Thursday, December 09, 2004

...Tazkirah(2)...

ORANG yang terlalu banyak makan atau tidur akan memudaratkan diri dan merosakkan akhlaknya sehingga leka daripada menunaikan kewajipan kepada Tuhan dan sesama manusia.

Diriwayatkan bahawa Nabi Yahya pernah didatangi iblis yang membawa beberapa benda bergantungan pada badannya. Lalu Nabi Yahya bertanya: “Apakah benda yang bergantungan itu?

Jawab iblis:Inilah syahwat yang akan dipergunakan untuk menguasai, mempengaruhi dan menggoda manusia.

Nabi Yahya kemudian bertanya:Apakah yang ada pada syahwat itu?

Jawab iblis:Kadang-kadang dengan syahwat ini, engkau kekenyangan, lantas aku beratkan engkau daripada mengerjakan solat dan berzikir.”

Nabi Yahya dengan tegas terus menjawab:Demi Allah, selama-lamanya aku tidak akan memenuhi perutku dengan makanan yang banyak hingga terlalu kenyang.

Beliau sedar terlalu banyak makan boleh menyebabkan enam pekerti tercela. Ia adalah:

- Hilangkan rasa takut dan takwa kepada Allah.

- Berat untuk taat beribadat.

- Hilang kasih sayang sesama makhluk kerana menganggap orang kenyang itu sama sepertinya.

- Gagal memahami dan sukar memahami kehalusan makna ketika mendengar pesanan yang baik.

- Mengundang pelbagai penyakit.

- Sebarang nasihat atau pesanan yang diberikan orang yang terlalu kenyang, tidak dapat meresap ke dalam hati orang yang mendengarnya.

Orang yang terlalu banyak tidur pula digolongkan sebagai sifat orang tercela kerana leka hingga tidak dapat mengerjakan ibadat dan mencari nafkah untuk diri dan keluarga.

Ulama terkemuka berkata, kehidupan manusia sehari-hari dibahagikan kepada tiga iaitu lapan jam untuk taat dan beribadat kepada Allah, lapan jam mencari nafkah dan baki lapan jam lagi untuk beristirahat dan tidur.

PETIKAN : Berita Harian

No comments: