Thursday, December 11, 2003

................Buat Renungan.............

>> >>>Siapakah orang yang sombong?

>> >Orang yang sombong adalah orang yang di beri
>> >penghidupan tapi tidak mahu
>> >sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah
>> >Rabbul Alaamin, Tuhan
>> >sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada
>> >di bumi dan langit pada
>> >TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

>> >Siapakah orang yang telah mati hatinya?
>> >
>> >Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi
>> >petunjuk melalui
>> >ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun
>> >merasa tidak ada apa2
>> >kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

>> >Siapakah orang dunggu kepala otaknya?
>> >
>> >Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang
>> >tidak mahu lakukan
>> >ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan
>> >menyiksanya dengan
>> >kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan
>> >kemaksiatannya.

>> >Siapakah orang yang kuat?
>> >
>> >Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan
>> >kemarahannya ketika ia di
>> >dalam kemarahan.

>> >Siapakah orang yang lemah?
>> >
>> >Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan
>> >kemaksiatan di depan
>> >matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam
>> >hatinya akan kemungkaran
>> >itu.

>> >Siapakah orang yang bakhil?
>> >
>> >Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat
>> >lidahnya untuk
>> >membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.
>> >Siapakah orang yang buta?
>> >
>> >Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca
>> >dan meneliti akan
>> >kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran
>> >daripadanya.

>> >Siapakah orang yang tuli?
>> >
>> >Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan
>> >pengajaran yang baik
>> >namun tidak diendahkannya.

>> >Siapakah orang yang sibuk?
>> >
>> >Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil
>> >berat akan waktu solatnya
>> >seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan
>> >Nabi Sulaiman a.s.
>> >
>> >Siapakah orang yang manis senyumanya?

>> >Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang
>> >yang di timpa musibah
>> >lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."
>> >Lalu sambil erkata,"Ya
>> >Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil
>> >mengukir senyuman.
>> >
>> >Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?

>> >Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang
>> >yang sedang
>> >bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan
>> >menyesal akan
>> >dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.
>> >
>> >Siapakah orang yang kaya?

>> >Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa
>> >yang ada dan tidak
>> >lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
>> >
>> >Siapakah orang yang miskin?

>> >Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan
>> >nikmat yang ada sentiasa
>> >menumpuk-numpukkan harta.
>> >
>> >Siapakah orang yang pandai?
>> >
>> >Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk
>> >hari kematiannya
>> >kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal
>> >abadi

>> >Siapakah orang yang bodoh?
>> >
>> >Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha
>> >sekuat tenaga untuk
>> >dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

>> >Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
>> >
>> >Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang
>> >senantiasa
>> >mempertingkat ilmu agamanya.

>> >Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
>> >
>> >Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang
>> >tidak memperdulikan akan
>> >halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

>> >Siapakah orang yang gila itu?
>> >
>> >Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang
>> >kerana hanya dua
>> >syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu
>> >meninggalkan sembahyang,
>> >pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak
>> >siuman akalnya.

>> >Siapakah orang yang rugi?
>> >
>> >Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia
>> >pertengahan namun masih
>> >berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

>> >Siapakah orang yang selalu ditipu?
>> >
>> >Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang
>> >menyangka bahawa kematian
>> >itu berlaku hanya pada orang tua.

>> >Siapakah orang yang paling cantik?
>> >
>> >Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai
>> >akhlak yang baik.

>> >Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
>> >
>> >Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah
>> >orang yang mati membawa
>> >amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan
>> >saujana mata
>> >memandang.

>> >Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi
>> >dihimpit?
>> >
>> >Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang
>> >yang mati tidak membawa
>> >amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
>> >
>> >Siapakah orang yang mempunyai akal?
>> >
>> >Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang
>> >menghuni syurga kelak
>> >kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk
>> >menghindari siksa
>> >neraka.
>> >
>> >Siapakah org yg bijak?
>> >
>> >Orang yg bijak ialah org yg tidak membiar atau
>> >membuang email ini begitu
>> >sahaja, malah dia akan menyampaikan pula pada org
>> >lain.

No comments: