Wednesday, February 18, 2009



~Siri Penziarahan (4) @ Syoubra~

Sayyidi Al-Habib Umar Ibn Hafidz pernah memesan kami @ Majlis Perpisahan buat Ahli Dowrah '07':

'Perbaikilah hubungan kalian dengan para ulama dan ahli kebaikan.Rebutlah 'madad' dari mereka,jaga adab kalian bersama mereka,berbaik sangka terhadap mereka dan ziarah-menziarahi mereka...'

Oleh itu,

Sebelum pulang,minta Sheikh Redha Salim (Guru AlQuran dan Qiraat) mewasiatkan kami sesuatu....

Sheikh kata:'Aku berpesan kepada kamu agar bertaqwa kepada Allah s.w.t.Kemudian jangan lupa murajaah Quran.Sebelum mengulangkaji pelajaran baca AlQuran 1 juz dan selepas mengulangkaji pula begitu juga.1 juz pada waktu pagi (iaitu sebelum belajar) dan 1 juz pada waktu malam sebelum tidur.Ia sangat membantu buat kalian (dalam murajaah pelajaran).'


Muhasabah diri!!!!

Kita ini semakin tinggi belajar semakin kurang pula pembacaan AlQuran kita.Kalau kita baca kisah2 tentang riwayat kehidupan yg dilalui oleh para Ulama terdahulu,memang tidak terlepas didalam rutin seharian mereka pembacaan AlQuran yang berjuzuk-juzuk.Kerana itulah mereka itu menjadi ulama yang MENJADI iaitu Ulama yang dimaksudkan didalam AlQuran iaitu
إِنَّمَا يَخْشَى ٱللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ ٱلْعُلَمَاءُ
(Yang bermaksud :Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu)~Fater:28.

Ternyata,Sungguh jauh perjalanan hidup kami berbanding dengan para ulama terdahulu...



Ya Allah,jadikan kami penuntut ilmu yang menyejukkan hati kekasihMu,
Kami ingin ikut jejak para Ulama Rabbani,
Kami tersangat lemah,
Bantu kami Ya Allah,
Engkau tidak pernah menghampakan orang2 yg meminta...

No comments: