Tuesday, April 13, 2010

Majlis Rasulullah sollahu 'alaihi wa sallam




Dari Ibn Umar berkata:

'Kami mengira di majlis Rasulullah(Sollahu 'alaihi wasallam) bahawa Rasulullah membaca
رب اغفرلي و تب علي إنك أنت التواب الرحيم sebanyak 100 kali.
'

*Rujukan : Kitab Al-Adab Al-Mufrad oleh Imam Al-Bukhari.


Subhanallah...

Bila baca hadis itu @ Dowrah Sheikh Nuruddin bulan March lalu,teringatkan apa yang hubabah Nur (Isteri Sayyidi al-Habib Umar ibn Hafidz) hidupkan sunnah Rasulullah itu didalam majlisnya.Sunnah yang mungkin dianggap orang 'remeh'...tapi sangat terkesan dan terasa keterikatanya dengan Pembawa Risalah agung itu.

Kenangan Ramadhan @ Tarim Hadramaut:

Selepas terawih,kami akan bergegas ke rumah para auliya dan solihin yang telah ditetapkan untuk kami hadiri pengajian yang dipimpin oleh hubabah Nur.
Biasanya sebelum memulakan pengajian,hubabah akan memimpin kami membaca istighfar beramai-ramai sebanyak 100 kali.

Astaghfirullah...

Astaghfirullah...

Astaghfirullah...(100x)

Maseh terdengar alunan istighfar yang dibacakan di telinga ini.

Allah...

Allah itu Maha ADIL.

Walau kita tidak berpeluang duduk di majlis Rasulullah,bertemu Rasulullah di dunia ini,tapi DIA kekalkan kesan2 peninggalan Rasulullah buat kita.
Kesan majlisnya...
Kesan tarbiyahnya...
Kesan cintanya...
Dan segala-galanya yang mengingatkan kita seolah-olah kita pernah bersamanya yang walaupun kita terpisah dengannya secara jasad.


Ya Allah...
Bagaimanalah diri ini tidak merindui majlis itu,
Sedang majlis itu mengingatkanku kepada Majlisnya Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam...


Jadi,bagi sesiapa yang berpeluang memimpin halaqah atau majlis,maka pimpinlah jemaah kita menghidupkan sunnah ini.Kalau kita pula yang merupakan salah seorang jemaah dalam suatu majlis,maka kita pastikan bahawa tidak bangunnya kita dari majlis itu kecuali telah beristighfar sebanyak 100 kali.Allah...


Ya Allah...
Jadikan majlis kami,
Majlis yang mengingatkan kami kepada Kekasih Agung Mu....

No comments: