Wednesday, June 09, 2010

Dari Mata Jatuh Ke Hati

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.
Allahumma Solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi.


Firman Allah ta'ala:

ولا تمدن عينيك إلى ما متعنا به أزواجا منهم زهرة الحياة الدنيا لنفتنهم فيه
"Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya..."

~Surah Toha:131



'Pencipta Facebook ini sengaja bermaksud utk menarik perhatian umat Islam (khususnya) agar membuang2 waktu sehingga mrk meninggalkan hal yg paling penting dari kehidupan agamanya, yaitu saling mengingatkan kesabaran dan kebenaran (dakwah), maka jadikan FB ini sarana tepat untuk melakukan kewajiban ini, jgn justru digunakan untuk meluahkan kelemahan individu dan sosial umat Islam.'

~Ust Rohimuddin Al-Bantani.

Tanpa sedari....

Betapa banyaknya mata kita ini melihat kemungkaran,umpatan,kutukan sesama saudara Islam sendiri di Facebook(FB).Kita (dituju untuk diri sendiri),sebagai yang melihat, seolah-olah bagaikan 'Syaitan yang bisu' tanpa berbuat apa2 tindakan atas kemungkaran tersebut.Tidak menegur secara hikmah dan tidak pula mendoakan kebaikan untuk mereka secara khusus.

Akhirnya,kemaksiatan dan kelalaian itu mewarisi kegelapan didalam hati sehingga membuatkan hati kita tiada lagi perasaan sensitif akan kemaksiatan tersebut kerana sudah lali melihatnya.Hasil dari pandangan itu!


Pernah sekali itu Habib Umar tegur .....

"Kebanyakkan hati disibukkan,hati diambil oleh berita2 yang berada di suratkhabar,internet,dan di channel2 TV.Dan apabila engkau kira nisbah keperihatinan hatinya akan khabar dari Allah dan Rasulullah seolah-olah tidak peduli dengannya.Itu bukan caranya bermuamalah dengan Tuhan,itu bukan caranya bermuamalah dengan Rasulullah.Dimana kedudukan khabar Allah dan Rasulullah di hatimu????".
(Click untuk mendengar!)

Kita lebih 'attract' untuk baca news feed yang ada di FB dari baca Al-Quran sendiri.Allah...

Ya Allah,Ampunkan dosa-dosa kami.Sesungguhnya itu bukan cara muamalah seorang Hamba dengan Tuhannya.

Dan tanpa disedari juga...Ia men'didik' kita untuk sibuk dengan urusan orang lain (kepo).Dan ini jauh dari petunjuk Rasulullah.

Sabda Rasulullah (Sollahu 'alaihi wasallam) :

من حسن إسلام المرء تركه ما لا يعنيه
Dan dari kebaikan agama seseorang itu adalah dia meninggalkan apa yang tiada kaitan dengan dirinya.

Hakikatnya,nafsu ini belum benar2 tunduk pada apa yang engkau bawa wahai Rasulullah.
Sabda Rasulullah (Sollahu 'alaihi wasallam):

لايؤمن أحدكم حتى يكون هواه تبعا لما جئت به
Tidak sempurna iman seseorang sehingga nafsunya mengikut apa yang aku bawa.

Pada majlis malam Jumaat @ Darul Mustafa 20/5/2010...


Habib Umar Ibn Hafidz berkata:

"
Wajah Rasulullah terlalu mahal..tidak layak buat mata2 yang memandang orang dengan pandangan yang rendah,melihat aib2 orang lain dan melihat yang haram...."

(Click untuk melihat Video tersebut!)

Allah....bagaimanalah mata ini tidak dihijab.Untuk menghadirkan seolah-olah Rasulullah itu didepan kita pun susah,bagaimana lagi untuk melihatnya?!

Ubat bagi penyakit MATA ini:

(Soalan yang diajukan kepada Al-Habib Umar dalam Pengajian mingguan 'Al-Kibrit Al-Ahmar')

" Zikir apa yang membantu untuk menundukkan pandangan?"

Jawapan beliau:

"Apa2 zikir yang membantu rasa 'hudur' (kebersamaan bersama ALLAH).Antaranya...."

1- Doa :

الله حاضري
Allahu Hadiri (Allah hadir bersamaku)

الله شاهدي

Allah Syahidi (Allah menyaksikanku)

الله معي
Allah Ma'i (Allah bersamaku)

الله ناظرإلي
Allah Nadhirun Ilayya (Allah melihatku)

الله قريب مني
Allah Qaribun minni (Allah dekat denganku)

P/s:Habib Umar pernah sebutkan dalam pengajian subuhnya (kitab Tarbiyah Al-Awlad) bahawa zikir ini baca sebelum tidur sebanyak 11 kali untuk merasakan muraqabatullah (rase diperhatikan Allah).Ada kisah disebalik zikir ini.

2)Doa wirid dari Rasulullah (sollahu 'alaihi wa sallam) :

اللهم يا حي يا قيوم برحمتك أستغيث و من عذابك أستجير اصلح لي شأني كله ولا كلني إلى نفسي ولا لأحد من خلقك طرفة عين
Allahumma ya hayyu Qayyum birahmatika astaghith wa min 'azabika astajir aslih li sya'ni kullah la takilni ila nafsi wa ila ahadin min kholqika torfata 'ain.

3)Sentiasa sibukkan fikiran kita bahawa kita ingin mempersiapkan mata kita untuk melihat wajah mulia Sayyidina Rasulullah.


Mari sama2 kita mujahadah mata kita sehinggalah Dia meredhai kita untuk melihat wajahnya sollahu 'alaihi wasallam....


Ya Allah,Tundukkan mata kami dari pandangan2 yang menggelapkan hati kami....

7 comments:

Anonymous said...

P/s:Habib Umar pernah sebutkan dalam pengajian subuhnya bahawa zikir ini baca sebelum tidur sebanyak 11 kali untuk merasakan muraqabatullah (rase diperhatikan Allah).Ada kisah disebalik zikir ini.

salam....
ape kisahnya?

Pendahaga Ilmu said...

Salam,
Terima kasih kepada yang bertanya...

Kisahnya:

Ade seorang bapa soleh pada zaman salafussoleh,dia selalu menyuruh dan membiasakan anak kecilnya agar baca doa tersebut sebelum tidur.Kemudian apabila anak itu sudah dewasa,anak itu pun berkata:'kini aku dapat rasakan kesan bacaan yang ayahku perintahkan aku utk baca sewaktu aku kecil.(iaitu rase sentiasa diawasiNYA).

~Apa yang Sayyidi Al-Habib Umar ceritakan dalam pengajian subuh kitab Tarbiyah Al-Awlad.

Unknown said...

Salam,

Izin copy this article untuk di amal...Insha Allah

Jazakallahu Khairan

Nurul Azira Andy said...

السلام عليكم.
Ana mohon izin untuk copy & paste untuk diamalkan & disampaikan buat orang lain ان شاء الله🙏

Anonymous said...

Saya mohon share ya utk manfaat org lain juga. ‏جزاك الله خيرا كثيرا

Anonymous said...

qolbitu ijazah
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

Mohd Razali Ismail said...

guru saya mengajarku baca doa ini selepas baca ayat kursi