Thursday, July 29, 2010

Tali Agama


Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.
Allahumma Solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi.


Allah ta'ala berfirman:

كُونُواْ رَبَّـٰنِيِّينَ بِمَا كُنتُمْ تُعَلِّمُونَ ٱلْكِتَٰبَ وَبِمَا كُنْتُمْ تَدْرُسُونَ

Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala dengan ilmu dan amal yang sempurna),kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu dan kerana kamu selalu mempelajarinya.

~Al-Imran:79
.


Kata Sheikh Usamah @ Muhadarah berkenaan dengan Manhaj Al-Azhar As-Syarif dalam ayat ini,ia menunjukkan isyarat2 tertentu:

كُونُواْ رَبَّـٰنِيِّين

Ia menunjukkan bahawa pengambilan berat akan Maqasid Syar'iyah (Tujuan asal disyariatkan).


بِمَا كُنتُمْ تُعَلِّمُونَ ٱلْكِتَٰبَ

Pengambilan berat dalam memperolehi ilmu bersanad iaitu bersambung dari sudut riwayat dan kefahaman.


وَبِمَا كُنْتُمْ تَدْرُسُونَ

Pengambilan berat dalam mempelajari ilmu2 alat seperti usul feqh,Mustalah hadis,Nahu,Balaghah etc.

ِApa maksud dari isyarat2 tersebut????

Dari ayat
بِمَا كُنتُمْ تُعَلِّمُونَ ٱلْكِتَٰبَ
Mengajarkan isi Kitab Allah.

Ia menunjukkan bahawa ilmu itu diperolehi dari ahlinya.Maksud dari Mengajar disini sudah jelas menunjukkan perlunya berguru dalam mempelajari AlQuran secara bertalaqi iaitu tidak boleh seseorang itu mempelajari AlQuran dengan menggunakan kaset,TV,Internet,membaca tanpa guru,kerana tiada yang akan memperbetulkan kesalahannya dalam membaca...simple kata belajar shiok sendiri.

Begitu juga ilmu.Apabila ia tidak diambil dari ahlinya iaitu para ulama yang mempunyai sanad secara riwayat dan kefahaman yang bersambung hingga kepada Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam,maka seseorang itu akan faham mengikut hawa nafsunya(keinginan hatinya)tanpa ada batasan2 tertentu.


Dari Ayat
وَبِمَا كُنْتُمْ تَدْرُسُونَ
Dan kerana kamu selalu mempelajarinya.

Apabila seseorang itu mempelajari AlQuran dan mendalaminya,ia perlukan ilmu yang pelbagai,tidak cukup hanya dengan mempelajari cara pembacaan yang betul dan tepat, contoh ilmu yang diperlukan ;ilmu nahu,saraf,mustalah hadis,usul feqh dan sebagainya.Setiap ilmu2 alat ini membantu dalam memahami nas2 Syar'iah iaitu AlQuran dan As-Sunnah.

Semakin luas ilmunya (iaitu semakin banyak ilmu alat yang dipelajari),semakin luas pemandangannya,skopnya,berjaya melihat dan menilai sesuatu itu dari pelbagai aspek.

Natijahnya....

كُونُواْ رَبَّـٰنِيِّينَ
kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin

Siapa itu Rabbani???

Mereka2 yang berakhlak dengan Akhlak Tuhan yang mengikut kesesuaian darjat sebagai seorang hamba seperti penyabar,pemaaf,pengasih,penyayang dan sebagainya.

Kerana apabila seseorang mengambil berat akan Maqasid Syar'iah,maka ia menjadikan seseorang itu semakin berlapang dada dalam bertindak dan menghukum,semakin mempunyai sifat rahmah,dan itulah tujuan Rasulullah dan agama ini dibangkitkan.

Berbanding dengan mereka yang sebaliknya,ia akan menghukum mengikut 1 sudut ilmunya dan tindakannya itu akan menyempitkan pihak2 tertentu dan ini membuatkan orang semakin lari untuk beramal dengan agama.

Ingat!

Semakin tinggi belajar sepatutnya semakin bersikap rahmah dan berlapang dada dalam perkara2 Khilaf.

Kesimpulan...

8 Keistimewaan Manhaj Al-Azhar As-Syarif yang dinyatakan oleh Sheikh Usamah Sayyid Al-Azhari:


1)Sanad yang bersambung secara riwayat,kefahaman dan tazkiyah.
2)Mengambil berat akan ilmu2 alat yang membantu dalam memahami nas2.
3)Mengetahui maqasid syariah.
4)Meletakkan maksud ayat AlQuran di tempat yang tepat dan bersesuaian.

5)Mengagungkan umat Rasulullah.

6)Membawa misi hidayah buat orang lain.

7)Mengenal dalil2 rujukan dan cara memahami dalil.
8)Mendapat faedah dan kemanfaatan dari ilmu2 terdahahulu (turath).


P/s:Untuk mendengar ceramah Sheikh,Boleh ikuti melalui twitter alfaqir.Insya Allah akan diupdate disana.Bagi sesiapa yang berada di Cairo,tidak terlambat lagi untuk mengikutinya @ Jami'(Masjid besar) Al-Azhar As-Syarif,setiap selasa selepas asar @ Ruwaq Al-Atrak.

Ya Allah,Kurniakan kami keberkatan tempat ini dimana lahirnya bintang2 Agama yang menerangi alam semesta...

Tuesday, July 20, 2010

Mereka Undangan Allah

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.
Allahumma Solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi.


Firman Allah Ta'ala:

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

~Surah Al-Taubah:71

Sabda Rasulullah Sollahu 'alaihi wasallam:


فوالله لأن يهدي بك رجلاً واحداً خير لك من حُمر النَّعم
Demi Allah,dengan seseorang mendapat hidayah keranamu lebih baik dari seekor unta merah (puncak kekayaan orang arab).

~Riwayat Imam Bukhari.


Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam:

من دعا إلى هدى كان له من الأجر مثل أجور من اتبعه لا ينقص ذلك من أجورهم شيئاً

Siapa yang mengajak kepada petunjuk,baginya ganjaran sama seperti yang mengikutnya,tidak dikurangkan dari ganjaran mereka sedikit pun.

~Riwayat Imam Muslim.


Lagi seminggu adik2 tahun 1 bakal tiba di Mesir.Batch kali ini adalah batch yang terbanyak iaitu dalam 50 orang.

Datang ke Mesir pertama kali adalah bagaikan bayi yang baru lahir dalam keadaan fitrah.Mereka tidak tahu apa-apa,blur,confuse, ikut-ikut dan sebagainya.Seniors yang bersama mereka yang akan membentuk dan mencorak mereka.

Setelah meningkat tahun demi tahun,memerhati keadaan sekeliling,betapa pentingnya tunjuk ajar itu sebelum ke Mesir kerana itu mencorak kita apabila disini.Terima kasih buat guru yang membimbing dan menunjukkan jalan ITU ; jalan ulama dan ilmu dan saya tidak pernah kesali memilih jalan itu.Alhamdulillah.Saya tidak akan kecapi kenikmatan yang sebagaimana saya perolehi sekarang ini kalau tidak kerana bimbingannya sebelum ke Mesir lagi.Jazallahu 'anhu khairal jazak!

Orang yang pertama yang membimbing kita disini adalah orang yang akan kita ikuti jejak langkah mereka.Jadi,hati-hati kepada senior-senior yang akan memimpin adik2 kita yang bakal datang nanti.Jangan kita menjadi sebab yang tidak baik kepada generasi akan datang,mewariskan cara kehidupan yang kurang sesuai sebagai penuntut ilmu As-Syarif.

Jadikan 1 misi utama dalam diri kita untuk menjadi SEBAB hidayah dan kebaikan buat orang lain!Ambil kesempatan ini untuk mendapat keuntungan saham akhirat yang berterusan.Adik2 yang bakal datang nanti adalah mereka yang Allah hantarkan kepada kita sebagai jalan mendekatkan diri kepadaNYA iaitu Dakwah!

Ya Allah,Jadikan kami pembuka kepada kebaikan dan penutup dari segala kejahatan...

Wednesday, July 14, 2010

Dermawisata Umat Rasulullah

Kota Tarim @ Hadramaut,Yaman.

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala alihi


Firman Allah ta'ala:

ٱلتَّائِبُونَ ٱلْعَابِدُونَ ٱلْحَامِدُونَ ٱلسَّائِحُونَ ٱلرَّاكِعُونَ ٱلسَّاجِدونَ ٱلآمِرُونَ بِٱلْمَعْرُوفِ وَٱلنَّاهُونَ عَنِ ٱلْمُنكَرِ وَٱلْحَافِظُونَ لِحُدُودِ ٱللَّهِ وَبَشِّرِ ٱلْمُؤْمِنِينَ

(Mereka itu ialah): Orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah da gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).

~Surah Al-Taubah:112.

Dari Imam Ikrimah bahawa dia berkata: Mereka (ٱلسَّائِحُونَ) adalah para penuntut ilmu.

Hadis dari Abi Umamah bahawa ada seorang lelaki berkata:"Wahai Rasulullah,izinkan aku berdermawisata".Maka Rasulullah Sollahu 'alaihi wasallam bersabda:

سياحة أمتي الجهاد في سبيل الله
Dermawisata Umatku adalah Jihad di jalan Allah.

~Riwayat oleh Imam Abu Daud.

Saya sangat suka hadis diatas ini sejak pertama kali saya mendengar dari mulut Sayyidi Al-Habib Umar ibn Hafidz pada pengajian rohah asar 1 Ramadhan 2009 yang lalu.

Dan Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam:

مَنْ خَرَجَ فِي طَلَبِ الْعِلْمِ فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ حَتَّى يَرْجِعَ
Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu,maka dia berada di jalan Allah sehingga dia pulang.
~Riwayat Imam At-Tirmizi.



Alhamdulillah...semalam menghantar beberapa adik2 junior dari rumah.Menghantar mereka bukan untuk kepulangan mereka ke tanah air tapi perjuangan menuntut ilmu ke Tarim,Hadramaut Yaman untuk ikuti Dowrah Soifiyah Sayyidi Al-Habib Umar Ibn Hafidz.

Allah...sungguh nikmat berpindah dari 1 tempat ke tempat lain demi kerana Ilmu.Apatah lagi untuk mendapatkan ilmu 'HATI' yang merupakan semulia-mulia ilmu.Ilmu yang mengajarkan engkau untuk menjadi sebenar-benar hamba ALLAH.Dan itulah tujuan sebenar engkau diciptakan.

Disaat merindukan orang2 yang dicintai di tanah air,sanggup mereka tinggalkan itu semua demi tujuan ITU.Pengorbanan perasaan itulah yang begitu istimewa disisi Allah dan Rasulullah.


"Pergilah melancong...ponteng sekejap kelas tu..rehat!"

Semoga Allah memberi kita perasaan yang menepati dengan citarasa Rasulullah sollahu 'alaihi wa sallam sehinggalah kita dapat merasakan bahawa Jihad itu;antaranya pergi keluar menuntut ilmu,duduk dengan para ahlillah, adalah wisata sebenar buat orang mukmin.


Firman Allah ta'ala:

قُلْ إِن كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ ٱقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَآ أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّىٰ يَأْتِيَ ٱللَّهُ بِأَمْرِهِ وَٱللَّهُ لاَ يَهْدِي ٱلْقَوْمَ ٱلْفَاسِقِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

Surah Al-Taubah:24.


Ya Allah,
Jangan Engkau haramkan kami dari kebaikanMu kerana kejahatan yang ada dalam diri kami....

Sunday, July 11, 2010

Masih Tidak Mahu Berfikir?!

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.
Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammada wa 'ala alihi.


Laut 7 warna @ Matruh
Firman Allah ta'ala:

إِنَّ فِي خَلْقِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلأَرْضِ وَٱخْتِلاَفِ ٱلَّيلِ وَٱلنَّهَارِ لآيَاتٍ لأُوْلِي ٱلأَلْبَابِ ٱلَّذِينَ يَذْكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَاماً وَقُعُوداً وَعَلَىٰ

جُنُوبِهِمْ
وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلأَرْضِ رَبَّنَآ مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal ;(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.

~Surah Al-Imran:190-191

Dalam ayat tersebut,Allah sebutkan zikir sebelum tafakkur.Untuk mendapatkan kemampuan bertafakkur dan bertadabbur adalah dengan banyak berzikir Kerana tidak mungkin orang yang lalai dan jauh kehidupannya dari mengingati Allah mampu bertafakkur.

Petikan dari Pengajian Rowhah Sayyidi Al-Habib Umar Ibn Hafidz pada Dowrah tahun lalu...


Maka,Hendaklah kamu kuat (banyak) dalam berzikir untuk menguatkan kamu dalam bertafakkur..Zikir dahulu kemudian Tafakkur (kemudian Habib baca ayat diatas).Dan selepas kuatnya zikir dan tafakkur,kamu memperolehi 'syuhud' iaitu merasakan kehadiran Allah bersamamu kerana Allah sebut selepas ayat itu...

رَّبَّنَآ إِنَّنَآ سَمِعْنَا مُنَادِياً يُنَادِي لِلإِيمَانِ أَنْ آمِنُواْ بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَٱغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ ٱلأَبْرَارِ

Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti (yang banyak berbuat kebajikan). ~Surah Al-Imran:193

Oleh itu.....

Zikir + Tafakkur =Syuhud

Orang Mukmin mesti bermatlamat dan mempunyai cita2 yang tinggi!!!


Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasalam:

عجبا لأمر المؤمن إن أمره كله خير ، وليس ذاك لأحد إلا للمؤمن ؛ إن أصابته سرّاء شكر ؛ فكان خيراً له ، وإن أصابته ضرّاء صبر ؛ فكان خيراً له .

Pelik dengan keadaan orang mukmin.Sesungguhnya keadaannya segalanya baik.Dan itu tidak diperolehi kecuali buat orang mukmin.Jika ditimpa kepadanya kesenangan,dia bersyukur,maka itu adalah baik buatnya dan jika ditimpa kesusahan,dia bersabar,maka itu adalah baik buatnya.

~Riwayat Imam Muslim

Kenapa keadaan Orang mukmin itu segalanya baik?

Susah dan senang baginya semua itu adalah sama kerana dia senantiasa bersama Allah dalam setiap keadaannya.Dalam keadaan dia sedang berseronok pun,dia tidak terlepas dari mengingatiNya.

Bezanya orang Mukmin dan selain Mereka....

Orang mukmin dalam ia berseronok dan bercuti ,ia mempunyai tujuan yang jelas.Kalau kita belajar untuk menjadi ulama,bukan ulama disini adalah mereka yang memegang jawatan tinggi tertentu di masyarakat tapi kita mahu jadi ulama yang Dia maksudkan sepertimana firman Allah ta'ala:

إنما يخشى الله من عباده العلماء
Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu.

~Surah Al-Fathir:28

Jadi....Apa sepatutnya tujuan kita pergi bercuti???

Tujuan KITA adalah untuk menjadi أُوْلِي ٱلأَلْبَابِ iaitu orang-orang berakal sepertimana yang Allah telah nyatakan sifat2 mereka dalam surah Al-Imran:190 diatas.

Natijah dari Wisata Kita itu?

رَبَّنَآ مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّار
Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.

Natijahnya...

Merasakan kebesaran Allah dan menimbulkan rasa Khosyah (takut) kepadaNya.Natijah ini adalah diantara element2 penting untuk menjadikan kita sebenar-benar hambaNya.Dan itulah tujuan kita diciptakan!!!Hanya untuk mengabdikan diri kepadaNya....

So...After balik dari percutian,Cuba kita muhasabah....

Adakah aku telah perolehi sepertimana yang Dia kehendaki??????

Maka, beruntunglah bagi mereka yang mengikut kehendakNya!

Ya Allah,Jadikan setiap langkah kami mengikut apa yang Engkau mahu bukan apa yang kami mahu....

Tuesday, July 06, 2010

KeKaYaAn DiSiSi RaSuLuLlAh


Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.
Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala alihi
.

Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam:

لغدوة أو روحة في سبيل الله خير من الدنيا وما فيها

'Keluar di waktu pagi (selepas subuh hingga terbit matahari) atau keluar di waktu petang (selepas asar hingga Marghrib) di jalan Allah lebih baik dari dunia dan seisinya'.

~Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim.


Maka,hendaklah penuntut ilmu Allah khasnya menjaga 2 waktu ini iaitu selepas subuh dan asar agar kita perolehi kekayaan yang Rasulullah maksudkan itu.Jangan kita biarkan 2 waktu ini kecuali kita sedang berada di dalam majlis ilmu.

Allah...bila baca hadis ini,pertama yang di fikiran adalah orang yang mempraktikkan hadis ini iaitu Sayyidi Al-Habib Umar Ibn Hafiz.Beliau tidak atur aktiviti waktu kami di Dar Al-Zahra' /Dar Al-Mustafa kecuali mengikut panduan Al-Quran dan Al-Sunnah.Majlis ilmunya diadakan khas selepas solat subuh hinggalah terbit matahari (syuruq) dan selepas solat asar.

Nukilan dari pengajian Rowhah Habib Umar Ibn Hafidz pada Dowrah tahun lalu...


"Selepas asar adalah waktu dimana turunnya curahan rahmat yang banyak,menerangi hati dan turunnya rezki (ma'nawi).Inilah diantara hikmah kenapa kita diharamkan solat (sunnat mutlak selepas melakukan solat fardhu) pada waktu itu."


Cuba kita muhasabah....

Selepas solat subuh apa aktiviti seharian kita???Kita akan dapati bukan alunan zikir yang kedengaran tapi alunan dengkuran (tidur).Maka,hanya mereka yang memahami dan menyakini maksud dari kalam Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam 'lebih baik dari dunia dan seisinya' akan tahu apa yang sepatutnya dilakukan pada ketika itu.

Mujahadahkan diri untuk keluar ke majlis ilmu selepas subuh supaya kita tidak tidur pada waktu yang penuh berkah itu.

Janganlah kita mudah lemah semangat dengan 1 hadis yg kita dengar dari mulut masyayikh kita atau mendapat hanya 1 patah perkataan dari Mereka atau jika guru kita itu tidak hadir kerana
Allah tidak menilai apa yang kita perolehi tapi Dia pandang usaha dan mujahadah kita itu ; iaitu usaha kita untuk mempelajari kebaikan.

Firman Allah ta'ala:

وَٱلَّذِينَ جَاهَدُواْ فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلْمُحْسِنِينَ

"Dan orang2 yang bermujahadah di jalam Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya."

~Al-Ankabut:69.

Kalau kita mengharapkan kebaikan dari manusia,Kita akan senantiasa kecewa tapi tidak apabila kita mengharapkan kebaikan itu dariNYA.Sesungguhnya,Dia Maha Kaya.Apabila Dia mahu berikan,maka Dia tidak peduli siapa kita. Ya kheir Robb....

Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam:

من دخل مسجدنا هذا ليتعلم خيرا أو ليعلّمه فهو كالمجاهد في سبيل الله

'Siapa yang masuk ke masjid kami ini untuk mempelajari kebaikan atau mengajarkannya,maka dia seperti orang yang berjuang ke jalan Allah.'

~Riwayat Imam Ahmad dan Imam Abu Daud.


Dalam hadis tersebut menunjukkan betapa rahmahnya Rasulullah terhadap ummahnya sehingga beliau sebutkan 'kebaikan' itu secara am.Jadi,tidak semestinya kehadiran kita ke masjid atau majlis ilmu itu semata-mata untuk mempelajari ilmu ,akan tetapi apa2 yang berbentuk kebaikan yang kita perolehi sebagai contoh datang ke 1 majlis untuk melihat wajah2 kekasihNya atau untuk rehat dari kesibukan dunia...Maka kita sudah termasuk dalam golongan orang yang berjuang di jalan Allah.

Allah...Cukuplah kalam Rasulullah itu sebagai sumber inspirasi kami.

Ya Allah,
Pimpin kami untuk menjalani kehidupan seorang hamba Rabbani Muhammadiy....