Sunday, December 19, 2004

...Ilmu itu cahaya...


"Aku mengadu kpd guruku,Waki',akan kesusahanku menghafal.Maka dia menasihati supaya aku tinggalkan maksiat.Ketahuilah ilmu itu cahaya dan cahaya Allah itu tidak diberikan kepada Orang yg melakukan maksiat"~kata Imam Syafie.


Ilmu itu indah bila kita betul2 menghayatinya.Satu cara utk memotivasikan diri kita utk menuntut ilmu ialah kita perlu baca kisah2 tentang cara2 ulama salafussoleh menuntut ilmu.Cara bagaimana adab2 mereka tika menuntut ilmu,adab mereka dgn guru,adab2 mereka pula dgn kitab kerana menghormati ilmu tersebut.

Ana ambil contoh Imam Syafie.Hmm..kalau kita baca tentang cara beliau menuntut ilmu..Masya Allah..jauh sekali lah kalau nak dibanding dgn kita ni sekarang dan kerana itulah kita tidak dapat merasakan kesan ilmu itu sendiri.

Diantara adab2 dgn kitab:

1)Mengambil wuduk sblm membaca kitab tersebut kerana wuduk itu nur.

2)Sebelum baca kitab(ugama),sedekahkan AlFatihah kpd Rasul junjungan kita dan tidak ketinggalan juga penulis buku itu dgn harapan kita dpt maanfaat dari apa yg beliau tulis.

3)Sentiasa memperbaharui niat kita dlm membaca kitab tersebut.Make sure yg niat kita 2 krn Allah.Bukan saja utk mendapat ilmu tapi utk mencari hidayah kerana kalau kita membaca setakat utk mendapatkan ilmu,niat kita seolah-olah sama dengan niat2 orang oreantalis2.Mereka pun mengkaji AlQuran,Islam..tapi kerana salahnya niat mereka menyebabkan mereka tidak mendapat hidayah hasil dari pembacaan mereka itu.

Kerana ilmu itu buahnya ialah hidayah dan satu tanda orang itu mendapat hidayah ialah ia segera melakukan ketaatan.Kita checklah diri kita kembali..samada buah ilmu itu ada tak pada diri kita.Kalau belum...maknanya ilmu yg kita pelajari 2 belom lagi bermanfaat.Sentiasalah jaga adab2 menuntut ilmu supaya ilmu itu lebih berkesan.

Sebenarnya Ikhlas itu suatu martabat yg paling tinggi dan ia susah utk diperolehi..walaumacamna kita belajar rajin2 pon atau banyak membaca ..mesti ade niat lain yg tersembunyi yg kita tidak sedari contoh blajar kerana exam atau supaya bila orang bertanya kita tentang suatu masalah,kita dapat menjawabnya.Terutama orang yg berada didalam aliran agama... kalau niat kita belajar 2 kerana utk mencapai cita2 sbg ustaz/ustazah,sebenarnya niat kita 2 belum betul2 ikhlas,walaupon nampak niatnya mcm baik tapi sebenarnya belom lagi mencapai tahap keikhlasan.Ditakuti ilmu ugama yg telah dipelajari i2 menjadi hujjah ke atas diri kita di hari pembalasan nanti.

Contoh lain misalannya kita ambil master atau sampai ke peringkat PHD,niat kita supaya manusia pandang kita.Tapi bukan bermakna bila kita tak ikhlas saja,kita tinggalkan peluang tersebut sedangkan kita mampu mempertingkatkan diri kita.Cuma kita kene sentiasa bersihkan kembali niat kita dan disinilah kita bermujahadah.i2 sbb Nabi s.a.w mengatakan bahawa jihad nafsu itu jihadnya lebih besar dari jihad di medan peperangan.

Selalu kita dengar pepatah arab: العلم فى الصدور لا فى السطور

Satu tanda ilmu itu didada dan bukan di garisan(buku) iaitu misalnya kalau orang tanya tentang sesuatu pelajaran,kita mampu menjawabnya tanpa perlu rujuk kepada buku utk mendapatkan jawapannya.Kalau orang yg ilmunya setakat didalam buku...beliau tidak mampu utk menjawabnya kecuali setelah ia membuka buku.maknanya disini beliau belom memahami lagi apa yg telah dipelajarinya.i2 sbb bile kita belajar 2 jangan kerana exam..kerana hasilnya,kita tidak memperolehi apa2 manfaat dari apa yg telah dipelajari..lepas exam..ilmu pun hilang begitu saja..

4)Jangan letakkan kitab itu di tempat yg rendah iaitu dibawah paras punggung kita apalagi di kaki kita.

kalau sekarang ni banyaklah yg kita lihat terutama remaja yg gemar membawa bag sekolah bawah2 dan ada pula dibelakang punggung.Ada pula meletakkan bukunya di lantai dimana tempat orang lalu-lalang.Disini kita dapat lihatlah bagaimana kita ni sbg penuntut ilmu tidak ada rasa hormat dgn buku yg kita pelajari dan dari situlah hilangnya keberkatan ilmu.

Diceritakan ada seorang orang alim ni,beliau betul2 menjaga adabnya dgn kitab sehinggakan beliau tidak sanggup menindih bukunya dgn buku2nya yg lain.

Pada episod yg lalu,ana ada terangkan bagaimana ilmu itu direct Allah beri kepada kita..dan kini ana nak share apa yg dialami teman2 ana sendiri.Diceritakan pada suatu hari 2 mereka sedang blajar tasauf dlm kelas.Buku yg mereka gunakan i2 adalah dlm bahasa Melayu(bahasa ibunda).Mereka baca berulang-ulang kali..tapi tak mampu memahaminya..tapi bila
dibacakan oleh guru tanpa penerangan.mereka faham.sedangkan guru i2 setakat membaca saja..bagaimana 2?!

Disini jelaslah yg Allah hendak berikan ilmu itu kepada sesiapa yg dikehendakinya.Jadi kalau selama ni kita membaca buku terus kita mempunyai kefahaman terhadap pelajaran tersebut...ucapkan rasa syukur krn ilmu itu direct Allah berikan kepada kita dan bukan semua org yg dapat.

No comments: