Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi.
Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam:
إذا استيقظ أحدكم من منامه فليستنثر ثلاث مرات ، فإن الشيطان يبيت على خياشيمه
Apabila bangun seseorang dari tidurnya,maka menyedut air dari hidung kemudian mengeluarkannya semula sebanyak 3 kali,kerana syaitan bermalaman di khaisyumnya(tempat keluar dengung dari hidung).
~Riwayat Imam Bukhari dan Muslim.
Rahsia dari suruhan Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam tersebut:
Diantara musibah pagi seseorang adalah kengantukan di waktu barakah menyebabkan ia tidak mampu mengisinya dengan ibadah tapi digantikan dengan ketiduran.
Kalau diselidiki,sebenarnya yang membuat kita mengantuk dan malas di waktu pagi adalah disebabkan syaitan yang masih bermalaman di dalam hidung (iaitu bahagian atas) kita itu.Jadi,untuk menghalaunya dari bermastautin disitu adalah dengan melakukan istinthar;menyedut air dari hidung kemudian mengeluarkannya semula.Insya Allah...Hilang ngantuk dan kemalasan di waktu pagi.Mujarab!
Sunnah Rasulullah penuh dengan rahsia.Kita tidak mengamalkan sunnah Rasulullah samada kerana tiada ilmu atau kerana kita meremehkan sunnah tersebut dengan mengatakan 'Itu sunnah saja bukan wajib'.
Maka,tidak hairanlah bagi yang berkata sedemikian,diharamkan dari melakukan sunnah2 yang sangat digalakkan oleh Rasulullah samada diharamkan dari mula lagi iaitu tiada ilmu akan sunnah2nya atau selepas mengetahuinya iaitu diuji dengan kemalasan untuk beramal.Semoga Allah selamatkan kita dari pengharaman tersebut.
Setiap orang perlu yakini bahawa Rasulullah tidak lakukan sesuatu kecuali mengandungi rahsia yang agung,walau kita tidak tahu atau tidak terfikir akan rahsianya kerana mana mungkin akal kita terbatas ini dapat menyingkap rahsia wahyu.Dan Rasulullah tidak melakukan sesuatu kecuali berdasarkan wahyu.
Firman Allah ta'ala:
وما ينطق عن الهوى إن هو إلا وحي يوحى
Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (samada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.
ٍSurah Al-Najm:3-4
Tiada sunnah2 Rasulullah yang remeh.Kerana semua itu adalah dari kekasih agungNya.Jangan lihat APA tapi lihat SIAPA yang melakukannya!!!
Firman Allah Ta'ala:
وَتَحْسَبُونَهُ هَيِّناً وَهُوَ عِنْدَ اللَّهِ عَظِيمٌ
Dan kamu menyangkanya ia perkara kecil, pada hal ia disisi Allah adalah perkara yang besar.
~Surah An-Nur:15
Jadi,Amalkan walau kamu tidak tahu rahsianya kerana apabila kamu mengamalkannya,Allah yang akan membukakan kepadamu rahsia tersebut.
No comments:
Post a Comment