Saturday, October 16, 2010

Rahsia Antara engkau dan Dia



Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.
Allahumma sollu 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala alihi.


Firman Allah ta'ala:

والله ورسوله أحق أن يرضوه

Allah dan RasulNya jualah yang lebih berhak mereka mendapat keredaanNya, jika betul mereka orang-orang yang beriman.
~Surah Al-Taubah:62.

ومن يخرج من بيته مهاجرا إلى الله و رسوله ثم يدركه الموت فقد وقع أجره على الله

Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah.
~Surah Al-Nisa':100.



Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: Sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia (yang mewah) dan perhiasannya (yang indah), maka marilah supaya aku berikan kepada kamu pemberian mut'ah (sagu hati) dan aku lepaskan kamu dengan cara yang sebaik-baiknya. Dan sekiranya kamu semua mahukan (keredaan) Allah dan RasulNya serta (nikmat kemewahan) di negeri akhirat maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi orang-orang yang berbuat baik di antara kamu pahala yang besar.
~Surah Al-Ahzab:29

Pelajaran dari ayat tersebut:

Siapa yang inginkan dunia,maka diharamkan dari duduk bersama Rasulullah.Begitu juga kita,jika kita menginginkan dunia,maka akan kita akan diharamkan dari duduk bersama para ulama dan solihin.Lihat saja orang yang sibuk dengan dunianya,sudah tiada masa sedikit pun untuk menghadiri majlis ilmu dan kebersamaan bersama ulama dan para solihin.

Sabda Rasulullah sollahu 'alahi wasallam:


إنـما الأعـمـال بالنيات وإنـمـا لكـل امـرئ ما نـوى، فمن كـانت هجرته إلى الله ورسولـه فهجرتـه إلى الله ورسـوله

'Hanyasanya amalan itu adalah dengan niat.Dan setiap orang itu memperolehi apa yang diniatkan,Maka siapa yang hijrahnya kerana Allah dan Rasulullah,maka hijrahnya kerana Allah dan Rasulullah....'

~Riwayat Imam Bukhari dan Muslim.

Kata Al-Habib Umar Ibn Hafidz:

Tidak akan mungkin orang yang mengatakan 'aku ikhlas kerana Allah' tetapi tidak tahu niat2 para ahli ilmu,auliya' dan solihin.

*P/s:Boleh klik Link berikut untuk ikuti (Click!).


Ada bertanya....'Bagaimana mahu ikhlas kerana Allah?'

Mungkin ramai yang akan berkata ikhlas itu adalah melakukan sesuatu hanya kerana Allah.Tapi bagaimana kerana ALLAH???

Sememangnya ikhlas itu suatu yang sukar difahami kerana ia adalah rahsia antara hamba dan Tuhannya sehinggakan rahsia itu tidak diketahui hatta para malaikat.Kata para ulama':Kalau kita merasa diri kita ini ikhlas,maka sebenarnya kita tidak ikhlas.Tidakkah pelik dan tidak mampu difahami????

Bukan tugas kita untuk mengetahui bahawa kita ini ikhlas atau tidak.Tugas KITA sebagai HAMBA adalah mujahadah untuk mengikhlaskan diri dalam setiap amalan perbuatan.

Firman Allah ta'ala:

وَٱلَّذِينَ جَاهَدُواْ فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلْمُحْسِنِينَ

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
~Surah Al-Angkabut:69.


Kalau kita perhatikan dari ayat-ayat suci Allah dan kalam Rasulullah yang mulia,kita akan dapati bahawa Allah sebenarnya sudah mengajarkan kita bagaimana untuk ikhlas.Allah tidak sebutkan sesuatu itu keranaNya secara mutlak tapi digandingkan dengan Rasulullah iaitu Kerana Allah dan Rasulullah.Jika tujuan kita untuk mendapatkan keredhaan Rasulullah,sebenarnya kita sedang inginkan keredhaan Allah.Rasulullah adalah pintu menuju kepadaNya.

Jadi apakah yang sepatutnya diniatkan???

1)Allah.

2)Gembirakan hati Rasulullah.

Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wa sallam:

عرضت علي أعمال أمتي حسنها وسيئها

'Dipamerkan kepadaku amalan ummatku,kebaikannya dan kejahatannya...'
~Riwayat Imam Muslim.

Cuba bayangkan 'Apa perasaan Rasulullah apabila Rasulullah lihat amalan kita itu???

Tergamakkah kita menyedihkan hatinya???'

Tidak seronokkah kita apabila kita ini menjadi salah seorang ummatnya yang menyejukkan hatinya???

Tidak gembirakah kita apabila mengetahui Rasulullah sedang tersenyum tika melihat amalan kita???

Maka,Niat anda kerananya itu adalah niat keranaNya!

Ya Allah,Jadikan Engkau dan Rasulullah lebih kami cintai dari diri kami sendiri...

No comments: