Friday, May 28, 2010

Imtihan VS Tarbiyah



Bismillah.
Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala alihi.


Jadual alfaqir turun ke medan JIHAD kecil:

(1)BeRjUaNg DeNgAn MuLuT: (alhamdulillah selesai!)

15/5/10--->Feqh Syafie
18/5/10--->Muqaran
20/5/10--->Usul Feqh
22/5/10--->Quran

(2)BeRjUaNg DeNgAn PeNa:

30/5/10--->Quran
2/6/10--->Feqh Syafie
6/6/10--->Muqaran
9/6/10--->Qa'ah Qodoya
13/6/10--->Usul Feqh
16/6/10--->Qodoya
20/6/10--->Hadis Ahkam
23/6/10--->English

Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam:

عينان لا تمسهما النار أبداً : عينٌ بكت من خشية الله ، وعين باتت تحرس في سبيل الله

2 jenis mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka :Mata yang menangis kerana Takut kepada Allah,dan mata yang berjaga kerana berjaga di jalan Allah.

~Riwayat Imam At-Tirmizi

Dan Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam:

مَنْ خَرَجَ فِي طَلَبِ الْعِلْمِ فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ حَتَّى يَرْجِعَ

Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu,maka dia berada di jalan Allah sehingga dia pulang.

~Riwayat Imam At-Tirmizi

Cukuplah 2 hadis itu sebagai inspirasi kita dalam musim imtihan (exam) ini.Tanpa sedari,kita sedang dalam 2 situasi yang Rasulullah sifatkan itu.Dalam kita bercengkang mata,menahan kengantukan,ade sampai minum kopi bercawan-cawan semata2 untuk BELAJAR,sebenarnya kita sudah termasuk dalam 2 sifat itu selagi niat kita bukan semata-mata untuk EXAM.Exam, niat sampingan BUKAN utama.

Ya Allah,ikhlaskan niat kami hingga kami termasuk dalam hadis itu...

Kita masing2 terhijab dengan kedudukan yang Allah tempatkan buat kita.Yang sedang belajar mahu bekerja,dan yang bekerja pula mahu belajar.Kecualilah jika Allah mahu bukakan hijab Kita.Maka kita akan lihat keistimewaan Maqam (kedudukan) yang Dia tempatkan untuk kita.

Sering kita mengeluh ' tak suke exam' , 'stress exam'...

Hakikatnya, Allah nak mengajar kita bahawa kita ini Hamba.Hamba hanya mengikut apa kehendakNYA.Kerana Dia mahu 'ada exam' di dunia ini,maka terjadilah sunnatullah itu.Kita hanya perlu mengikut kehendaknya sambil menjaga hati ini agar jangan sampai berlaku biadab dengan Tuhannya.

'Tidak suka pada exam' adalah kerana memang tabiat kita suka pada kesenangan,hidup tanpa tekanan dan kesusahan TAPI itu bukan sunnah kehidupan ini.Mahu rehat,nanti DISANA bukan DISINI.

Firman Allah Ta'ala:

فَإِذَا فَرَغْتَ فَٱنصَبْ
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain).

~Al-Insyirah:7


Dalam ayat itu,Allah mahu ajarkan kepada kita bahawa di dunia tiada istilah STOP atau FINISH.Akan berterusan kesibukan kita selagi kewujudan kita di dunia ini.

Yang menjadikan kita selalu berpaling akan ketentuanNYA ,iaitu yang membuatkan wujudnya 1 perasaan 'tidak redha' atau 'tidak suka' adalah kerana kita belum melihat Allah dalam setiap sesuatu.

Kalau kita melihat disebaliknya itu adalah ALLAH,dan merasai bahawa kita adalah HAMBA,maka kita akan berlapang dada menerimanya ... 'Baiklah ya Allah jika itu yang Engkau mahu...' Itulah kata2 yang sepatutnya keluar dari mulut seorang HAMBA.

Pernah alfaqir mengeluh ....'Ya Allah aku nak cuti,nak rehat puas-puas',Allah beri kesempatan itu tapi selepas dari itu ,ditimpakan alfaqir dengan kesakitan sehingga ber'cuti'lah dari segala aktiviti harian.

Ternyata CUTI yang kita inginkan berlainan dengan cuti yang DIA maksudkan.Kalau Cutinya kita adalah dengan berseronok,suatu yang ringan buat nafsu,tapi cuti yang DIA inginkan adalah dalam tempoh cuti itu pun, Dia mahukan darjat hambaNYA itu terus meningkat tanpa dibiarkan kosong begitu saja.Allah...Ya Kheir Rabb!

Imtihan itu 1 tarbiyah buat seorang HAMBA.

P/s:Minta doakan kami semua yang sedang menempuhi peperiksaan di bumi Mesir ini.

Ya Allah,fahamkan kami akan kehendakMU....

No comments: