Thursday, September 23, 2010

Dia Mahu...Kita Mahu....


Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi.


Sabda Rasulullah sollahu 'alahi wa sallam:

من سعادة المرء استخارة الله و من شقاوته تركه استخارة الله
Diantara kebahgiaan seseorang itu adalah melakukan istikharah kepada Allah dan diantara kesengsaraan seseorang itu meninggalkan dari melakukan istikharah kepada Allah.


Dari Sayyidna Jabir Ibn Abdullah berkata:

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يعلمنا الاستخارة في الأمور كلها كما يعلمنا السورة من القرآن ، يقول : إذا هم أحدكم بالأمر فليركع ركعتين من غير الفريضة ثم ليقل : اللهم إني أستخيرك بعلمك ، وأستقدرك بقدرتك ، وأسألك من فضلك العظيم ، فإنك تقدر ولا أقدر ، وتعلم ولا أعلم ، وأنت علام الغيوب ، اللهم إن كنت تعلم أن هذا الأمر خير لي في ديني ومعاشي وعاقبة أمري ، أو قال : عاجل أمري وآجله فاقدره ليويسره لي ثم بارك لي فيه ، وإن كنت تعلم أن هذا الأمر شر لي في ديني ومعاشي وعاقبة أمري ، أو قال : عاجل أمري وآجله فاصرفه عني ، واصرفني عنه ، واقدر لي الخير حيث كان ثم أرضني به ، قال : ويسمي حاجته

Rasulullah mengajarkan kami melakukan istikharah dalam setiap perkara sepertimana dia mangajarkan kami surah dari alQuran.Dia berkata:Jika salah seorang kalian dirisaukan dengan suatu perkara,maka solatlah 2 rakaat selain fardu kemudian katalah:Ya Allah Aku mohon engkau pilihkan aku dengan ilmuMu,Aku mohon kekuatan dengan kekuatanMu,Aku mohon dari kelebihanMu yang agung,Sesungguhnya Engkau berkuasa dan aku tidak berdaya,Engkau tahu dan aku tidak tahu,dan Engkaulah yang maha mengetahui segala yang ghaib,Ya Allah,Engkau tahu jika perkara ini baik untukku buat agamaku,kehidupanku,dan kesudahanya,atau berkata: cepat dan lambatnya perkara tersebut,maka tetapkanlah dan permudahkanlah bagiku kemudian berkati aku dalam perkara tersebut. jika perkara itu tidak baik but diriku,kehidupanku,dan kesudahannya,atau berkata:cepat dan lambatnya perkara tersebut,maka palingkannya dari aku dan palingkan aku daripadanya dan tetaplah yang baik walauapapun kemudian Engkau redhakan hatiku dengannya.(Rasulullah)berkata:Dan namakan hajat tersebut.

~Riwayat Imam Al-Bukhari.

Kata Imam As-Sodiq:

ما خاب من استخار، وما ندم من استشار

Tidak kecewa bagi yang melakukan istikharah dan kesal bagi yang meminta petunjuk/pendapat.

~Riwayat Imam At-Tabrani.


Diantara Adab yang Rasulullah ajarkan kepada Kita semua sebelum membuat keputusan adalah Istikharah .

Kita sebagai hamba selalu tidak beradab dengan Pencipta kita.Diantara kesalahan kita,bila sudah terdesak,barulah ingin melakukan istikharah.Dan apabila kita tidak mendapat jawapan dariNya, kita cuba menyalahkan Dia kerana Dia tidak menjawab doa kita.Akhirnya kita berputus asa dari rahmatNYA.

Kita tahu diri kita masing-masing.Jika kita ini seorang yang doanya terus dikabulkan tanpa hijab,maka,bolehlah kita berbuat sebegitu tapi masalahnya kita tahukan diri kita siapa.Jadi...Jangan suka buat istikharah last minit!!!

Sepatutnya seorang hamba itu tidak terlepas melakukan istikharah pada tiap hari agar setiap keputusan yang bakal dilakukan mendapat pimpinanNya.Hatta sebelum kita membuat keputusan khasnya dalam keadaan kita tidak mampu memutuskan keputusan dalam saat itu.

Contoh dalam seremeh-remeh perkara;ketika berada di kedai,kita tidak tahu samada perlu atau tidak kita membeli barang tersebut...maka cukup dengan kita membaca doa yang Rasulullah ajarkan itu pada saat itu juga.Dan insya Allah Dia yang akan mengilhamkan jawapannya,berkat dengan doa Rasulullah itu.Ajib doa Rasulullah.Penuh dengan rahsia!

'...hari-hari buat istikharah tapi takde pun jawapan'

Cuba kita check kita keadaan hati kita tika sedang buat istikharah itu....

Adakah hati kita secara total kembalikan urusan itu kepadaNya?

Atau masih ada bahagian 'aku mahu itu' dalam hati?

Atau...

Adakah kita tidak mengikut sunnah dalam membuat keputusan?

iaitu melakukan istikharah tanpa Musyawarah dengan orang yang ahli dalam perkara tersebut.

Petikan dari Muhadarah Al-Habib Umar Ibn Hafidz:


عن أبي هريرة رضي الله عنه قوله:ما رأيت أحدا أكثر مشورة لأصحابه من رسول الله صلى الله
عليه وسلم


Dari ِAbu Hurairah berkata:"Aku tidak pernah melihat seseorang yang paling banyak musyawarah dengan para sahabatnya selain dari Rasulullah."

Sedangkan Rasulullah sebenarnya tidak perlu bermusyarawah kerana beliau tidak ucapkan dan berbuat sesuatu kecuali berpandukan wahyu.Tapi Rasulullah ingin mengajarkan kita adab disini,menghormati akal fikiran orang lain yang Allah anugerahkan kepada hamba-hambaNya.

*P/s:Boleh lihat video Muhadarah ini di link berikut: click!

Subhanallah...

Menjadi 1 kesalahan juga,Kita meninggalkan musyawarah dengan yang ahli kerana kita merasakan orang lain tidak faham keinginan dan keadaan diri kita,yang memahami hanyalah ALLAH.Sedangkan Allah berfirman:

وشاورهم في الأمر
Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan keduniaan.
~Al-Imran:159.

Sheikh Yusri pernah berpesan kepada kami:

استخير بالله وتعامل مع الواقع لأن الرؤية قد يخطأ و يصيب

Lakukan istikharah dan bermuamalah dengan realiti kerana mimpi kadangkala salah dan dan kadangkala betul.

Dan musyawarah dengan ahlinya adalah diantara bermuamalah dengan realiti!

Dan ada pula sebahgian,kesana sini minta pandangan orang tetapi terlupa untuk meminta petunjuk dariNya.Akhirnya,yang diperolehi adalah pening,bingung,ketidak puasan dalam membuat keputusan kerana terlalu bergantung kepada kekuatan dan usaha sendiri tanpa bergantung kepadaNya.Terlalu bergantung kepada SEBAB hingga terlupa pada MUSABBIB iaitu Allah!

Jadi...Bagaimana cara yang betul?

Pertama,kembali dan serahkan kepadaNya secara TOTAL.Setelah itu,ambil sebab iaitu dengan musyawarah.Insya Allah akan temui jawapannya.


Ya Allah,jadikan keinginan kami menurut kehendakMu....

5 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum w.b.t
syukran atas perkongsian ilmu seperti post ini.amat menarik kerana ana ingin menyebarkannya di samping utk pesanan atas diri ana sendiri.
ana nak minta izin dgn penulis blog ini utk mengambil mutiara2 ilmu dlm post2 blog ini.harap ana dpt jawapan dgn segera juga.jazakallahu khairan jazak.
ana : suhana
from: upsi, perak malaysia

Pendahaga Ilmu said...

ahlan...:)Mana yg baik jdikan teladan,yg tdk...jdikan sempadan.Syukran!

Anonymous said...

syukran jazilan...

sOlihah Md Husain said...

Allahuakhbar!an excellent pOst 2 b shard.May Allh BLESS U Halimah:-) ive read abt this bfre,but just sharing amOng e clOse One...but U!,alOt will read n get benefit fr it.ganbate!

sufi medan said...

Allahu Akbar...sebuah pelajaran yang sangat bermanfaat. Mengubah pandangan saya terhadap istikharah. Jazakillah khairan ya Sayidatna