Tuesday, December 16, 2003

Dalam kitab Imam Ghazali, Ihya Ulumiddin mengatakan terdapat 4 tingkatan warak nya seseorang.

Tingkatan warak:

1) Menjauhkan diri dari segala yg haram yg difatwakan oleh fuqaha. Makna jika yg tidak disebut, ia makan termasuk perkara syubhah.

2) Menghindari segala yg difatwakan termasuk menghindari yg syubhah kerana takut ada kemungkinan berasal dari yg haram

3) Perkara yg tiada kesamaran tentang halalnya..ternyata halal, tetapi ia khuatir perkara tersebut akan menarik kepada yg haram, seperti meninggalkan perkara harus contoh seperti bayi muslim menyusu dari perempuan non-muslim, kerana disebabkan makanan wanita itu akan beri kesan kepada bayi tersebut dan sebagainya.

4) Sesuatu perkara yg kalau dilakukan tiada dosa sama sekali, jelas halal, tetapi kalau ia lakukan ia takut bukan kerana Allah atau tidak atas dasar taqwa kepada Allah, contoh membeli makanan dari seorang wanita muslim yg tidak menutup aurat dengan sempurna, kerana dikhuatiri niat dia beli makanan itu kerana terpesona oleh wanita itu akan memberikan kesan kepada apa ia akan makan atau ia khuatir membeli makanan dari seseorang yg melanggar perintah Allah sebagai tanda ia setuju dengan perbuatan wanita itu membuka aurat.

Tingkatan ke 4 ini adalah tingkatan warak yg terbaik sekali tetapi ia tidak boleh menyuruh orang lain ikut jejaknya tetapi hanya untuk dirinya mempraktikkannya.

No comments: