Sheikh Kami,Sheikh Yusri Al-Hasani berkata dalam pengajian:
'Zaman salafussoleh,kalau bertanya 'adakah ini Sunnah Rasulullah ?'
Bertanya mereka itu adalah kerana mereka ingin beramal dengan sunnah tersebut.
Akan tetapi pada akhir zaman ini...
Apabila bertanya 'adakah ini sunnah atau tidak?'
Pertanyaannya itu bukan utk diamalkan tapi untuk ditinggalkan.'
Orang pada zaman sekarang ini menggunakan istilah 'Sunnah' itu dari sudut istilah Feqh iaitu 'tidak wajib'.Tidak pastilah sama ada kerana pembangunan feqh yg pesat dalam masyarakat kita atau sememangnya sudah pudar ingatan kita akan Rasulullah?Tepuk dada tanya iman masing2...
Mungkin solusi untuk zaman ini adalah kita bertukar bahasa.Jika selalu kita mengatakan 'buat ni,sunnah tau!' maka gantikannya dengan 'buat ni sebab Rasulullah buat'.
Kalau sudah disebutkan Rasulullah...tetap juga tidak menggerakkan seseorang itu untuk beramal dengannya,maka apa yang perlu dilihat adalah HATI kita.Adakah sememangnya Rasulullah itu sudah lenyap dari ingatan dan hati kita???
Habib Umar pernah menyebut dalam Rowhahnya pada musim Dowrah:
'Cukuplah aku mengatakan bahawa Rasulullah buat hal tersebut
Cukuplah aku mengatakan bahawa Rasulullah buat hal tersebut
Cukuplah aku mengatakan bahawa Rasulullah buat hal tersebut
Jikalau ia tidak mencukupi juga...
Maka ketahuilah didalam hati itu ada penyakit'
Maka,sebagai Penuntut ilmu Agama,apatah lagi sebagai seorang pendaie,yang merupakan Penyambung bagi dakwah Rasulullah....
Sepatutnya sunnah2 Rasulullah itu mekar,hidup didalam diri kita terdahulu.Kalau KITA,meremehkannya dengan mengatakan 'sunnah je' adakah kita layak utk digelar sebagai penuntut ilmu Allah,penyambung risalahnya???Malu eh dengan Rasulullah!
Sebenarnya,Punca Masalah untuk kita tidak beramal dengan Sunnah Rasulullah adalah KURANG CINTA dan KURANG ILMU terhadap dirinya.
Lihat saja para sahabat sebagai bukti!Kerana mereka mengenali Rasulullah dan mencintainya,mereka pastikan bahawa setiap yg dilakukan itu adalah mengikut petunjuk Rasulullah sollahu 'alaihi wa sallam.
Oleh itu,
Belajar dan terus belajar untuk mencintai dan mendekatinya...
Tak kenal maka tak cinta!
Mula dari sekarang ini,akan bermula silsilah Post yang bertajuk 'Sunnah Penghias diri'.Setiap post itu akan mengetengahkan 1 sunnah Rasulullah untuk diamalkan bersama.Insya Allah!
Kunci untuk beramal dengan ilmu adalah mula beramal dari ilmu yang mudah untuk diamalkan.Insya Allah ia akan pembuka jalan untuk terus beramal dengan ilmu2 seterusnya.Percayalah...
Ya Allah,jadikan Rasulullah itu lebih kami cintai dari diri kami sendiri...
No comments:
Post a Comment