Wednesday, December 31, 2003

Antara p'kara yg ber"manfaat" drpd
>ber'couple' ;
>
>1) Seronok (dpt fitnah)...
>
>2) Seronok (dpt dosa)...
>
>3) Seronok (dpt geng dgn syaitan)...
>
>4) Dapat meluahkan segala masalah kita (ALLAH
>kan ada)...
>
>5) Byk habis duit (lebih baik guna utk
>b'sedekah)...tak kurang juga yg habiskan duit
>beli prepaid dan bayar bil telefon yg melambung
>stp bulan...
>
>6) Banyak risau (takut awek org lain
>kebas...berapa kali dah miss solat pasal asyik
>berdating...tak pulak risau!)...
>
>7) Banyak t'menung dan senyum sendiri (pasal
>ingat peristiwa riang dgn awek...kita sbg muslim
>patutnya byk mengingati MATI yg boleh dtg pd
>bila-bila masa)...
>
>8) Lebih mengutamakan awek drpd org lain (hidup dlm
>dunia sendiri, dia dan awek dia shj....yg lain
>dah tak kisah.)...
>
>9) Menepati masa dan janji (takut awek
>marah...sembahyang fardhu lewat tak takut
>pulak)...
>
>10) Lain-lain lg yg m'berikan faedah dlm
>menambah saham DOSA drpd saham PAHALA...
>
>Hasil drpd pengalaman/pemerhatian/kajian ana
>t'dpt beberapa sbb yg m'jadi PENDORONG mengapa
>ber'couple'
>terjadi ;
>
>1) Byk sekolah/pusat pengajian campur. Perempuan
>dan lelaki satu kelas tanpa ada usaha drpd pihak
>yg b'tanggungjawab utk mengawal p'campuran ini
>supaya tidak bercanggah dgn syarak...
>
>2) P'kara ini sudah jadi kebiasaan maka didapati
>ada p'dpt (tak tahu le dalil mana dia guna)
>mengatakan tak apa ber'couple' asalkan tak
>melanggar batas2 syarak (Nauzubillah !)... Pd
>p'dpt mrk, keluar dating di khalayak ramai,
>bukannya b'duaan di tempat sunyi, tak pegang
>tangan, jalan pun tak rapat2 dan si awek tu pula
>pakai tudung... So tak pe le dosa pun sikit je.
>Nanti dah kahwin settle dan taubat le. Ana bab
>nie yg payah nak jawab...ada aje alasan dia org
>utk melepaskan diri. Org kata kalau dah nak bt
>tu mmg macam2 helah. Kita nasihat kot sini dia
>corner kot lain. Bykkan b'sabar dan teruskan
>usaha kita insya-Allah lama2 dia akan sedar...
>
>3) Sudah m'jadi naluri manusia ingin dibelai dan
>kasih, maka sbb itu Allah jadikan lelaki dan
>perempuan ada tarikan mcm cas -ve dan +ve. Hasil
>drpd pentarbiyahan Islam yg tidak kukuh dr
>keluarga menyebabkan attraction between the
>charge can't be control to act in a much more
>appropriate manner...maka t'jadinya perhubungan
>(kwn2) sebelum ada ikatan yg sah, dan ada
>setengah ibubapa dgn selamba kata,"Tak pe le dia
>orang dah besor... dah remaja, dah pandai fikir
>mana baik dan mana buruk.. bior le". Betul juga
>kata ibubapa t'sebut, patutnya kita dah besor,
>tahu le menilai yg baik dan yg buruk...tp
>tanggungjawab kedua ibubapa mendidik anak pun
>tak boleh abaikan...
>
>4) B'tambahnya perempuan yang tidak menutup
>aurat, kalau tutup aurat pun, aurat lain tidak
>dijaga spt cara b'gaul, bercakap, dan sbgnya.
>Ini m'buka ruang pada lelaki2 untuk memulakan
>projek mrk. Tak p'caya cuba pergi lepak (tujuan
>utk mengambil iktibar) kat KL... Ada yg elok
>tutup aurat tapi bila time sembang...tu dia,
>ketawa kalah lelaki.... lepas tu pandai cubit2
>dan pukul2 pula tu. Lelaki apa lagi...ada chance
>nie...
>
>5) Ramai perempuan semakin berani....berani
>menghadapi cabaran utk jadi setanding dgn lelaki
>maka mrk pun goda le lelaki so dpt byk
>boyfriend..... mcm Mat Cintan dan Mat Bunga yg
>byk dpt awek...
>
>6) Ramai lelaki rasa bangga kalau dia ada awek,
>kalau takde awek maka mcm ada satu kekosongan
>dlm jiwa...lebih2 lg kalau tengok member2 lain
>dia ada awek. Faktor sekeliling m'pengaruhi
>suasana...
>
>7) Lelaki cuba nak tunjuk pd lelaki lain yg dia
>tu pakar dlm bab meng'ayat' awek...lelaki ni
>biasa le EGO..... ego tak kena tempat...
>
>Haaaaa..... ni paling memalukan kaum lelaki....
>lelaki ni cepat sangat PERASAN so dia pun naik
>semangat untuk kacau awek. Mula2 perasan yg awek
>tu minat kat dia (padahal tak minat pun), end up
>awek tu minat betul2... ye le dah usaha sikit
>punya susah nak meng'ayat', awek tu pun accept
>le mat tu. Ada juga awek yg manja sikit bila nak
>minta tlg maka lelaki akan t'perasan yg awek tu
>minat kat dia maka akan try meng'ayat'. Maka
>dianjurkan pada kaum Hawa agar tidak menonjolkan
>sifat kemanjaan anda pada tempat yg tak kena.
>Pada kaum Adam pula, jgn la perasan cepat
>sangat....
>
>9) Ada kaitan dgn fakta ke 8.... perempuan cepat
>sangat kesian bila tengok lelaki b'susah-payah
>untuk dia. Tolong itu, tolong ini... Bila lelaki
>yg dok tolong tu 'ayat' sikit aje dgn mudah
>perempuan t'sebut termakan kata-kata manis
>lelaki tersebut...yg lelaki tu pula tolong tak
>ikhlas, tu yg jadi macam tu...
>
>10) Fakta yg kesepuluh ini cukup sensitif pasal
>mrk (lelaki) ber'awek' disebabkan niat mrk cukup
>ikhlas dan jujur. Tujuannya ialah utk untuk
>kenal antara satu sama lain dan memahami satu
>sama lain....ngam ke tak ngam sebelum b'janji
>untuk sehidup semati...
>
>Alhamdulillah niat bagus.... tapi niat tak boleh
>menghalalkan cara. Yg haram akan tetap haram,
>sbgmana hadith Rasullullah...
>
>Daripada Abu Abdullah Al-Nu'man bin Basyir(RA):
>Sabda Rasulullah(SAW) ;
>
>"Sesungguhya yang halal itu nyata dan yang haram
>itu pun nyata...dan di antara keduanya ada
>kesamaran yang tidak diketahui oleh kebanyakan
>manusia. Barangsiapa yang memelihara dirinya
>dari segala kesamaran, maka ia memuliakan agama
>dan kehormatan bagi dirnya. Dan barangsiapa yang
>jatuh ke dalam perkara kesamaran, maka jatuhlah
>ia seperti pengembala yang mengembala di sekitar
>kawasan larangan..." (Mutafaq 'alaih)
>
>

Sunday, December 28, 2003

Menurut Yahya bin Muaadz Ar-razi, ada empat perkara yang menghilangkan
tertawa seseorang Mukmin :-

(1) Kerana memikirkan akhirat

(2) Kesibukan mencari keperluan hidup

(3) Risau memikirkan dosa

(4) Apabila tibanya musibah dan bala.

Monday, December 22, 2003

...Tips kecantikan wanita muslimah...

1. Jadikanlah Ghaddhul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai ‘hiasan mata’ anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
2. Oleskan ‘lipstik kejujuran’ pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
3. Gunakanlah ‘pemerah pipi’ anda dengan kosmetik yang terbuat daripada rasa malu yang dibuat dari salon Iman
4. Pakailah ‘sabun istighfar’ yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
5. Rawatlah rambut anda dengan ‘Selendang Islami’ yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang membahayakan.
6. Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu’ dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.
7. Sebaik-baiknya kalung anda adalah ‘kalung kesucian’.
8. Bedakilah wajah anda dengan ‘air Wudhu’ nescaya akan bercahaya di akhirat.

Tuesday, December 16, 2003

Dalam kitab Imam Ghazali, Ihya Ulumiddin mengatakan terdapat 4 tingkatan warak nya seseorang.

Tingkatan warak:

1) Menjauhkan diri dari segala yg haram yg difatwakan oleh fuqaha. Makna jika yg tidak disebut, ia makan termasuk perkara syubhah.

2) Menghindari segala yg difatwakan termasuk menghindari yg syubhah kerana takut ada kemungkinan berasal dari yg haram

3) Perkara yg tiada kesamaran tentang halalnya..ternyata halal, tetapi ia khuatir perkara tersebut akan menarik kepada yg haram, seperti meninggalkan perkara harus contoh seperti bayi muslim menyusu dari perempuan non-muslim, kerana disebabkan makanan wanita itu akan beri kesan kepada bayi tersebut dan sebagainya.

4) Sesuatu perkara yg kalau dilakukan tiada dosa sama sekali, jelas halal, tetapi kalau ia lakukan ia takut bukan kerana Allah atau tidak atas dasar taqwa kepada Allah, contoh membeli makanan dari seorang wanita muslim yg tidak menutup aurat dengan sempurna, kerana dikhuatiri niat dia beli makanan itu kerana terpesona oleh wanita itu akan memberikan kesan kepada apa ia akan makan atau ia khuatir membeli makanan dari seseorang yg melanggar perintah Allah sebagai tanda ia setuju dengan perbuatan wanita itu membuka aurat.

Tingkatan ke 4 ini adalah tingkatan warak yg terbaik sekali tetapi ia tidak boleh menyuruh orang lain ikut jejaknya tetapi hanya untuk dirinya mempraktikkannya.

Thursday, December 11, 2003

.............Hikmah disebalik ujian yg dihadapi........

Ada masa dalam kehidupan dugaan datang melanda dan bertimpa-timpa sehinggakan kita rasa tak mampu nak menghadapinya...terasa hampir putus asa. Pada ketika tu..ingatlah selalu bahawa apabila kita diduga, ia juga bermaksud Allah sedang dan selalu memerhatikan kita. Dia ingin kita menjadi yang terbaik, Dia ingin kita memperbaiki diri kita dan Dia mahu kita kembali memohon dan berdoa pada Dia. Dia sedang memberi kita peluang untuk memperbaiki hubungan kita dengan Dia. Dugaan datang dengan sebab...bukan kebetulan. Tabahkan hati..kuatkan semangat..dan kukuhkan iman. Berdoa dan berharap agar Allah sentiasa membantu kita untuk kembali ke jalan yang benar...jalan yang diredhai dengan dia. Sesungguhnya setiap penyakit, bala dan dugaan merupakan kiffarat dosa kita yang lalu. Moga Allah sentiasa melindungi dan membimbing kita ke jalan-Nya
................Buat Renungan.............

>> >>>Siapakah orang yang sombong?

>> >Orang yang sombong adalah orang yang di beri
>> >penghidupan tapi tidak mahu
>> >sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah
>> >Rabbul Alaamin, Tuhan
>> >sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada
>> >di bumi dan langit pada
>> >TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

>> >Siapakah orang yang telah mati hatinya?
>> >
>> >Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi
>> >petunjuk melalui
>> >ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun
>> >merasa tidak ada apa2
>> >kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

>> >Siapakah orang dunggu kepala otaknya?
>> >
>> >Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang
>> >tidak mahu lakukan
>> >ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan
>> >menyiksanya dengan
>> >kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan
>> >kemaksiatannya.

>> >Siapakah orang yang kuat?
>> >
>> >Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan
>> >kemarahannya ketika ia di
>> >dalam kemarahan.

>> >Siapakah orang yang lemah?
>> >
>> >Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan
>> >kemaksiatan di depan
>> >matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam
>> >hatinya akan kemungkaran
>> >itu.

>> >Siapakah orang yang bakhil?
>> >
>> >Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat
>> >lidahnya untuk
>> >membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.
>> >Siapakah orang yang buta?
>> >
>> >Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca
>> >dan meneliti akan
>> >kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran
>> >daripadanya.

>> >Siapakah orang yang tuli?
>> >
>> >Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan
>> >pengajaran yang baik
>> >namun tidak diendahkannya.

>> >Siapakah orang yang sibuk?
>> >
>> >Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil
>> >berat akan waktu solatnya
>> >seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan
>> >Nabi Sulaiman a.s.
>> >
>> >Siapakah orang yang manis senyumanya?

>> >Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang
>> >yang di timpa musibah
>> >lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."
>> >Lalu sambil erkata,"Ya
>> >Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil
>> >mengukir senyuman.
>> >
>> >Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?

>> >Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang
>> >yang sedang
>> >bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan
>> >menyesal akan
>> >dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.
>> >
>> >Siapakah orang yang kaya?

>> >Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa
>> >yang ada dan tidak
>> >lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
>> >
>> >Siapakah orang yang miskin?

>> >Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan
>> >nikmat yang ada sentiasa
>> >menumpuk-numpukkan harta.
>> >
>> >Siapakah orang yang pandai?
>> >
>> >Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk
>> >hari kematiannya
>> >kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal
>> >abadi

>> >Siapakah orang yang bodoh?
>> >
>> >Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha
>> >sekuat tenaga untuk
>> >dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

>> >Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
>> >
>> >Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang
>> >senantiasa
>> >mempertingkat ilmu agamanya.

>> >Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
>> >
>> >Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang
>> >tidak memperdulikan akan
>> >halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

>> >Siapakah orang yang gila itu?
>> >
>> >Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang
>> >kerana hanya dua
>> >syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu
>> >meninggalkan sembahyang,
>> >pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak
>> >siuman akalnya.

>> >Siapakah orang yang rugi?
>> >
>> >Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia
>> >pertengahan namun masih
>> >berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

>> >Siapakah orang yang selalu ditipu?
>> >
>> >Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang
>> >menyangka bahawa kematian
>> >itu berlaku hanya pada orang tua.

>> >Siapakah orang yang paling cantik?
>> >
>> >Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai
>> >akhlak yang baik.

>> >Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
>> >
>> >Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah
>> >orang yang mati membawa
>> >amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan
>> >saujana mata
>> >memandang.

>> >Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi
>> >dihimpit?
>> >
>> >Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang
>> >yang mati tidak membawa
>> >amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
>> >
>> >Siapakah orang yang mempunyai akal?
>> >
>> >Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang
>> >menghuni syurga kelak
>> >kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk
>> >menghindari siksa
>> >neraka.
>> >
>> >Siapakah org yg bijak?
>> >
>> >Orang yg bijak ialah org yg tidak membiar atau
>> >membuang email ini begitu
>> >sahaja, malah dia akan menyampaikan pula pada org
>> >lain.

Tuesday, December 09, 2003

PESANAN LUQMAN HAKIM KEPADA ANAKNYA

01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 - orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat,maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian
dari ALLAH juga.

03 - Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dan beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada
ALLAH.

04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 - Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuktidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut (takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat
ALLAH.

07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal2 yg tidak benar.Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja
yang layak menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan
duniawi sahaja.

12 - janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu,kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau
mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 - selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu,dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yg akan mendatangkan cela pd dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi
orang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia
siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu.Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari
mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi
pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan
orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.


.........Mewujudkan suasana 'Rumahku Syurgaku'.........


Sumber keharmonian sebenar di dalam sebuah rumah adalah bilamana
semua penghuninya dirahmati dan diberkati Allah. Namun, rahmat Allah
tidak akan turun jika rumah dipenuhi suasana pergaulan dan aktiviti
yang Allah tidak redhai. Lebih-lebih lagi jika kehidupan penghuni-
penghuninya bergelumang dengan dosa dan tidak ada ketaatan kepada
Allah.

Mari kita renungi sabda Rasulullah s.a.w. ini: "Rumah yang di
dalamnya dihiasi alunan bacaan al-Quran akan memancarkan cahaya
hingga terlihat oleh para penghuni langit, sebagaimana bintang-
bintang memancarkan cahaya terlihat oleh para penghuni bumi."
(Riwayat Baihaqi)

Berdasarkan hadis ini, rumah yang sempit sekalipun akan terasa lapang
dan terang-benderang kerana adanya cahaya dari bacaan al-Quran.
Betapalah kalau sesebuah rumah itu sentiasa dihiasi dengan zikir,
puji-pujian kepada Allah, taubat, sedekah, menjalin silaturrahim
serta pelbagai amalan baik oleh para penghuninya. Diperindah pula
dengan sifat saling menyayangi, saling pemaaf, penyantun, penyabar,
pemurah, berlapang dada dan lain-lain sifat mulia.

Sunday, December 07, 2003

......Kaulah Kekasih Agungku....

Kaulah segalanya bagi hidupku,
Itulah ungkapan yg sering ku lafazkan,
TanpaMu Tuhan,
Apalah erti hidup di dunia ini....

Ya Allah,
Tiada siapa yg memahami perasaanku,
kecuali Engkau Ya Allah,
Aku selalu melanggar suruhanMu,
Tetapi segala yg Engkau tetapkan adalah yg terbaik buat diriku,

Mengapa Ya Allah,
Aku sering mencari cinta selainMu,
Sedangkan cintaMu itulah yg kekal selamanya,
Aku sedar,
Siapalah aku utk memiliki cintaMu,
CintaMu itu terlalu Agung Ya Allah,
Walau apa pun,
aku tetap igin menyintai Mu,
Krn aku yakin Ya Allah,
Cintaku pasti dibalas suatu hari nanti,
Krn Maha Suci Mu Tuhan,
Engkau tidak pernah mengecewakan perasaan hamba2Mu,




Saturday, December 06, 2003

Wanita Acuan Al-Quran Ialah Seorang wanita Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu

Wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita
Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung Yang Mempunyai
Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang

Wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita Yang Menghormati Ibubapanya Yang Sentiasa
Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Mendalami Agama Islam
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah
Sementara Menunggu Akhirat

Wanita Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya

Wanita Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa
Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan

Wanita Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga Meneruskan
Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian

Wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita
Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan Buaian
Dunia Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama lelaki Acuan Al-Quran.

Friday, December 05, 2003

........kata2 hikmah.....

1. Jika Allah mencintai seorang hamba,maka dia akan mengatur jiwanya,membuat hamba itu mencintaiNya
dan memurnikan ibadahnya sehingga dia menyibukkan diri bagi Allah,menyibukkan lidahnya dgn zikir
dan menyibukkan anggota badannya utk pengabdiannya.

2.Mrk yg rapat dgn alQuran bererti mrk rapat dgn Tuhan dan secara tidak langsung menyedar mrk senantiasa
dibawah pemehatian Allah dan org yg menjaga Alquran krn amanah maka ia akan dijaga oleh AlQuran kembali.

3. Rasulullah pernah bersabda:Jgnlah kamu memperbanyakkan berkata-kata selain dari mengingati Allah krn byk
berkata-kata itu mengkeraskan hati dan sejauh2 manusia dari Allah ialah org yg hatinya keras.

4.Khalid bin Madan pernah berkata,Allah pernah berfirman:Hambaku yg paling Aku sayang adalah mrk yg saling kasih
mengasihi dgn mencintaiKu,yg terikat hatinya dgn masjid dan beristirfar sblm fajar.

5. Kata Ibnu Rajab Alhanbali:barangsiapa dicintai Allah,maka Dia akan memberikan rezki kpdnya,berupa kecintaan dan ketaatannya serta kemuliaan disisiNya
5 wasiat sheikh Ibrahim kpd anak muridnya:

Jika kamu ingin melakukan kemaksiatan,ingat

1.Jgn makan rezki yg Allah kurniakan

2.Jgn duduk di bumi Allah

3.Carilah tempat dimana Allah tidak boleh melihat

4.Meminta agar ditangguhkan ajal maut

5.Meminta agar tidak diseksa di neraka

Jika kamu benar2 memegang wasiatku,insya Allah nescaya engkau menjadi hamba yg taat.
Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan



Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah:



1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.

2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).

3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.

4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.

5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s.a.w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.

6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap

orang seronok berinteraksi dengan kita.

7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain.

8) Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.

9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.

10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.

11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.

12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.

13) Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.

14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia.

15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.

16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.



Wednesday, December 03, 2003

pusaka para Nabi yang lalu iaitu :-

a. Pesanan Luqman kepada anaknya, "Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8
kalimah dari Apabila engkau sedang solat kepada Allah s.w.t. maka jagalah baik- baik
fikiran mu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagailah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah s.w.t.
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu.
h. Ingat kepada mati
Dari Ali bin Abi Talib r.a. : Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda,

" Tiga golongan dari umatku akan mengisi nereka jahanam selama 7 kali umur
dunia. Mereka itu adalah :-

a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil

* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya
tetapi kurang ibadat.

* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup
pakaiannya tetapi tidak taat agama.

* Orang yang alim tapi jahil ialah ulamak yang menghalalkan yang haram
kerana kepentingan peribadi.