Saturday, December 11, 2004

...13 tips eratkan persahabatan...

1. KESABARAN
Belajarlah bersabar sekiranya sikap teman baikmu itu menyinggung
perasaanmu, mungkin dengan kesabaranmu, temanmu itu akan mulai
berubah & mula berfikir tentang hati & perasaan orang lain.

2. BERTERUS TERANG
Jgn sesekali kamu memendam perasaan jika kamu tdk menyenangi sikap
teman2 di sekelilingmu. Cuba berbincang & berterus terang agar
masalah yg membelengu dirimu aka selesai & jgn meninggikan suara
ketika berbincang.

3. IKHLAS
Sentiasa bersikap ikhlas & jgn terlalu berkira dgn org lain. Sikap
ikhlas kita akan menjadikan teman disekeliling akan lebih
menghormati kita.

4. SALING MENGHORMATI
Saling hormat menghormati. Hormatilah org disekelilingmu & sudah
tentu org lain juga akan menghormatimu.

5. JUJUR
Belajarlah menjadi seorang yg jujur. Saling percaya mempercayai
menjadi hubungan persahabatan yg dijalinkan akan berjaya. Sebaiknya,
buang jauh2 sikap bermuka-muka kerana ianya sikap merenggangkan
persahabatan.

6. SALING FAHAM MEMAHAMI
Saling faham memahami & tdk berprasangka buruk adalah
resepi utama dlm membina sebuah persahabatan yg berjaya.

7. SALING MEMAAFKAN
Jadilah seorang yg pemaaf sekiranya teman baikmua menyinggung
perasaanmu. & ketahuilah, sikap pemaaf itu merupakan satu perbuatan
yg mulia. Malah dia dpt memberikan kesan positif terhadap diri kamu
sendiri.

8. BERTOLAK ANSUR
Saling bertolak ansur juga merupakan satu faktor penting utk membina
sebuah perhubungan yg murni. Sifat begini akan memberi manfaat pada
diri kamu & orang lain. Namun usah mengharapkan hanya org lain yg
perlu bertolak ansur dengan kamu & dlm masa yg sama kamu pula
mengambil kesempatan ke atas mereka. Ini tdk adil namanya!

9. JAGA TUTUR KATA
Jagalah tutur kata & jgn terlalu celupar ketika berbicara bersama
teman-teman sekeliling kamu. Sikap lepas kata begini akan mengundang
perselisihan faham antara satu sama lain.

10. NASIHAT MENASIHATI
Saling tegur menegur & nasihat menasihati antara satu sama lain.
Teguran hendaklah secara baik & bukannya dgn melulu & mengkritik.
Bukankah saling ingat mengingatkan itu satu perbuatan yg mulia?

11. AMBIL BERAT
Jgn pentingkan diri sendiri, sebaliknya ambil berat antara satu sama
lain. Contohnya, jika temanmu sedang dilanda masalah. Berada di
sisinya ketika dia sedang susah merupakan satu pengorbanan besar &
tanda setia kawan. Ia memberikan kekuatan & sedikit bebanyak masalah
yg ditanggunginya akan berkurangan. Tapi awas! Jgn nanti sampai kamu
tak tahan telinga jika saban hari terpaksa mendengar luahan
masalahnya. Kadangkala kamu juga punya masalah yg perlu diselasaikan!

*Diambil dari fowarded email

No comments: