Alhamdulillah pada hari khamis 11/2/2010 bersamaan dengan 27 Safar,Majlis pembacaan kitab Hadis Sohih Muslim yang dipimpin oleh Sheikh Muhammad Iwad telah pun selesai dalam 40 majlis.Majlis Khataman tersebut diadakan di Masjid Sadah Malikiah,dimana para Imam besar Mazhab Maliki bersemadi disitu diantaranya Imam Asyhab.Insya Allah majlis selanjutnya akan mula dengan pembacaan kitab hadis Sunan Abi Daud.
Tersangat dalam kenikmatan apabila dapat mendengar kalam2 Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam melalui Ahlinya.Alfaqir mula jatuh cinta dengan majlis pembacaan hadis mula dari saat ALLAH meletakkan alfaqir di dalam majlis Sheikh Muhammad Iwad Al-Manqush.
Bertambah-tambah lagi keindahan...
Apabila saya melihat sendiri orang yang menterjemahkan kalam Rasulullah dalam peribadinya.
Dan segala apa yang diajarkannya kepada kami pula adalah semuanya tunjuk ajar Rasulullah.
Terima Kasih Ya Allah kerana Engkau hadirkan Sayyidi Al-Habib Umar dalam hidup kami...
Ketika kami sedang belajar tentang para ulama hadis yang bermusafir dari 1 tempat ke 1 tempat hanya untuk mendengarkan 1 hadis...
Sheikh Muhammad Iwad berkata:
'Orang yang berpindah dari 1 tempat ke 1 tempat yang lain untuk mendengarkan 1 hadis adalah mereka yang mengagungkan Allah di hati mereka.Maka,sesiapa yang tidak mempunyai semangat untuk mendengar hadis2 Rasulullah adalah kerana kurang ma'rifahnya terhadap ALLAH dan Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam.'
Kata2 ini selalu menjadi perangsang alfaqir!
Niatkanlah dalam keadaan kita sedang 'berat' untuk bergerak tetapi cuba untuk melawan...
'Ya ALLAH,moga langkahku ini untuk mendengar Kalam KekasihMu menambahkan ma'rifahku kepadaMu dan RasulMu.
Kita selalu mudah untuk 'tiada semangat' apabila kita datang itu,kita hanya belajar 1 saja ilmu atau hadis.Mesti dalam hati berkata 'datang jauh2 dapat dengar 1 hadis saja?!Memang tak berbaloi'.Atau,jika terlambat datang kelas dan kelas pun hampir habis,maka semangat pun mula berkata:'tak yah lah pegi...datang jauh2 dapat 1 hadis je?!'
Maka berlawan dengan semangat yang lemah itu...
'Ulama hadis terdahulu berpindah dari 1 tempat ke tempat lain hanya kerana 1 hadis dengan keadaan mereka yang tanpa ada kemudahan transportation dan engkau,ALLAH telah siapkan segala kemudahan tetap tidak mahu bergerak untuk mendengar Hadis2 Rasulullah?!?!'
Hakikatnya,hati kita ini BELUM betul2 mengagungkan kalam Rasulullah kerana kata2 itu tidak akan keluar dari hati yang mengagungkan Kalam Rasulullah.
Teringat kenangan mendengarkan pembacaan sohih bukhari bersama masyayikh Al-Azhar...
Cerita Sheikh Yusri Rushdi Al-Hasani...
Setiap Syeikh mempunyai giliran bacaan.Giliran sheikh Yusri di letakkan pada slot yang pertama kerana beliau ade tugasan sebagai Pakar Bedah di hospital.Setelah selesai,beliau pun bergegas ke Hospital.Oleh kerana pembacaan itu selesai pada waktu isyak,beliau sempat kembali semula ke majlis (setelah selesai tugasan) untuk mendengarkan hadis2 Rasulullah,walau pada waktu margrib itu bukan giliran bacaannya.Apabila hendak diberikan peluang untuk sheikh Yusri membaca...dia menolak (kerana itu bukan gilirannya) dan berkata:'Tak2 aku datang untuk mengambil barakah dari kalam Rasulullah.'
Allah...ajib peribadi beliau...
*Boleh ikuti biografi beliau secara detail disini!
Cerita sheikh Ibrahim Al-Kattani...
Alfaqir sangat terpegun dengan 'kedahagaan' beliau dalam mendengar hadis2 Rasulullah.Cara beliau membaca penuh dengan ketenangan dengan kadar laju yang sederhana tanpa menoleh kanan dan kiri tika membaca.Apabila ditanyakan soalan kepadanya,beliau jawab pun sambil melihat kitab hadis tersebut seolah-olah tidak sabar untuk meneruskan pembacaannya sedangkan kitab sohih bukhari itu sudah belasan kali beliau khatamkan.
Allah...Sangat indah tika bersama para Ahlillah...
Kata2 Motivasi dari Rasulullah:
من دخل مسجدنا هذا ليتعلم خيرا أو ليعلمه كان كالمجاهد في سبيل الله
'Siapa yang masuk ke masjid demi untuk mempelajari kebaikan atau mengajarkannya,maka dia sama seperti pejuang di jalan ALLAH'
~Riwayat Imam Ahmad dan Imam Ibn Majah.
من اغبرت قدماه في سبيل الله حرمه الله على النار
'Siapa yang berdebu tapaknya kerana berada di jalan ALLAH,Allah mengharamkan baginya api neraka.'
~Riwayat Imam Bukhari,Imam Ahmad,Imam Al-Tirmizi dan Imam An-Nasai.
حرس ليلة في سبيل الله أفضل من ألف ليلة بقيام ليلهاو صيام نهارها
'Berjaga malam di jalan Allah itu lebih baik dari seribu malam berqiyammullail dan berpuasa di siang hari.'
~Riwayat Imam Ahmad
رباط يوم في سبيل الله خير من ألف يوم فيما سواه من المنازل
'Mengikatkan diri sehari di jalan ALLAH itu lebih baik dari seribu hari dengan orang lain di rumah.'
~Riwayat Imam Ahmad,Imam Al-Tirmizi dan Imam An-Nasai
عينان لا تمسها النار:عين بكت من خشية اللهو عين باتت تحرس في سبيل الله
2 jenis mata yang tidak disentuh api neraka:mata yang menangis kerana takutkan ALLAH dan mata yang berjaga kerana berada dijalan ALLAH.
~Riwayat Imam Al-Tirmizi
Maka,Ingatlah hadis ini disaat mata kita ingin lena dan kita pula melawannya untuk tidak mahu tidur kerana ingin mendengar Hadis Rasulullah.
Allah...cukuplah kalam Rasulullah itu dijadikan sebagai motivasi...
~Hadis2 ini saya petik dari Majlis pembacaan kitab Al-Muntaqo kelmarin bersama Sheikh Faisol Al-Kuwaiti.
Suka untuk alfaqir mengulang-ulang kalimah Sayyid Al-Habib Umar:
'Kalau janji2 Rasulullah sebegitu tetap tidak menggerakkan engkau untuk beramal,maka apa faedah engkau menuntut ilmu?!?!?!'
Apa yang sepatutnya dilakukan oleh mereka yang hadir Majlis Pembacaan Hadis2 Rasulullah??
TAKE NOTE!!!
-Perkara2 yang patut diamalkan.
-Kata2 motivasi dari kalam nabawi kerna kalam nabawi itu didalamnya NUR ILAHI.Dan NUR inilah yang membuatkan kita istiqamah dalam sesuatu perkara.
Kemudian letakkan kata2 itu atau sesuatu yang perlu diamalkan di 1 notebook khas untuk dijadikan rujukan nanti.
Akhirnya diri berkata:
Terima Kasih Ya ALLAH...Terima Kasih Ya ALLAH...Terima Kasih Ya ALLAH..
Kerana Engkau tempatkan kami bersama Mereka...
Rabi'ul awal...engkau adalah BULAN ISTIMEWA kerana Rasulullah....
No comments:
Post a Comment