Wednesday, February 10, 2010
Bukan senang pilih buku
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
Allhumma Solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi
Ma'arad Al-Kitab (World Book Exhibition)@ Cairo telah pun hampir ke penghujungnya.Saya hampir setiap hari turun ma'arad.Sehinggakan setiap hari jika bertemu dengan teman-teman se'talaqqi' saya mereka akan bertanya 'Lepas ini turun ma'arad ke?'
Mesti mereka heran 'Buku apa saja yang dibeli sampai perlu turun ma'arad tiap2 hari?!'.
Sebenarnya,turun ma'arad hampir setiap hari itu bukan menunjukkan betapa banyaknya buku yang dibeli tapi adalah untuk survey-survey kitab dari sudut harga,pencetakan,pentahqiq dan sebagainya.
Tanpa disedari sebenarnya kita BELAJAR SAMBIL MEMBELI!!!!Itu juga dikira sebagai ilmu yang tidak diperolehi di kitab2.Berharga bukan?!
Tips...
Kalau mahu tahu bagus atau tidak tahqiqnya sebuah kitab adalah dengan kita membaca muqaddimah Pentahqiq tersebut.Disitu,Pentahqiq ada menyebutkan kerja2 yang dilakukan dalam mentahqiq sesebuah kitab dan kita dapat lihat perbezaan yang wujud diantara pelbagai jenis pencetakkan.
Tetapi ramai yang terlepas pandang akan bab ini.Yang penting bagi mereka 'asal murah' dan 'asal cantik'.
Sebagai seorang yang bergelar Penuntut dan Pengkaji Ilmu,itu tidak sepatutnya berlaku.Kita sepatutnya bersifat 'MATANG' dalam memilih buku.
Berapa banyak buku yang luarannya cantik tapi didalamnya racun yang berbisa.
Sekarang alfaqir lebih berhati-hati dalam membeli buku kerana 1 kejadian.
Ketika itu, kami membaca kitab Sohih Muslim bersama seorang Sheikh,apabila sampai bab yang meriwayatkan tentang kelebihan madinah,seluruh hadis2 berkenaan itu dihapus,tidak ada dalam cetakan kitab hadis tersebut yang miliki teman alfaqir.Pada sangkaan alfaqir,mungkin hanya kesalahan dalam cetakan.Tapi,apabila dicari-cari hadis2 tersebut,tidak juga ketemui.Bila tanya teman lain,yang juga mempunyai sama cetakan,itu juga berlaku pada dirinya.
Dahulu...
Kami pernah mendengar dari kalam masyayikh kami bahawa ada terdapat pihak2 tertentu sengaja menyembunyikan hadis2 yang kurang sesuai dengan pendapat mereka.
Pada ketika itu...
Saya terfikir 'Tergamakkah mereka lakukan sedemikian?!Menyembunyikan Hadis2 Rasulullah untuk kepentingan sendiri?'.
Pada mulanya saya agak meragui kerana tidak tergambar iannya boleh berlaku sedemikian.Akan tetapi,apabila diri sendiri melihatnya dengan mata kepala,akhirnya diri ini akur akan kebenarannya.
Dari Situ...
PENTING!!! Talaqqi Hadis2 Rasulullah dengan seorang sheikh (guru) yang mempunyai sanad pengriwayatan Hadis.
لولا الإسناد لقال من شاء ما شاء
Kalau tidak kerana sanad,maka sesiapa saja akan berkata dengan apa yang dikehendakinya.
Ya ALLAh,Jadikan kami seorang yang amanah dalam menyampaikan ILMU...
No comments:
Post a Comment