Thursday, December 11, 2003

.............Hikmah disebalik ujian yg dihadapi........

Ada masa dalam kehidupan dugaan datang melanda dan bertimpa-timpa sehinggakan kita rasa tak mampu nak menghadapinya...terasa hampir putus asa. Pada ketika tu..ingatlah selalu bahawa apabila kita diduga, ia juga bermaksud Allah sedang dan selalu memerhatikan kita. Dia ingin kita menjadi yang terbaik, Dia ingin kita memperbaiki diri kita dan Dia mahu kita kembali memohon dan berdoa pada Dia. Dia sedang memberi kita peluang untuk memperbaiki hubungan kita dengan Dia. Dugaan datang dengan sebab...bukan kebetulan. Tabahkan hati..kuatkan semangat..dan kukuhkan iman. Berdoa dan berharap agar Allah sentiasa membantu kita untuk kembali ke jalan yang benar...jalan yang diredhai dengan dia. Sesungguhnya setiap penyakit, bala dan dugaan merupakan kiffarat dosa kita yang lalu. Moga Allah sentiasa melindungi dan membimbing kita ke jalan-Nya

No comments: