Saturday, October 09, 2010

Ilmu Bukan Di Sekeping Sijil


Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.
Allahumma Solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi.


Alhamdulillah,akhirnya selesai buat urusan cert (sementara) .Ajib University Al-Azhar ini,membuat urusan itu bagaikan masuk 'amazing race'.Terlari sana,terlari sini untuk dapatkan 10 atau lebih signature dari orang2 tertentu.Semoga Allah kurniakan husnul khotimah.

Allah...Cume terfikir,alangkah baik dan indahnya jika larinya kita itu dalam mencari rahmat dan redhaNya.Ini lari kesana,kesini demi sekeping sijil yang tiada nilai disisi Allah.Ampun dosa-dosa kami Ya Allah....

Kata seorang ulama:

"Manusia itu gila,yang binasa dikejar,yang kekal pula ditinggalkan".

Firman Allah ta'ala:

ييحي خذ الكتاب بقوة وآتيناه الحكم صبيا

Wahai Yahya, terimalah Kitab itu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh! Dan Kami berikan kepadanya Hikmat kebijaksanaan semasa dia masih kanak-kanak.
Surah Maryam:11,12.

Dipetik dari kitab Al-Syifa (Karangan Al-Qadhi 'Iyadh):

Sayyidina Yahya ketika berumur 2 atau 3 tahun,ditanya kepadanya kanak2 yg lain:"Kenapa engkau tidak bermain?"Maka sayidina Yahya pun berkata:

أََلِلّعب خُلِقْتُ؟
"Adakah bermain itu tujuan aku diciptakan???"

Pelajaran yang boleh diperolehi disini...

1)Kematangan yang awal adalah dengan jelasnya tujuan seseorang itu diciptakan.Kerana itu,Allah menjelaskan terlebih dahulu kepada hambaNya akan tujuan seorang Hamba itu diciptakan supaya hidupnya terpimpin.

Firman Allah:
وما خلقت الجن و الإنس إلا ليعبدون
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
~Az-Zariyat:56.

Jadi,Hendaklah seseorang itu mempunyai matlamat yang jelas dalam setiap apa yang dilakukan supaya kita mendapat qualiti yang baik dalam quantiti yang singkat!

2)Masa yang sangat sesuai untuk mendalami ilmu agama adalah pada usia yang awal.

3)Bersungguh-sungguh itu adalah natijah dari kesedaran akan amanah yang dibawa dan matlamat yang jelas.Ya Allah,bangunkan hati-hati kami yang sedang tidur...

Kata Sayidina Umar Ibn Al-Khattab:

تفقهوا قبل أن تسودوا

'Mendalamilah ilmu agama sebelum kamu menjadi pemimpin kerana apabila kamu sudah memimpin,kamu tiada masa untuk mendalami ilmu agama.'


'Nantilah...habis tahun 4 baru start talaqi2 dengan masyayikh..'

Pada waktu itu sudah terlewat,bukan lagi untuk mendalami ilmu itu tapi hanya untuk mengisi masa kosong sebelum pulang ke tanahair dan status kita pun sudah sama seperti para pelancong atau tetamu.Sudah tentu keistimewaan yang diberikan kepada penuntut ilmu dan tetamu sangat berbeza!

Motivasi kita dalam menuntut ilmu mencerminkan niat kita!


قيل: إنما يعطى الناس على قدر نياتهم

Hanyasanya seseorang itu diberikan sesuatu mengikut kadar niat mereka.


Jika niat kita begitu rendah,maka usaha kita untuk ilmu juga rendah.

Maka,beruntunglah bagi mereka yang mempelajari ilmu utk kemanfaatan dirinya terlebih dahulu kemudian diraih kemanfaatan tersebut oleh orang lain kerana tiada istilah menuntut ilmu untuk diri sendiri.

Paling kurang,jika dia belajar untuk kemanfaatan dirinya,maka kemanfataan tersebut dapat juga dirasai oleh orang sekelilingnya kerana ilmu itu cahaya dan cahaya lampu itu bukan hanya terbatas di lampu itu,tapi menyinari tempat sekelilingnya.

Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wa sallam....

مثل ما بعثني الله به من الهدى والعلم كمثل الغيث الكثير أصاب أرضاً،
فكان منها نقية قبلت الماء فأنبتت الكلأ والعشب الكثير ،
وكانت منها أجادب أمسكت الماء ،
فنفع الله بها الناس فشربوا وسقوا وزرعوا ،
وأصاب منها طائفة أخرى إنما هي قيعان لا تمسك ماءً ولا تنبت الكلأ فذلك مثل من فقه في دين الله ونفعه ما بعثني الله به فعلم وعلم ، ومثل من لم يرفع بذلك رأساً ، ولم يقبل هدى الله الذي أرسلت به


Perumpaan hidayah dan ilmu yang aku bawa daripada Allah adalah bagaikan hujan yang lebat menimpa bumi;maka ada bahagiannya yang subur dan mudah menyerap air, lalu tumbuhlah pokok dan rumput yang banyak,dan ada pula bahagiannya yang keras hanya menakung air tetapi tidak menyerap,lalu manusia dapat mengambil manfaat daripadanya seperti minum,menyirami dan mengairi tanaman,dan ada pula bahagian yang lain iaitu bahagian tanah yang sama sekali tidak menerima air dan tidak pula tumbuh tanaman (diatasnya).

Yang demikian itu adalah perumpamaan (untuk) orang yang memahami agama Allah,dia dapat mengambil manfaat daripada apa yang diberikan oleh Allah kepadaku,lalu ia mengetahuinya dan mengajarkannya dan perumpaan (untuk) orang yang tidak mengangkat kepala dengan itu;dan (perumpamaan untuk orang) yang tidak menerima hidayah yang telah diturunkan oleh Allah swt kepadaku.
~Riwayat oleh Imam Al-Bukhari.

Dalam hadis ini,Rasulullah mengklasifikasikan mereka yang menerima ilmu/hidayah kepada 3 darjat:

Darjat (1):
Mereka yang menerima ilmu,diamalkannya kemudian mengajarkannya.Golongan ini adalah yang terbaik kerana ilmunya memberi manfaat kepada dirinya dan orang lain.


Darjat (2):
Mereka yang memberi manfaat kepada orang tapi diri sendiri tidak memperolehi manfaat dari ilmunya iaitu dengan tidak bersungguh dalam mengamalkan ilmunya.

Darjat (3):
Mereka yang tidak mengamalkan dan tidak pula mengajarkannya kepada orang lain.Golongan ini yang dicela oleh Rasulullah.Nauzubillah!

Ya Allah,Perbaiki niat2 kami dalam menuntut ilmuMu...

No comments: