~Dowrah Nostalgia~
Dowrah ke-10 1425 Hijrah
Firman Allah:
يَـٰأيُّهَا ٱلَّذِينَ آمَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَكُونُواْ مَعَ ٱلصَّادِقِينَ
Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar.[9:119]
Moga2 Kehadiran AlFaqir kesana sebelum ini adalah kerana menyahut seruan ayat AlQuran tersebut.
Perlunya AlFaqir ke sana...
Dalam kita sibuk menuntut ilmu di Bumi Mesir ini,kita sering terlupa...apa sebenarnya yang patut kita perolehi dari ilmu yang kita cari selama ini.Apa yg AlFaqir rasa,semakin dipelajari ilmu2 riwayat ini di pengajian2,tanpa ada pentarbiyahan hati...terasa kering sangat.Disana...bagaikan recharge semula batteri yang telah weak dalam diri.
Bila hadiri dowrah yang dikelolakan oleh Habib Umar sendiri selama 40 hari,kita akan diingatkan semula 'TUJUAN ASAL KITA DICIPTAKAN'.Seolah-olah diberi satu suntikan kekuatan untuk berjalan terus di bumi Allah sebagai Khalifah.kesempatan disana...memberi 1 ruang pentarbiyahan hati yg sukar untuk diketemui dimana-mana tempat.
Istimewanya Majlis Ilmu Habib Umar...
Selain membaca kitab pilihan Habib,kami juga digalakkan untuk menghafal beit2 syair dari kalam para ahli ma'rifatullah(yg dipilih oleh habib).Kami akan menghafalnya beramai-ramai dan kemudian akan diterangkan maksud2nya agar dapat dihayati maknanya dan diamalkan dalam kehidupan.
Bagi AlFaqir yg agak lemah utk menghafaz syair2 ini,hanya 1 saja yg memotivasikan diri alFaqir utk menghafaz iaitu doanya.Dengan harapan dari hafalan tersebut,kita termasuk dalam doanya kerana Sebelum membaca syair2 tersebut dgn berlagu,Habib akan mendoakan sesiapa yg telah hafaz beit2 tersebut.Doanya ringkas tapi amat mendalam buat diri.Boleh dengar disini!
Teringat lagi ketika majlis pengkhataman kitab dowrah kelmarin...
Biasanya kita kalau dapat khatamkan kitab,terasa gembira,kepuasan yg teramat dengan ijazah kitab yang diperolehi,rase diri sudah TAHU.Tapi,dalam majlis Habib,Habib menimbulkan rasa KEFAQIRAN dalam diri kita.Akhir daripada Majlis pengkhataman kitab...melahirkan keinsafan,kekerdilan bahwa tidak terlaksana tujuan dari pengkhataman kitab tersebut kecuali setelah kita mengamalkannya.Jadi hakikatnya,kita tidak mengkhatamkan apa2.Krn kita belum amalkan.Perasaan itulah yg habib cuba masukkan dalam hati2 kami.Subhanallah...ajib!
Kemudian sebelum akhiri majlis dengan bacaan doa dari habib,kami akan dialunkan dengan pembacaan Qosidah untuk renungan bersama.Cukuplah hanya mendengar doanya bagi setiap akhir majlis ilmunya,itu saja dapat membuat hati yang keras itu menjadi lembut.Mata yang susah utk mengalirkan airmata,tiba2 dengan doanya...dapat mencucurkan airmata.Doanya adalah doa para ahli ma'rifat.Apa yang diajarkan olehnya, memberi satu semangat untuk beramal dengan ilmu yang dipelajari.Cukup dengan melihatnya...mengingatkan kita pada Rasulullah s.a.w.Segala tingkah lakunya mengikut petunjuk Rasulullah.Bagaimana anak2 didiknya tidak begitu kasih kepadanya,sedang pentarbiyahannya itu amat mendalam terhadap anak didikannya.
Dalam 40 hari,boleh AlFaqir simpulkan bekal yang diperolehi untuk dibawa pulang dari Dowrah tersebut.Satu ilmu yang dibawa pulang...memberi seribu erti dan perubahan dalam kehidupan.
Dowrah 2007...
'BeRaMaL DeNgAn IlmU'
Dowrah 2008...
'MuHaSaBaH DiRi'
(Ya Allah,bagaimana keadaan hati ini jika dalam setahun itu tidak menghdirinya?)
KINI.....
Muhasabah diri semula...
Selama Aku belajar di Mesir ini bertahun-tahun,Apa yang telah ku perolehi?
Syahadah?
Keputusan cemerlang?
Riwayat bersanad-sanad?
Berpuluh-puluh kitab dibaca dan dikhatam?
Sungguh tertipulah aku jika aku perolehi itu semua...
Apa yang engkau telah perolehi itu,
Terlalu jauh dari TUJUAN ILMU yang dikehendaki ALLAH.
Bagi mereka yang berpeluang menghadiri Dowra 40 hari disana...
Rebutlah....40 hari disana,terasa ia lebih baik dari bertahun-tahun anda belajar di tempat lain.Percayalah...
Ya Allah,jangan Engkau haramkan kami dari menghadiri Majlis Ilmunya,
Hati Kami sangat memerlukan dan merindui majlis sedemikian...
No comments:
Post a Comment