Majlis Sama' bersama Sheikh Faisol dari Kuwait : 17-20 DEC '09'

Sheikh Iwad Al-Manqush (Pentahqiq buat Maktabah Dar Al-Haramain):
'Saya lihat Sheikh Faisol bagaikan Ibn Batutah pada zaman ini.Sentiasa musafir dari 1 tempat ke tempat lain untuk mendapatkan riwayat.'
Insya Allah pada majlis ke 3 ini...
.jpg)
Sheikh akan mendengarkan bacaan kitab Al-Muntaqa oleh Imam Abi Al-Barakat Ibn Abd Salam Ibn Taimiyyah (ulama besar bagi Mazhab Hanbali).
Kitab ini mempunyai beberapa syarah dan syarah yang paling masyhur adalah Nailul Autor oleh Imam As-Syaukani,kitab rujukan utama buat hadis al-ahkam.
Pada 2 Majlis yang lalu...
Kitab yang dibaca:
1)Umdatul Ahkam oleh Imam Abd Al-Ghani Al-Muqaddisi(Hadis Al-Ahkam)
2)Bulugul Maram oleh Imam Ibn Hajar 'Al-Asqalani(Hadis Al-Ahkam)
3)Syamail Al-Muhammadiyah oleh Imam Al-Tirmizi
4)Nuzhah Al-Nazor oleh (Mustolah Al-Hadis)
5)Al-Arbain An-Nawawiyah oleh Imam Nawawi (Hadis)
Panduan buat para penuntut ilmu yang hadir MAJLIS RIWAYAT:
Jangan lupa untuk menghadirkan 3 niat utama ketika membaca kitab:
1)Ikhlas kerana NYA
2)Menggembirakan Hati Rasulullah
3)Mengamalkan ilmu
Kecantikan ilmu itu terletak pada kesempurnaan amalan.
Cara niat sebelum baca kitab:
Nawaitu ma nawa as-salaf As-Soleh wa masyayikhuna fi qiraah hazal kitab.
(Aku niatkan apa yang diniatkan oleh para SalafusSoleh dan guru2 kami dalam membaca kitab ini)
Semoga niat-niat luhur mereka termasuk dalam niat kita.
Alhamdulillah...
.jpg)
Pada tahun ini,Sheikh Faisol dihantar oleh NYA ke Mesir untuk mengadakan Majlis Pengriwayatan bersama para penuntut ilmu yang berada di Mesir.Dan majlisnya ini telah dijalankan sebanyak 3 kali.
(Terima kasih Allah kerana Engkau hadiahkan kehadirannya buat kami...)
Alhamdulillah...tahun ini adalah tahun paling mubarak!
Pernah Habib Umar menceritakan kepada Kami semasa Dowrah 2008:

'Kami menziarahi seorang Sheikh dan memintanya untuk memberikan kami ijazah(sanad ilmu) tertentu.Sheikh itu pun mula menangis dan menangis tanpa henti.Akhirnya beliau kata kepada kami:'Segala ijazah akan pergi dan menjadi sia-sia kecuali hanya apa yang diterimaNYA.'
Firman Allah bersabda:
إِنَّ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلْعِلْمَ مِن قَبْلِهِ إِذَا يُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ يَخِرُّونَ لِلأَذْقَانِ سُجَّداً
Sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka segera tunduk sujud (dalam keadaan hiba dan khusyuk).[17:107]
Ya Allah,jadikan hati kami ini semakin khusyuk dengan bertambahnya ilmu di hati...
Moga terikatan kami dengan silsilah para ulama terdahulu ini,
Menjadikan kami Tolibul 'Ilm yang Rabbani...
No comments:
Post a Comment