Tuesday, December 07, 2004

...Tazkirah...

Hadith:"sesiapa yg berpuasa ramadhan kemudian diikutinya dgn 6 hari dari bulan syawal,seolah-olah ia telah berpuasa selama satu tahun".

Mengapa Nabi s.a.w memberi perumpamaan 'selama setahun'??

Sebenarnya disebalik hadis ni terdapat ilmu hisab yg kita pun tak terfikir.cuba lihat kira2 di bawah ini:

Ramadhan + 6 hari syawal=360 hari(setahun)

30x10 + 6x10 =360
300+60=360

10 itu diibaratkan pahala yg kita dapat setiap hari kita berpuasa di bulan ramadhan.Dalam bulan ramadhan,terdapat 30 hari.Dan dikalikan setiap yg kita puasa setiap hari dengan sepuluh pahala.Kemudian diikuti pula dgn 6 hari puasa di bulan syawal,dikalikan lagi dgn sepuluh pahala dan kalau dikira secara totalnya,kita mendapati ganjarannya sama seperti dgn setahun.

Mengapa dikalikan dengan 10?

Kerana secara umumnya setiap kebaikan akan dibalasi dengan sepuluh kali ganda.Seperti firman Allah S.W.T yg bermaksud:"Barangsiapa yg menbawa amal yang baik maka baginya pahala sepuluh kali lipat amalnya...." Surah Al-An'am:160

Oleh disebabkan demikian,kata shiekh ابن عثيمين dlm "fatwa2 berpuasa": kita tidak boleh ada dua niat iaitu puasa Qadak dan puasa syawal dalam satu masa.Puasa 6 hari dari bulan syawal ada berkaitan dgn puasa ramadhan,dan tidak boleh dikerjakan(puasa 6)kecuali setelah selesai mengqadakkan puasanya yg di bulan ramadan.Dan jikalau ia berpuasa 6 hari dari syawal sedangkan ia belum selesai mengqadakkan puasanya,maka ia tidak memperolehi ganjaran puasa 6 kerana berpandukan hadith Rasulullah yg telah disebutkan diatas tadi.

P/S:Walauapapun disini terdapat banyak khilaf dikalangan ulama.Terpulanglah kepada individu itu sendiri untuk memilih.Wallahu'alam.

*Dipetik dari Islamway.com





No comments: