~Majlis Pengriwayatan bersama Sheikh Faisol~
Hanya mereka yang merasai,akan memahami 'Kenapa kita perlu hadir ke majlis ilmu dan bersama para ulama'.Diantara hadaf dari kehadiran kita ke dalam majlis ilmu adalah Pembentukan Akhlak Rabbani.
Bagi mereka yang tidak merasai dan melihat secara zahir,mereka hanya fikir bahawa mereka datang itu untuk mengutip mutiara2 dan ilmu2 zahir dari bibir ulama' tapi hakikatnya ada tujuan yang lebih jauh lagi iaitu menyelongkari rahsia yang Rasulullah wariskan pada para ulamanya.Dan diantara RAHSIA yang Rasulullah wariskan adalah Akhlak Rabbani.
Pembentukan Akhlak Rabbani itu bukan dengan sekali atau dua kali kita datang ke majlis ilmu itu,tapi ia perlu secara konsisten.Bila kita bersama ulama,jangan kita hanya sibuk mencatit ilmu2 yang diberikan tanpa memperhatikan akhlaknya.Akhlak para ulama yang Rabbani itu menterjemahkan 1001 kitab.
Sepanjang 3 hari itu,selain dari saya mengutip mutiara2 Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam,saya belajar akhlak guru saya,sheikh Iwad Al-Manqush.JazaAllahu 'anhu khairal jazak.
Saya sangat terharu atas segala usaha yang dilakukan oleh guru saya.Akhlaknya membuatkan kita sebagai anak muridnya merasa 'walau apa pun yang terjadi,aku tidak akan meninggalkan majlis ilmunya'.
Terlalu banyak kebaikan yang beliau lakukan terhadap kami tanpa mengharapkan sesen pun.Siap dengan menyediakan minuman yang berbagai jenis serta makanan ringan untuk mengalas perut,tempat yang selesa untuk kami mentalaqi hadis2 Rasulullah serta dilengkapkan dengan sijil sanad kitab.
Dan pernah dalam sehari itu,Sheikh sudah sewakan kami van (kalau di mesir ini dipanggil tramco) untuk pulang kerana selesai majlis itu agak lewat tanpa mengetahui bahawa kami sudah buat sewaan terlebih dahulu.Dengan berat hatinya kami terpaksa menolak.Setelah meminta maaf dan menerangkan sheikh,Sheikh kata:'tidak mengapa,kalau kalian ada apa2 masalah transportation,beritahu kami,kami akan siapkan'.
Bila fikir balik...
Ini baru dengan manusia sudah rasa malu sangat,bagaimana dengan PENCIPTA kita sendiri?!Sepatutnya bertambah-tambah malu kan?!
Inilah maksud kata2 para ulama terdahulu...
'Di wajah para ulama terpancar zikrullah'
Maksud:
Dengan melihatnya saja sudah mengingatkan kita kepada ALLAH dan kehadirannya pula pengubah suasana,dari LEKA berubah pada INGAT dan dari GElISAH berubah pada TENANG.
Bukankah itu peranan Zikir?!
Kata Habib Umar Ibn Zein:
'Tawaduknya seorang guru itu adalah dia berkhidmat pada anak muridnya'.
Sheikh Iwad pernah mengingatkan kami dalam pengajian hadis:
'Apabila masa untuk kita memberi(ilmu),jangan kita mengharap sesen pun dari anak murid kita.Sebagaimana kita mendapat ilmu itu percuma,maka hendaklah apabila kita memberikan ilmu tersebut juga percuma.'
Saya harap bila tiba masanya untuk saya MEMBERI,saya dapat teladani akhlak guru saya ini...
Hakikatnya,KITA tidak berhak menerima apa2 kebaikan kerana KITA hanyalah HAMBA disisiNYA.
Ya Allah,Engkau balasi segala kebaikannya dengan sebaik-baik ganjaran disisiMU...
No comments:
Post a Comment