsia) dari Allah adalah tergantung akan kejernihan hati seseorang dan baik sangkanya terhadap orang.'
Ya Allah,jadikan kami hamba-hambaMu yang berjalan di atas muka bumi ini dengan rendah hati...
No comments:
Post a Comment