Tuesday, December 09, 2003

.........Mewujudkan suasana 'Rumahku Syurgaku'.........


Sumber keharmonian sebenar di dalam sebuah rumah adalah bilamana
semua penghuninya dirahmati dan diberkati Allah. Namun, rahmat Allah
tidak akan turun jika rumah dipenuhi suasana pergaulan dan aktiviti
yang Allah tidak redhai. Lebih-lebih lagi jika kehidupan penghuni-
penghuninya bergelumang dengan dosa dan tidak ada ketaatan kepada
Allah.

Mari kita renungi sabda Rasulullah s.a.w. ini: "Rumah yang di
dalamnya dihiasi alunan bacaan al-Quran akan memancarkan cahaya
hingga terlihat oleh para penghuni langit, sebagaimana bintang-
bintang memancarkan cahaya terlihat oleh para penghuni bumi."
(Riwayat Baihaqi)

Berdasarkan hadis ini, rumah yang sempit sekalipun akan terasa lapang
dan terang-benderang kerana adanya cahaya dari bacaan al-Quran.
Betapalah kalau sesebuah rumah itu sentiasa dihiasi dengan zikir,
puji-pujian kepada Allah, taubat, sedekah, menjalin silaturrahim
serta pelbagai amalan baik oleh para penghuninya. Diperindah pula
dengan sifat saling menyayangi, saling pemaaf, penyantun, penyabar,
pemurah, berlapang dada dan lain-lain sifat mulia.

No comments: