Tuesday, June 30, 2009

~Kenangan Dowrah Soifiyah Darul Mustofa '08'~



Tajuk: Bersedih kerana ALLAH

Petikan dari kalam Habib dalam video tersebut:


'Mari fikir bersamaku...

Setiap solat2 yang telah aku kerjakan adalah saat aku bersama Tuhanku.Aku tidak melakukan solatku dengan baik.Aku tidak beradab tika bersamaNya.Kelalaian,tiada kehadiran (hati),berfikir selainnya,telah mengambil diriku daripadaNYA (tika solat) dan solat2 yang akan datang pula bagaimana akan aku lakukan sedangkan solat2ku yang lalu penuh dengan kelalaian dan kekurangan.

Maka,jika engkau betul2 mengambil berat akan bagaimana amalanmu yang akan datang,itu saja sudah cukup untuk menimbulkan rasa kesedihan.Kesedihan yang memberi manfaat pada dirimu.Kesedihan yang akan memperbaiki keadaan dirimu dunia dan akhirat....'



PENGUMUMAN!!!!



Summer Intensive Course (Dowrah soifiyah) Habib Umar LIVE from Tarim!!!

Bila?

1 July - 6 Aug 2009

Masa?


3.45 PM (Yaman/Mesir),8.45 PM (S'pore)


Kitab?

-Kumpulan Beit syair Imam Al-Haddad bertajuk ' Tafiiduu 'uyuuni biddumu' assawakib'

-Qut Al-Qulub oleh Imam Abi Tolib Ibn Abbas Al-Makki


Dimana?

Live telecast @ Darul Mustofa (click!)


Jumpa anda di ruang udara Darul Mustofa!!!


Ya Allah,Jangan Engkau haramkan kami untuk menghadiri majlis para ulama' Mu yg Rabbani kerana dosa yang ada pada diri kami...

Thursday, June 25, 2009

~Selamat bermusafir~



Bagi yang akan bermusafir pada musim cuti ini...

Isi cuti yang Allah anugerahkan itu dengan semanfaatnya.Jadikan sepanjang CUTI itu,muhasabah bagi diri atas apa yang telah dilakukan dan diperolehi di Mesir.Muhasabah...adakah kali ini lebih baik dari sebelumnya???Kemudian,letakkan niat2 baik yang ingin dilakukan apabila sekembali ke Mesir nanti...

Bagi yang akan bekerja...

Bekerja untuk AGAMA bukan untuk DIRI sendiri.Kerja kalau untuk AGAMA memang tiada cuti.


Teringat Kata2 Sheikh Yusof Al-Hasani ketika memberi nasihat kepada Kami:


'Kita kalau sudah berada dalam medan dakwah,bermakna kita telah memberikan diri kita sepenuhnya untuk AGAMA.Tiada istilah 'aku bekerja ikut offis hour'.


Jiwa seorang Da'ie(Pendakwah) tiada istilah 'jetlag','enjoy','boring' etc. kerana Hidupnya dengan ALLAH dan kerana ALLAH,oleh sebab itu dia tidak mengenal kalimah2 tersebut.

Bila berada di airport nanti untuk pulang ke Mesir...

Bayangkan kalian akan ke Medan perang dgn Rasulullah,so bagaimana sepatutnya keadaan kita ketika itu???adakah dgn half-hearted ke medan jihad?Jangan jasad ke Mesir tapi hati masih bermastautin di negeri masing2.

Semoga kepulangan kita nanti memberi seribu makna dan kekuatan demi meneruskan perjuangan sebagai KhalifahNYA di muka bumi ini...

Ya Allah,Jadikan keadaan diri kami ini lebih baik dari sebelumnya....

Friday, June 19, 2009

~Muslim Hari ini dan Cabaran Cinema~(Updated!)



Diantara perbincangan....

Apakah pendapat ulama tentang cinema?

Adakah Cinema dikira sebagai Seni ?

Apakah syarat2 membolehkan seseorang menonton cinema?



Ya Allah,Jadikan nafsu kami mengikut apa yang Rasulullah bawa...

Monday, June 15, 2009

~Sunnah mekar dihati~


Sheikh Kami,Sheikh Yusri Al-Hasani berkata dalam pengajian:

'Zaman salafussoleh,kalau bertanya 'adakah ini Sunnah Rasulullah ?'

Bertanya mereka itu adalah kerana mereka ingin beramal dengan sunnah tersebut.

Akan tetapi pada akhir zaman ini...

Apabila bertanya 'adakah ini sunnah atau tidak?'
Pertanyaannya itu bukan utk diamalkan tapi untuk ditinggalkan.'


Orang pada zaman sekarang ini menggunakan istilah 'Sunnah' itu dari sudut istilah Feqh iaitu 'tidak wajib'.Tidak pastilah sama ada kerana pembangunan feqh yg pesat dalam masyarakat kita atau sememangnya sudah pudar ingatan kita akan Rasulullah?Tepuk dada tanya iman masing2...

Mungkin solusi untuk zaman ini adalah kita bertukar bahasa.Jika selalu kita mengatakan 'buat ni,sunnah tau!' maka gantikannya dengan 'buat ni sebab Rasulullah buat'.

Kalau sudah disebutkan Rasulullah...tetap juga tidak menggerakkan seseorang itu untuk beramal dengannya,maka apa yang perlu dilihat adalah HATI kita.Adakah sememangnya Rasulullah itu sudah lenyap dari ingatan dan hati kita???




Habib Umar pernah menyebut dalam Rowhahnya pada musim Dowrah:

'Cukuplah aku mengatakan bahawa Rasulullah buat hal tersebut

Cukuplah aku mengatakan bahawa Rasulullah buat hal tersebut

Cukuplah aku mengatakan bahawa Rasulullah buat hal tersebut

Jikalau ia tidak mencukupi juga...

Maka ketahuilah didalam hati itu ada penyakit
'

Maka,sebagai Penuntut ilmu Agama,apatah lagi sebagai seorang pendaie,yang merupakan Penyambung bagi dakwah Rasulullah....

Sepatutnya sunnah2 Rasulullah itu mekar,hidup didalam diri kita terdahulu.Kalau KITA,meremehkannya dengan mengatakan 'sunnah je' adakah kita layak utk digelar sebagai penuntut ilmu Allah,penyambung risalahnya???Malu eh dengan Rasulullah!


Sebenarnya,Punca Masalah untuk kita tidak beramal dengan Sunnah Rasulullah adalah KURANG CINTA dan KURANG ILMU terhadap dirinya.

Lihat saja para sahabat sebagai bukti!Kerana mereka mengenali Rasulullah dan mencintainya,mereka pastikan bahawa setiap yg dilakukan itu adalah mengikut petunjuk Rasulullah sollahu 'alaihi wa sallam.

Oleh itu,

Belajar dan terus belajar untuk mencintai dan mendekatinya...
Tak kenal maka tak cinta!


Mula dari sekarang ini,akan bermula silsilah Post yang bertajuk 'Sunnah Penghias diri'.Setiap post itu akan mengetengahkan 1 sunnah Rasulullah untuk diamalkan bersama.Insya Allah!


Kunci untuk beramal dengan ilmu
adalah mula beramal dari ilmu yang mudah untuk diamalkan.Insya Allah ia akan pembuka jalan untuk terus beramal dengan ilmu2 seterusnya.Percayalah...

Ya Allah,jadikan Rasulullah itu lebih kami cintai dari diri kami sendiri...

Wednesday, June 10, 2009

~Sesi Muhasabah sepanjang musim EXAM (1)~


Alhamdulillah...
Pada hari Selasa 9/6/09 telah berakhirnya peperiksaan alfaqir.Yang penting, Peperiksaan itu banyak mentarbiyah diri sendiri.Diantaranya:
Belajar dari kesilapan.
Belajar mengawal tekanan.
Belajar menghargai masa.
Menguji kebijaksaan kita dalam mengutamakan mana yang patut diutamakan.
Belajar bahawa usaha itu bukan segala-galanya.
Mengasah kebijaksaan kita.
Belajar bermuhasabah diri terutama niat.
Belajar tidak mementingkan diri sendiri.

Oleh itu,KITA sebagai HAMBA ini...

Jangan terlalu ikutkan perasaan 'kenapalah ada exam?'kan boleh belajar je?'.Jangan ade suatu perasaan yang seolah-olah berpaling dari ketentuanNYA.Sesungguhnya KITA hanya HAMBA.Tahu tidak makna HAMBA???HAMBA?!HAMBA?!

Jika kita merasakan dengan exam ini banyak menghalang kita utk menghadiri kelas2 luar misalan (ini apa yg alfaqir rasa kekadang)...

Maka,dalam keadaan kita terpaksa tidak dapat menghadirinya,jadikan ia sebagai 1 sesi Muhasabah bagi diri.Tanya pada diri...'Adakah aku pergi kelas ini sebagai rutin?'


Teringat kata2 Sykh Ali Jummah dlm Pengajian Tafsir:'Sayidina Umar mentarbiyah dirinya agar beramal bukan kerana kebiasaan'.


Mungkin Allah ingin memalingkan perhatian kita pula terhadap buku2 kuliah.Kitab2 Kuliah kita juga ada haqnya yang perlu dilaksanakan.Biasalah,kita kalau sudah sibuk dgn kelas2 luar, tambahan lagi dengan lewatnya keluaran kitab2 kuliah,sebulan setengah nak exam baru keluar,memang tak sempat pun nak buka pada hari2 biasa.Kita terLUPA akan haqnya kecuali bila exam hampir tiba.

Dan kita tidak perasan bahawa exam itu diantara pendorong utama kita untuk melekatkan ilmu yg dipelajari didalam hati iaitu dengan menghafaznya dan simpan ia didada bukan di kitab2.

Kalau ditanya 'kenapa ulama2 terdahulu tidak perlu exam utk melekatkan ilmu dihati mereka?'hmmmm,kita ini janganlah bandingkan diri kita dgn Mereka.Mereka itu tahu akan haq2 ilmu dan mereka tunaikan haq2 tersebut tanpa perlu ditekankan dengan sesuatu.Kita???perlu ditekan baru jalan...itulah KITA!

Alhamdulillah...Terima Kasih ALLAH...

Terus dan sentiasalah mencari hikmah agar dalam kita menjalani kehidupan ini,kita benar2 menjadi seorang Hamba yang redha dalam menyerahkan segalanya padaNYA.

Maka,
Rugilah bagi mereka yang mengambil exam itu hanya secara zahirnya saja...
Tanpa mengenal erti tersurat dan tersirat dari sekeping kertas itu....



P/s:Jazakumullah Khairal Jazak buat Sayyidi Al-Habib Umar krn mengajar kami ilmu 'Muhasabah diri' pada Dowrah yang lalu.Ia sangat bermanfaat buat diri alfaqir ini.

Ya Allah kurniakan kami hakikat ilmu itu...

Sunday, June 07, 2009

Jejak Ulama (1): Habib Umar's Tour @ Australia '09'



Dalam video tersebut...

Habib mengajarkan kami agar thabats (teguh dalam berpendirian) dalam menghadapi apapun situasi/suasana yang berbeza khususnya sbg seorang pendaie.


JazaKumullah Khairal Jazak!



Sila ke website berikut...

http://www.habibtour.com.au/

Ya Allah,bantu kami mengikut jejak langkah para ulamaMu yang Rabbani...