[Maksud]
Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala dengan ilmu dan amal yang sempurna),kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu dan kerana kamu selalu mempelajarinya.
~Al-Imran:79
MISI:
DiAmKu fIkIr...UcApAnKu zIkIr...LiHatku MeNgAmBil i'TiBaR
Wednesday, February 25, 2009
Firman Allah S.W.T:
وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya. [93:11]
Pada Selasa 10/2/09,Kami menghadiri pembentangan Tesis MA oleh seorang ukhti Singapura kami.Tajuk Tesis beliau:'Waqi Ad-Da'wah wa Ad-Du'ah fi Sanggafura'(Realiti Dakwah & Pendakwah di Singapura, Kajian & Kritik).
Kami merasa gembira sangat dengan kejayaan beliau yang mendapat pangkat Mumtaz (Cemerlang) dalam MA beliau di American Open University di Mesir ini.Kejayaannya merupakan 1 inspirasi buat adik2 junior seperti kami.Bukan senang untuk buat MA di Mesir.Tapi beliau telah menunjukkan kepada Kami...KITA JUGA BOLEH!!!(Insya ALLAH!).Hanya segelintir saja(yg alFaqir tahu skrg,hanya 2 orang) dari wakil Singapura yang mengambil MA disini.
Sebelum ini, ustazah Samiah Arip(iaitu guru alfaqir yg paling lama berkhidmat di tingkatan Menengah Madrasah Al-Maarif Al-Islamiah) yang sempat mewasiatkan pada AlFaqir sebelum meletakkan genggangan telifonnya baru2 ini,Satu saja pesannya :'BA tak cukup!'...
Dalam proses istikharah...
Ya Allah, Ku ketepikan segala keinginanku buat KetentuanMU, Ya Allah, Ku tidak mampu membuat keputusan, Kecuali setelah mendapat jawapan dariMU, Hanya Engkau saja yang Maha Mengetahui, Mana yang terbaik buat diriku...
Wednesday, February 18, 2009
~Siri Penziarahan (4) @ Syoubra~
Sayyidi Al-Habib Umar Ibn Hafidz pernah memesan kami @ Majlis Perpisahan buat Ahli Dowrah '07':
'Perbaikilah hubungan kalian dengan para ulama dan ahli kebaikan.Rebutlah 'madad' dari mereka,jaga adab kalian bersama mereka,berbaik sangka terhadap mereka dan ziarah-menziarahi mereka...'
Oleh itu,
Sebelum pulang,minta Sheikh Redha Salim (Guru AlQuran dan Qiraat) mewasiatkan kami sesuatu....
Sheikh kata:'Aku berpesan kepada kamu agar bertaqwa kepada Allah s.w.t.Kemudian jangan lupa murajaah Quran.Sebelum mengulangkaji pelajaran baca AlQuran 1 juz dan selepas mengulangkaji pula begitu juga.1 juz pada waktu pagi (iaitu sebelum belajar) dan 1 juz pada waktu malam sebelum tidur.Ia sangat membantu buat kalian (dalam murajaah pelajaran).'
Muhasabah diri!!!!
Kita ini semakin tinggi belajar semakin kurang pula pembacaan AlQuran kita.Kalau kita baca kisah2 tentang riwayat kehidupan yg dilalui oleh para Ulama terdahulu,memang tidak terlepas didalam rutin seharian mereka pembacaan AlQuran yang berjuzuk-juzuk.Kerana itulah mereka itu menjadi ulama yang MENJADI iaitu Ulama yang dimaksudkan didalam AlQuran iaitu إِنَّمَا يَخْشَى ٱللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ ٱلْعُلَمَاءُ(Yang bermaksud :Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu)~Fater:28.
Ternyata,Sungguh jauh perjalanan hidup kami berbanding dengan para ulama terdahulu...
Ya Allah,jadikan kami penuntut ilmu yang menyejukkan hati kekasihMu, Kami ingin ikut jejak para Ulama Rabbani, Kami tersangat lemah, Bantu kami Ya Allah, Engkau tidak pernah menghampakan orang2 yg meminta...
Wednesday, February 11, 2009
~Pengajian ONLINE Bersama Sheikh Nurudddin Al-Banjari~
LIVE FROM BOGOR!!!!
[Jadual Pengajian]
~JUMAAT~
3.00-5.30 AM (EGY) /9.00 - 11.30 AM (SIN) Musnad Imam Ahmad
4.00-5.00 PM (EGY) / 10.00 - 11.00 PM (SIN) Jami'e Saghir Oleh Imam Jalaluddin As-Suyuthi(Himpunan Hadis Nabawi)
~SABTU~
3.00-5.30 AM (EGY) / 9.00 - 11.30 AM (SIN) Fathul MuinOleh Imam Malibari
11.30-12.30 PM (EGY) / 5.30 - 6.30 PM (SIN) Risalah Mua'wanah Oleh Imam Abdullah Al-Haddad
4.00-5.00 PM (EGY) / 10.00 - 11.00 PM (SIN) Tahzib Misykat Oleh Imam Muhammad bin Abdullah AlKhotib At-Tibrizi
~AHAD~
3.00-5.30 AM (EGY) /9.00 - 11.30 AM (SIN) 1)At-Tibyan Fi Adaab Hamalatil Quran Oleh Imam Nawawi 2)Syamail Muhammadiyah Oleh Imam At-Tirmizi
11.30-12.30 PM (EGY) / 5.30 - 6.30 PM (SIN) Risalah Mua'wanah Oleh Imam Abdullah Al-Haddad
4.00-5.00 PM (EGY) /10.00 - 11.00 PM (SIN) Tahzib Misykat Oleh Imam Muhammad bin Abdullah AlKhotib At-Tibrizi
~ISNIN~
3.00-5.30 AM (EGY) /9.00 - 11.30 AM (SIN) 1)Tadrib Ar-Rawi Oleh Imam Jalaluddin As-Suyuthi 2)Akhlak Ulama Oleh Sheikh Nuruddin AlBanjari
11.30-12.30 PM (EGY) / 5.30 - 6.30 PM (SIN) Jami'e Bayan Ilmi Oleh Imam Ibnu Abdil Barr
4.00-5.00 PM (EGY) / 10.00 - 11.00 PM(SIN) Rahiq Makhtum oleh Dr Sofiy Ar-Rahman
~SELASA~
3.00-5.30 AM (EGY) / 9.00 - 11.30 AM (SIN) 1)Haza Halal Haza Haram Oleh Sheikh Abd. Qodir Ahmad 'Ato
2) Makanatul Ilmi Oleh Sheikh Nuruddin AlBanjari
11.30-12.30 PM (EGY) /5.30 - 6.30 PM (SIN) Sahih Bukhari
4.00-5.00 PM (EGY) /10.00 - 11.00 PM (SIN) Tahzib Mishkat oleh Imam Muhammad bin Abdullah AlKhotib At-Tibrizi
~RABU~
3.00-5.30 AM (EGY) /9.00 - 11.30 AM (SIN) 1)Tafsir Rawa'iul Bayan Oleh Imam Muhammad 'Ali As-Sobuni 2)Ad-Durar Al-Bahiyyah fi Qawaid Fiqhiyah oleh Sheikh Nuruddin AlBanjari
11.30-12.30 PM (EGY) /5.30 - 6.30 PM (SIN) Sahih Bukhari
4.00-5.00 PM (EGY) /10.00 - 11.00 PM (SIN) Jami'e Saghir Oleh Imam Jalaluddin As-Suyuthi(Himpunan Hadis Nabawi)
~KHAMIS~
3.00-5.30 AM (EGY) /9.00 - 11.30 AM (SIN) 1)As-Sunnah wal Bidaah Oleh Imam Abdullah AlHaddad
2)At-Tibyan Fi Adab HamalatilQuran Oleh Imam An-Nawawi
Ya Allah,Engkau tidak putus2 memudahkan jalan Kami menuntut Ilmu... Oleh itu, Kurniakan kami TaufiqMu untuk meng'hadiri'nya...
Monday, February 09, 2009
~Dowrah Nostalgia~
Dowrah ke-10 1425 Hijrah
Firman Allah: يَـٰأيُّهَا ٱلَّذِينَ آمَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَكُونُواْ مَعَ ٱلصَّادِقِينَ Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar.[9:119]
Moga2 Kehadiran AlFaqir kesana sebelum ini adalah kerana menyahut seruan ayat AlQuran tersebut.
Perlunya AlFaqir ke sana...
Dalam kita sibuk menuntut ilmu di Bumi Mesir ini,kita sering terlupa...apa sebenarnya yang patut kita perolehi dari ilmu yang kita cari selama ini.Apa yg AlFaqir rasa,semakin dipelajari ilmu2 riwayat ini di pengajian2,tanpa ada pentarbiyahan hati...terasa kering sangat.Disana...bagaikan recharge semula batteri yang telah weak dalam diri.
Bila hadiri dowrah yang dikelolakan oleh Habib Umar sendiri selama 40 hari,kita akan diingatkan semula 'TUJUAN ASAL KITA DICIPTAKAN'.Seolah-olah diberi satu suntikan kekuatan untuk berjalan terus di bumi Allah sebagai Khalifah.kesempatan disana...memberi 1 ruang pentarbiyahan hati yg sukar untuk diketemui dimana-mana tempat.
Istimewanya Majlis Ilmu Habib Umar...
Selain membaca kitab pilihan Habib,kami juga digalakkan untuk menghafal beit2 syair dari kalam para ahli ma'rifatullah(yg dipilih oleh habib).Kami akan menghafalnya beramai-ramai dan kemudian akan diterangkan maksud2nya agar dapat dihayati maknanya dan diamalkan dalam kehidupan.
Bagi AlFaqir yg agak lemah utk menghafaz syair2 ini,hanya 1 saja yg memotivasikan diri alFaqir utk menghafaz iaitu doanya.Dengan harapan dari hafalan tersebut,kita termasuk dalam doanya kerana Sebelum membaca syair2 tersebut dgn berlagu,Habib akan mendoakan sesiapa yg telah hafaz beit2 tersebut.Doanya ringkas tapi amat mendalam buat diri.Boleh dengar disini!
Teringat lagi ketika majlis pengkhataman kitab dowrah kelmarin...
Biasanya kita kalau dapat khatamkan kitab,terasa gembira,kepuasan yg teramat dengan ijazah kitab yang diperolehi,rase diri sudah TAHU.Tapi,dalam majlis Habib,Habib menimbulkan rasa KEFAQIRAN dalam diri kita.Akhir daripada Majlis pengkhataman kitab...melahirkan keinsafan,kekerdilan bahwa tidak terlaksana tujuan dari pengkhataman kitab tersebut kecuali setelah kita mengamalkannya.Jadi hakikatnya,kita tidak mengkhatamkan apa2.Krn kita belum amalkan.Perasaan itulah yg habib cuba masukkan dalam hati2 kami.Subhanallah...ajib!
Kemudian sebelum akhiri majlis dengan bacaan doa dari habib,kami akan dialunkan dengan pembacaan Qosidah untuk renungan bersama.Cukuplah hanya mendengar doanya bagi setiap akhir majlis ilmunya,itu saja dapat membuat hati yang keras itu menjadi lembut.Mata yang susah utk mengalirkan airmata,tiba2 dengan doanya...dapat mencucurkan airmata.Doanya adalah doa para ahli ma'rifat.Apa yang diajarkan olehnya, memberi satu semangat untuk beramal dengan ilmu yang dipelajari.Cukup dengan melihatnya...mengingatkan kita pada Rasulullah s.a.w.Segala tingkah lakunya mengikut petunjuk Rasulullah.Bagaimana anak2 didiknya tidak begitu kasih kepadanya,sedang pentarbiyahannya itu amat mendalam terhadap anak didikannya.
Dalam 40 hari,boleh AlFaqir simpulkan bekal yang diperolehi untuk dibawa pulang dari Dowrah tersebut.Satu ilmu yang dibawa pulang...memberi seribu erti dan perubahan dalam kehidupan.
Dowrah 2007...
'BeRaMaL DeNgAn IlmU'
Dowrah 2008...
'MuHaSaBaH DiRi'
(Ya Allah,bagaimana keadaan hati ini jika dalam setahun itu tidak menghdirinya?)
KINI.....
Muhasabah diri semula...
Selama Aku belajar di Mesir ini bertahun-tahun,Apa yang telah ku perolehi? Syahadah? Keputusan cemerlang? Riwayat bersanad-sanad? Berpuluh-puluh kitab dibaca dan dikhatam?
Sungguh tertipulah aku jika aku perolehi itu semua...
Apa yang engkau telah perolehi itu, Terlalu jauh dari TUJUAN ILMU yang dikehendaki ALLAH.
Bagi mereka yang berpeluang menghadiri Dowra 40 hari disana...
Rebutlah....40 hari disana,terasa ia lebih baik dari bertahun-tahun anda belajar di tempat lain.Percayalah...
Ya Allah,jangan Engkau haramkan kami dari menghadiri Majlis Ilmunya, Hati Kami sangat memerlukan dan merindui majlis sedemikian...
Dapat AlFaqir 'hadir' dalam majlis Ilmu Sheikh Nuruddin di S'pore walau jauh di perantauan.Syukran atas recordings ya Ukhti...
Tidak sabar menantikan kehadiran Sheikh @ Cairo,Mesir,yg dijangkakan pada Rabi' Al- Awal (Bulan Rasulullah sollahu'alaihi wasallam) untuk mengkhatamkan kitab2 pengajian.Biasanya sheikh akan datang ke sini (Mesir) pada setiap bulan Ramadhan.
Alhmd,Diberi taufiq untuk hadir ke majlisnya tika AlFaqir tahun 1 di Mesir(atas petunjuk guru AlFaqir agar berguru dengannya),tapi pada tahun2 berikutnya...alFaqir tidak berpeluang.Pada tahun yang lalu juga tidak berpeluang menghadiri secara jasadi kerana berada di tanahair,tapi Alhmd dapat mengikuti secara ONLINE (Moga Allah 'hadir'kan diri AlFaqir secara ruhi).
Allah BerFirman:
فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى ٱللَّهِ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلْمُتَوَكِّلِينَ Kemudian apabila engkau telah berazam (untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.~AL-Imran:159
Dengan itu...
Buat Kedatangan Sheikh kali ini,ingin meletakkan 1 keazaman...
Tidak mahu MISS pengajian Sheikh.Sedaya upaya untuk hadirkan diri ke majlis Ilmu tersebut walau ada disediakan secara ONLINE(agak menguji keimanan).Kerana,sudah tentu tidak sama orang yang hadir sendiri ke majlis Ilmu tersebut dengan mereka yang 'hadir' secara ONLINE. Orang yang hadir ke Majlis Ilmu perlu banyak PENGORBANAN!!!