Wednesday, December 29, 2004

...Peratanyaan Nabi kpd Iblis La'natullah...

Pertanyaan Nabi (8):
"Bagaimana tipu daya engkau kepada umatku?"

Jawab Iblis:

"Umatmu itu ada tiga macam.
Yang pertama seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan iaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibril a.s, "Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat."

Yang kedua umat tuan seperti tanah iaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurnia Allah. Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan.

Yang ketiga umatmu seperti Firaun; terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat.
Maka aku pun bersukacita lalu masuk ke dalam badannya, aku putarkan hatinya ke lautan durhaka dan aku hela ke mana saja mengikuti kehendakku. Jadi dia senantiasa bimbang kepada dunia dan tidak hendak menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat, tidak hendak mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat. Lalu aku goda agar minta kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya
.

Bila umatmu terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia senantiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak merebut dunia harta, bercakap besar sesama Islam, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuk jalan maksiat, tempat judi dan perempuan lacur."

Sunday, December 26, 2004

...Sentuhanmu...

c/o:Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan..(in-team)

Ayah,
Walaupun dikau tidak melahirkanku,
Namun pengorbananmu terhadap diriku,
Tak mampu ku dibalasi dgn wang ringgit,
Kasih sayang mu terhadap anakmu ini,
Memberi kesan yg mendalam kepada kehidupannya...

Ayah,
Setiap perjalananku menuntut ilmu,
Engkau menghantarku,
Agar tempat yg aku ingin ku tujui itu sampai tepat pada masanya,
Jauh atau dekat tempat itu,
bukan ukuranmu,
Yang penting bagimu,
Anakmu ini selamat sampai ke destinasinya,
Engkau tidak pernah mengeluh,
Tika aku memintamu untuk menghantarkanku,
Atau mengambil aku untuk pulang ke rumah,
Malah engkau cuba sedaya untuk tidak mengecewakanku,
Walaupun ketika itu penat sedang menyelubungimu...

Ayah,
Ku sedar,
Ku sering mementingkan diriku sendiri,
Tanpa mengenal lagi penat lelahmu,
Tapi mengapa,
Bibir ini begitu payah untuk mengucapkan ucapan terima kasih kepadamu,
Bila mengenangkan kembali,
Terasa diri ini,
Telah banyak menyusahkan dirimu,
Berlinangan airmataku tika mengenangkan semua itu,

Ayah,
Anakmu ni tak mampu membalas segala jasamu,
Yang telah engkau taburkan,
Cuma ku harap,
Setiap perjalananku dlm menuntut ilmu,
Diberkati Allah,
Agar di akhirat kelak,
Ku jadikan engkau sebagai hujjahku dlm menuntut ilmu,
Dialah(Ayahku)!yang selalu menghantarku ke setiap majlis ilmu,
Dialah yg mempermudahkan perjalananku ke tempat yg Engkau Redhai Ya Tuhanku,
Dialah yg telah banyak membelanjakan wang ringgitnya,
Demi untuk menjadikan aku seorang insan yg berguna,
Yang mengenal erti takut pada Penciptanya,
Betapa aku bersyukur,
Dianugerahkan seorang Ayah sepertinya...

Ayah,
Ku hanya insan yg lemah,
Yang tidak mampu melakukan apa2 untuk dirimu,
Walaupun ku hanya mampu mendoakan kesejahteraanmu,
Di dunia dan Akhirat,
Namun diri ini sering bermohon kepada Tuhan,
Sekurang-kurangnya,
Jadikanlah aku seorang anak,
Yang menjadi penyejuk mata kepada kedua orang-tuannya,
Jika bagimu itu,
sudah cukup untuk membahagiakan dirimu,
Terima kasih Ayah atas segalanya....



P/s:Takutilah kamu akan kemurkaan ayahmu,
Krn kemurkaannya itu boleh memadamkan cahaya nur di wajahmu.

Thursday, December 23, 2004

..Pertanyaan Nabi kepada Iblis La'natullah..(sambungan)

Pertanyaan Nabi (4):
"Hai Iblis! Apakah yang pertama engkau tipu dari manusia?"

Jawab Iblis:
"Pertama sekali aku palingkan iktikad / niatnya, imannya kepada kafir juga ada dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berhasil juga, aku akan tarik dengan cara mengurangi pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut kemahuan jalanku"

Pertanyaan Nabi (5):
"Hai Iblis! Jika umatku solat kerana Allah, bagaimana keadaanmu?"

Jawab Iblis:

"Sebesar-besarnya kesusahanku. Gementarlah badanku dan lemah tulang sendiku. Maka aku kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang manusia, pada setiap anggota badannya.

Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas sholat, was-was, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat habis sholatnya, hilang khusyuknya - matanya sentiasa menjeling ke kiri kanan, telinganya senantiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyi yang lain.

Setengah Iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia tidak kuasa sujud berlama-lama, penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya senantiasa hendak cepat habis solatnya, itu semua membawa kepada kurangnya pahala. Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu, maka aku sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman
."

Pertanyaan Nabi (6):
"Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah, bagaimana perasaanmu?"

Jawab Iblis:
"Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah, maka rasa terbakarlah tubuhku, putus-putus segala uratku lalu aku lari daripadanya."

Pertanyaan Nabi (7):
"Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana perasaanmu?"

Jawab Iblis:
"Binasalah diriku, gugurlah daging dan tulangku kerana mereka telah mencukupkan rukun Islamnya."

Sunday, December 19, 2004

...Ilmu itu cahaya...


"Aku mengadu kpd guruku,Waki',akan kesusahanku menghafal.Maka dia menasihati supaya aku tinggalkan maksiat.Ketahuilah ilmu itu cahaya dan cahaya Allah itu tidak diberikan kepada Orang yg melakukan maksiat"~kata Imam Syafie.


Ilmu itu indah bila kita betul2 menghayatinya.Satu cara utk memotivasikan diri kita utk menuntut ilmu ialah kita perlu baca kisah2 tentang cara2 ulama salafussoleh menuntut ilmu.Cara bagaimana adab2 mereka tika menuntut ilmu,adab mereka dgn guru,adab2 mereka pula dgn kitab kerana menghormati ilmu tersebut.

Ana ambil contoh Imam Syafie.Hmm..kalau kita baca tentang cara beliau menuntut ilmu..Masya Allah..jauh sekali lah kalau nak dibanding dgn kita ni sekarang dan kerana itulah kita tidak dapat merasakan kesan ilmu itu sendiri.

Diantara adab2 dgn kitab:

1)Mengambil wuduk sblm membaca kitab tersebut kerana wuduk itu nur.

2)Sebelum baca kitab(ugama),sedekahkan AlFatihah kpd Rasul junjungan kita dan tidak ketinggalan juga penulis buku itu dgn harapan kita dpt maanfaat dari apa yg beliau tulis.

3)Sentiasa memperbaharui niat kita dlm membaca kitab tersebut.Make sure yg niat kita 2 krn Allah.Bukan saja utk mendapat ilmu tapi utk mencari hidayah kerana kalau kita membaca setakat utk mendapatkan ilmu,niat kita seolah-olah sama dengan niat2 orang oreantalis2.Mereka pun mengkaji AlQuran,Islam..tapi kerana salahnya niat mereka menyebabkan mereka tidak mendapat hidayah hasil dari pembacaan mereka itu.

Kerana ilmu itu buahnya ialah hidayah dan satu tanda orang itu mendapat hidayah ialah ia segera melakukan ketaatan.Kita checklah diri kita kembali..samada buah ilmu itu ada tak pada diri kita.Kalau belum...maknanya ilmu yg kita pelajari 2 belom lagi bermanfaat.Sentiasalah jaga adab2 menuntut ilmu supaya ilmu itu lebih berkesan.

Sebenarnya Ikhlas itu suatu martabat yg paling tinggi dan ia susah utk diperolehi..walaumacamna kita belajar rajin2 pon atau banyak membaca ..mesti ade niat lain yg tersembunyi yg kita tidak sedari contoh blajar kerana exam atau supaya bila orang bertanya kita tentang suatu masalah,kita dapat menjawabnya.Terutama orang yg berada didalam aliran agama... kalau niat kita belajar 2 kerana utk mencapai cita2 sbg ustaz/ustazah,sebenarnya niat kita 2 belum betul2 ikhlas,walaupon nampak niatnya mcm baik tapi sebenarnya belom lagi mencapai tahap keikhlasan.Ditakuti ilmu ugama yg telah dipelajari i2 menjadi hujjah ke atas diri kita di hari pembalasan nanti.

Contoh lain misalannya kita ambil master atau sampai ke peringkat PHD,niat kita supaya manusia pandang kita.Tapi bukan bermakna bila kita tak ikhlas saja,kita tinggalkan peluang tersebut sedangkan kita mampu mempertingkatkan diri kita.Cuma kita kene sentiasa bersihkan kembali niat kita dan disinilah kita bermujahadah.i2 sbb Nabi s.a.w mengatakan bahawa jihad nafsu itu jihadnya lebih besar dari jihad di medan peperangan.

Selalu kita dengar pepatah arab: العلم فى الصدور لا فى السطور

Satu tanda ilmu itu didada dan bukan di garisan(buku) iaitu misalnya kalau orang tanya tentang sesuatu pelajaran,kita mampu menjawabnya tanpa perlu rujuk kepada buku utk mendapatkan jawapannya.Kalau orang yg ilmunya setakat didalam buku...beliau tidak mampu utk menjawabnya kecuali setelah ia membuka buku.maknanya disini beliau belom memahami lagi apa yg telah dipelajarinya.i2 sbb bile kita belajar 2 jangan kerana exam..kerana hasilnya,kita tidak memperolehi apa2 manfaat dari apa yg telah dipelajari..lepas exam..ilmu pun hilang begitu saja..

4)Jangan letakkan kitab itu di tempat yg rendah iaitu dibawah paras punggung kita apalagi di kaki kita.

kalau sekarang ni banyaklah yg kita lihat terutama remaja yg gemar membawa bag sekolah bawah2 dan ada pula dibelakang punggung.Ada pula meletakkan bukunya di lantai dimana tempat orang lalu-lalang.Disini kita dapat lihatlah bagaimana kita ni sbg penuntut ilmu tidak ada rasa hormat dgn buku yg kita pelajari dan dari situlah hilangnya keberkatan ilmu.

Diceritakan ada seorang orang alim ni,beliau betul2 menjaga adabnya dgn kitab sehinggakan beliau tidak sanggup menindih bukunya dgn buku2nya yg lain.

Pada episod yg lalu,ana ada terangkan bagaimana ilmu itu direct Allah beri kepada kita..dan kini ana nak share apa yg dialami teman2 ana sendiri.Diceritakan pada suatu hari 2 mereka sedang blajar tasauf dlm kelas.Buku yg mereka gunakan i2 adalah dlm bahasa Melayu(bahasa ibunda).Mereka baca berulang-ulang kali..tapi tak mampu memahaminya..tapi bila
dibacakan oleh guru tanpa penerangan.mereka faham.sedangkan guru i2 setakat membaca saja..bagaimana 2?!

Disini jelaslah yg Allah hendak berikan ilmu itu kepada sesiapa yg dikehendakinya.Jadi kalau selama ni kita membaca buku terus kita mempunyai kefahaman terhadap pelajaran tersebut...ucapkan rasa syukur krn ilmu itu direct Allah berikan kepada kita dan bukan semua org yg dapat.

Wednesday, December 15, 2004

...Nasihat Imam Shafie untuk mencari sahabat...

PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.

Dalam hal ini, Iman Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan.

Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.

Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.

Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.

Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri.

Mencari sahabat pada waktu susah.

Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka.
Jika suka melanda, aku sering bertanya: “Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?” Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.

Pasang surut persahabatan.

Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik.

Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan.

Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku.

Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.

Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat.

Apabila tidak ke temu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.

Sukarnya mencari sahabat sejati.

Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Bersikap seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia.

Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka, kelak kamu akan memperoleh kebaikannya.

Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati.

Kutinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujanji orang mulia kerana kebaikannya sedikit.

Sahabat sejati pada waktu susah.

Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.

Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.

Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.

Rosaknya keperibadian seseorang.

Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi penipuan dan rayuan.

Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri itu.

Menghormati orang lain.

Barang siapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati. Begitu juga barang siapa menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan.

Barang siapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barang siapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.

Menghadapi musuh.

Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.

Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya.

Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.

Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.

Tipu daya manusia.

Mudah-mudahan anjing itu dapat bersahabat denganku kerana bagiku dunia ini sudah hampa daripada manusia.

Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk tuannya yang tersesat, tidak seperti manusia jahat yang selamanya tidak akan memberi petunjuk.

Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.

Tempat menggantungkan harapan.

Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah.

Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahu pun setelah mati.

Menjaga nama baik.

Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.

Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirahat.

Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.

Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan.

Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.

Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.

*Petikan dari Muslimah.com

Saturday, December 11, 2004

...13 tips eratkan persahabatan...

1. KESABARAN
Belajarlah bersabar sekiranya sikap teman baikmu itu menyinggung
perasaanmu, mungkin dengan kesabaranmu, temanmu itu akan mulai
berubah & mula berfikir tentang hati & perasaan orang lain.

2. BERTERUS TERANG
Jgn sesekali kamu memendam perasaan jika kamu tdk menyenangi sikap
teman2 di sekelilingmu. Cuba berbincang & berterus terang agar
masalah yg membelengu dirimu aka selesai & jgn meninggikan suara
ketika berbincang.

3. IKHLAS
Sentiasa bersikap ikhlas & jgn terlalu berkira dgn org lain. Sikap
ikhlas kita akan menjadikan teman disekeliling akan lebih
menghormati kita.

4. SALING MENGHORMATI
Saling hormat menghormati. Hormatilah org disekelilingmu & sudah
tentu org lain juga akan menghormatimu.

5. JUJUR
Belajarlah menjadi seorang yg jujur. Saling percaya mempercayai
menjadi hubungan persahabatan yg dijalinkan akan berjaya. Sebaiknya,
buang jauh2 sikap bermuka-muka kerana ianya sikap merenggangkan
persahabatan.

6. SALING FAHAM MEMAHAMI
Saling faham memahami & tdk berprasangka buruk adalah
resepi utama dlm membina sebuah persahabatan yg berjaya.

7. SALING MEMAAFKAN
Jadilah seorang yg pemaaf sekiranya teman baikmua menyinggung
perasaanmu. & ketahuilah, sikap pemaaf itu merupakan satu perbuatan
yg mulia. Malah dia dpt memberikan kesan positif terhadap diri kamu
sendiri.

8. BERTOLAK ANSUR
Saling bertolak ansur juga merupakan satu faktor penting utk membina
sebuah perhubungan yg murni. Sifat begini akan memberi manfaat pada
diri kamu & orang lain. Namun usah mengharapkan hanya org lain yg
perlu bertolak ansur dengan kamu & dlm masa yg sama kamu pula
mengambil kesempatan ke atas mereka. Ini tdk adil namanya!

9. JAGA TUTUR KATA
Jagalah tutur kata & jgn terlalu celupar ketika berbicara bersama
teman-teman sekeliling kamu. Sikap lepas kata begini akan mengundang
perselisihan faham antara satu sama lain.

10. NASIHAT MENASIHATI
Saling tegur menegur & nasihat menasihati antara satu sama lain.
Teguran hendaklah secara baik & bukannya dgn melulu & mengkritik.
Bukankah saling ingat mengingatkan itu satu perbuatan yg mulia?

11. AMBIL BERAT
Jgn pentingkan diri sendiri, sebaliknya ambil berat antara satu sama
lain. Contohnya, jika temanmu sedang dilanda masalah. Berada di
sisinya ketika dia sedang susah merupakan satu pengorbanan besar &
tanda setia kawan. Ia memberikan kekuatan & sedikit bebanyak masalah
yg ditanggunginya akan berkurangan. Tapi awas! Jgn nanti sampai kamu
tak tahan telinga jika saban hari terpaksa mendengar luahan
masalahnya. Kadangkala kamu juga punya masalah yg perlu diselasaikan!

*Diambil dari fowarded email

Thursday, December 09, 2004

...Tazkirah(2)...

ORANG yang terlalu banyak makan atau tidur akan memudaratkan diri dan merosakkan akhlaknya sehingga leka daripada menunaikan kewajipan kepada Tuhan dan sesama manusia.

Diriwayatkan bahawa Nabi Yahya pernah didatangi iblis yang membawa beberapa benda bergantungan pada badannya. Lalu Nabi Yahya bertanya: “Apakah benda yang bergantungan itu?

Jawab iblis:Inilah syahwat yang akan dipergunakan untuk menguasai, mempengaruhi dan menggoda manusia.

Nabi Yahya kemudian bertanya:Apakah yang ada pada syahwat itu?

Jawab iblis:Kadang-kadang dengan syahwat ini, engkau kekenyangan, lantas aku beratkan engkau daripada mengerjakan solat dan berzikir.”

Nabi Yahya dengan tegas terus menjawab:Demi Allah, selama-lamanya aku tidak akan memenuhi perutku dengan makanan yang banyak hingga terlalu kenyang.

Beliau sedar terlalu banyak makan boleh menyebabkan enam pekerti tercela. Ia adalah:

- Hilangkan rasa takut dan takwa kepada Allah.

- Berat untuk taat beribadat.

- Hilang kasih sayang sesama makhluk kerana menganggap orang kenyang itu sama sepertinya.

- Gagal memahami dan sukar memahami kehalusan makna ketika mendengar pesanan yang baik.

- Mengundang pelbagai penyakit.

- Sebarang nasihat atau pesanan yang diberikan orang yang terlalu kenyang, tidak dapat meresap ke dalam hati orang yang mendengarnya.

Orang yang terlalu banyak tidur pula digolongkan sebagai sifat orang tercela kerana leka hingga tidak dapat mengerjakan ibadat dan mencari nafkah untuk diri dan keluarga.

Ulama terkemuka berkata, kehidupan manusia sehari-hari dibahagikan kepada tiga iaitu lapan jam untuk taat dan beribadat kepada Allah, lapan jam mencari nafkah dan baki lapan jam lagi untuk beristirahat dan tidur.

PETIKAN : Berita Harian

Tuesday, December 07, 2004

...Tazkirah...

Hadith:"sesiapa yg berpuasa ramadhan kemudian diikutinya dgn 6 hari dari bulan syawal,seolah-olah ia telah berpuasa selama satu tahun".

Mengapa Nabi s.a.w memberi perumpamaan 'selama setahun'??

Sebenarnya disebalik hadis ni terdapat ilmu hisab yg kita pun tak terfikir.cuba lihat kira2 di bawah ini:

Ramadhan + 6 hari syawal=360 hari(setahun)

30x10 + 6x10 =360
300+60=360

10 itu diibaratkan pahala yg kita dapat setiap hari kita berpuasa di bulan ramadhan.Dalam bulan ramadhan,terdapat 30 hari.Dan dikalikan setiap yg kita puasa setiap hari dengan sepuluh pahala.Kemudian diikuti pula dgn 6 hari puasa di bulan syawal,dikalikan lagi dgn sepuluh pahala dan kalau dikira secara totalnya,kita mendapati ganjarannya sama seperti dgn setahun.

Mengapa dikalikan dengan 10?

Kerana secara umumnya setiap kebaikan akan dibalasi dengan sepuluh kali ganda.Seperti firman Allah S.W.T yg bermaksud:"Barangsiapa yg menbawa amal yang baik maka baginya pahala sepuluh kali lipat amalnya...." Surah Al-An'am:160

Oleh disebabkan demikian,kata shiekh ابن عثيمين dlm "fatwa2 berpuasa": kita tidak boleh ada dua niat iaitu puasa Qadak dan puasa syawal dalam satu masa.Puasa 6 hari dari bulan syawal ada berkaitan dgn puasa ramadhan,dan tidak boleh dikerjakan(puasa 6)kecuali setelah selesai mengqadakkan puasanya yg di bulan ramadan.Dan jikalau ia berpuasa 6 hari dari syawal sedangkan ia belum selesai mengqadakkan puasanya,maka ia tidak memperolehi ganjaran puasa 6 kerana berpandukan hadith Rasulullah yg telah disebutkan diatas tadi.

P/S:Walauapapun disini terdapat banyak khilaf dikalangan ulama.Terpulanglah kepada individu itu sendiri untuk memilih.Wallahu'alam.

*Dipetik dari Islamway.com





Friday, December 03, 2004

...The Quran on Mountains...

A book entitled Earth is a basic reference textbook in many universities around the world. One of its two authors is Professor Emeritus Frank Press. He was the Science Advisor to former US President Jimmy Carter, and for 12 years was the President of the National Academy of Sciences, Washington, DC. His book says that mountains have underlying roots.These roots are deeply embedded in the ground, thus, mountains have a shape like a peg (see figures 7, 8, and 9)



Figure 7:
Mountains have deep roots under the surface of the ground. (Earth, Press and Siever, p. 413.)



Figure 8: Schematic section. The mountains, like pegs, have deep roots embedded in the ground. (Anatomy of the Earth, Cailleux, p. 220.)



This is how the Quran has described mountains. God has said in the Quran:

Have We not made the earth as a bed, and the mountains as pegs?(Quran,An-Naba':6-7)


Modern earth sciences have proven that mountains have deep roots under the surface of the ground (see figure 9) and that these roots can reach several times their elevations above the surface of the ground. So the most suitable word to describe mountains on the basis of this information is the word ‘peg,’ since most of a properly set peg is hidden under the surface of the ground.The history of science tells us that the theory of mountains having deep roots was introduced only in the latter half of the nineteenth century.

Mountains also play an important role in stabilizing the crust of the earth.They hinder the shaking of the earth.

God has said in the Quran:

And He has set firm mountains in the earth so that it would not shake with you... (Quran,An-Nahl:15)


Likewise, the modern theory of plate tectonics holds that mountains work as stabilizers for the earth. This knowledge about the role of mountains as stabilizers for the earth has just begun to be understood in the framework of plate tectonics since the late 1960’s.

Could anyone during the time of the Prophet Muhammad have known of the true shape of mountains? Could anyone imagine that the solid massive mountain which he sees before him actually extends deep into the earth and has a root, as scientists assert? A large number of books of geology, when discussing mountains, only describe that part which is above the surface of the earth. This is because these books were not written by specialists in geology.However, modern geology has confirmed the truth of the Quranic verses.

*Dipetik dari islam-guide.com

Wednesday, December 01, 2004

...The Quran on the Origin of the Universe...

The science of modern cosmology, observational and theoretical, clearly indicates that, at one point in time, the whole universe was nothing but a cloud of ‘smoke’ (i.e. an opaque highly dense and hot gaseous composition).This is one of the undisputed principles of standard modern cosmology. Scientists now can observe new stars forming out of the remnants of that ‘smoke’ (see figures 10 and 11).



Figure 10: A new star forming out of a cloud of gas and dust (nebula), which is one of the remnants of the ‘smoke’ that was the origin of the whole universe. (The Space Atlas, Heather and Henbest, p. 50.)



Figure 11: The Lagoon nebula is a cloud of gas and dust, about 60 light years in diameter. It is excited by the ultraviolet radiation of the hot stars that have recently formed within its bulk. (Horizons, Exploring the Universe, Seeds, plate 9, from Association of Universities for Research in Astronomy, Inc.)

The illuminating stars we see at night were, just as was the whole universe, in that ‘smoke’ material.

God has said in the Quran:

Then He turned to the heaven when it was smoke... (Quran,Fussilat:11)

Because the earth and the heavens above (the sun, the moon, stars, planets, galaxies, etc.) have been formed from this same ‘smoke,’ we conclude that the earth and the heavens were one connected entity. Then out of this homogeneous ‘smoke,’ they formed and separated from each other.

God has said in the Quran:

Have not those who disbelieved known that the heavens and the earth were one connected entity, then We separated them?... (Quran,Al-Anbiya':30)


Dr. Alfred Kroner is one of the world’s renowned geologists.He is Professor of Geology and the Chairman of the Department of Geology at the Institute of Geosciences, Johannes Gutenberg University, Mainz, Germany.He said: “Thinking where Muhammad came from . . . I think it is almost impossible that he could have known about things like the common origin of the universe, because scientists have only found out within the last few years,with very complicated and advanced technological methods, that this is the case.To view the RealPlayer video of this comment click here .

Also he said: “Somebody who did not know something about nuclear physics fourteen hundred years ago could not, I think, be in a position to find out from his own mind, for instance, that the earth and the heavens had the same origin.”(View the RealPlayer video of this comment,click here).

*Dipetik dari islam-guide.com