Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.
Allahumma Solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi.
Allah ta'ala berfirman:
كُونُواْ رَبَّـٰنِيِّينَ بِمَا كُنتُمْ تُعَلِّمُونَ ٱلْكِتَٰبَ وَبِمَا كُنْتُمْ تَدْرُسُونَ
Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala dengan ilmu dan amal yang sempurna),kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu dan kerana kamu selalu mempelajarinya.
~Al-Imran:79.
~Al-Imran:79.
Kata Sheikh Usamah @ Muhadarah berkenaan dengan Manhaj Al-Azhar As-Syarif dalam ayat ini,ia menunjukkan isyarat2 tertentu:
كُونُواْ رَبَّـٰنِيِّين
Ia menunjukkan bahawa pengambilan berat akan Maqasid Syar'iyah (Tujuan asal disyariatkan).
بِمَا كُنتُمْ تُعَلِّمُونَ ٱلْكِتَٰبَ
Pengambilan berat dalam memperolehi ilmu bersanad iaitu bersambung dari sudut riwayat dan kefahaman.
وَبِمَا كُنْتُمْ تَدْرُسُونَ
Pengambilan berat dalam mempelajari ilmu2 alat seperti usul feqh,Mustalah hadis,Nahu,Balaghah etc.
ِApa maksud dari isyarat2 tersebut????
Dari ayat
بِمَا كُنتُمْ تُعَلِّمُونَ ٱلْكِتَٰبَ
Mengajarkan isi Kitab Allah.
Ia menunjukkan bahawa ilmu itu diperolehi dari ahlinya.Maksud dari Mengajar disini sudah jelas menunjukkan perlunya berguru dalam mempelajari AlQuran secara bertalaqi iaitu tidak boleh seseorang itu mempelajari AlQuran dengan menggunakan kaset,TV,Internet,membaca tanpa guru,kerana tiada yang akan memperbetulkan kesalahannya dalam membaca...simple kata belajar shiok sendiri.
Begitu juga ilmu.Apabila ia tidak diambil dari ahlinya iaitu para ulama yang mempunyai sanad secara riwayat dan kefahaman yang bersambung hingga kepada Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam,maka seseorang itu akan faham mengikut hawa nafsunya(keinginan hatinya)tanpa ada batasan2 tertentu.
Dari Ayat
وَبِمَا كُنْتُمْ تَدْرُسُونَ
Dan kerana kamu selalu mempelajarinya.
Apabila seseorang itu mempelajari AlQuran dan mendalaminya,ia perlukan ilmu yang pelbagai,tidak cukup hanya dengan mempelajari cara pembacaan yang betul dan tepat, contoh ilmu yang diperlukan ;ilmu nahu,saraf,mustalah hadis,usul feqh dan sebagainya.Setiap ilmu2 alat ini membantu dalam memahami nas2 Syar'iah iaitu AlQuran dan As-Sunnah.
Semakin luas ilmunya (iaitu semakin banyak ilmu alat yang dipelajari),semakin luas pemandangannya,skopnya,berjaya melihat dan menilai sesuatu itu dari pelbagai aspek.
Natijahnya....
كُونُواْ رَبَّـٰنِيِّينَ
kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin
kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin
Siapa itu Rabbani???
Mereka2 yang berakhlak dengan Akhlak Tuhan yang mengikut kesesuaian darjat sebagai seorang hamba seperti penyabar,pemaaf,pengasih,penyayang dan sebagainya.
Kerana apabila seseorang mengambil berat akan Maqasid Syar'iah,maka ia menjadikan seseorang itu semakin berlapang dada dalam bertindak dan menghukum,semakin mempunyai sifat rahmah,dan itulah tujuan Rasulullah dan agama ini dibangkitkan.
Berbanding dengan mereka yang sebaliknya,ia akan menghukum mengikut 1 sudut ilmunya dan tindakannya itu akan menyempitkan pihak2 tertentu dan ini membuatkan orang semakin lari untuk beramal dengan agama.
Ingat!
Semakin tinggi belajar sepatutnya semakin bersikap rahmah dan berlapang dada dalam perkara2 Khilaf.
Kesimpulan...
8 Keistimewaan Manhaj Al-Azhar As-Syarif yang dinyatakan oleh Sheikh Usamah Sayyid Al-Azhari:
1)Sanad yang bersambung secara riwayat,kefahaman dan tazkiyah.
2)Mengambil berat akan ilmu2 alat yang membantu dalam memahami nas2.
3)Mengetahui maqasid syariah.
4)Meletakkan maksud ayat AlQuran di tempat yang tepat dan bersesuaian.
5)Mengagungkan umat Rasulullah.
6)Membawa misi hidayah buat orang lain.
7)Mengenal dalil2 rujukan dan cara memahami dalil.
8)Mendapat faedah dan kemanfaatan dari ilmu2 terdahahulu (turath).
P/s:Untuk mendengar ceramah Sheikh,Boleh ikuti melalui twitter alfaqir.Insya Allah akan diupdate disana.Bagi sesiapa yang berada di Cairo,tidak terlambat lagi untuk mengikutinya @ Jami'(Masjid besar) Al-Azhar As-Syarif,setiap selasa selepas asar @ Ruwaq Al-Atrak.
Ya Allah,Kurniakan kami keberkatan tempat ini dimana lahirnya bintang2 Agama yang menerangi alam semesta...