Wednesday, April 15, 2009

Bersama Ulama'(4): Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari

~Kenangan Dowrah Rabi'ul Awal 1430 @ Cairo, 6 - 21 March '09'~



Mahar yang ditetapkan oleh sheikh Nuruddin untuk mengikuti Pengajiannya:

1)Solat Jemaah 5 waktu.

2)HandPhone ditutup.

Teringat teguran Sheikh Nuruddin buat kami:

'Hendaklah ditutup terus,jangan disilentkan.Bagi ana,itu suatu dosa yang besar,apabila majlis sedang berlangsung,kita2 terganggu dengan gerakan2 hp yang disilentkan.Mengganggu kehadiran malaikat2 yang hadir dalam majlis ilmu ini.'



3)Tidak boleh makan dan minum walaupun gula-gula.

Subhanallah...Tarbiyah yang diberikan sepanjang pengajiannya amat-amat mendisiplinkan diri,bukan sahaja diamalkan di pengajiannya saja,tapi terbawa-bawa dengan adab-adab yang diajar di mana-mana pengajian yang dihadiri.

Istimewanya Sheikh Nuruddin...

Beliau menerapkan adab-adab ilmu dalam pengajiannya.Beliau amat tegas dalam hal-hal tersebut.Berani menegur.Sekarang ini,susah untuk kita mendapatkan guru yang menekankan adab2.Tanpa kita sedari,terlalu banyak kurang adabnya kita terhadap ilmu dan ahlinya.Masih terlalu jauh sifat-sifat tolibul 'ilm yang hakiki dalam diri.Jazakumullah Khairal Jazak!

Petikan dari kata2(maksud) beliau dalam Pengajian Online @ Bogor baru2 ini:


'Dalam kecanggihan teknologi,dengan sebuah laptop,dimana-mana saja anda dapat mengikuti pengajian kita secara online dari Bogor.Sepatutnya kita yang mengikuti online merasakan kekerdilan diri kerana terlalu murah dalam membuat pengorbanan ke jalanNYA.Jika kemudahan yang diberikan,tetap membuat kita tidak beradab dengan majlis ilmu,maka apakah pengorbanan yang dilakukan??
'

Tambahan sheikh lagi...

'Bagi mereka yang mengikuti secara online,kemudian sambil mendengar itu,sambil baring2,makan,santai2,handphone tidak ditutup,maka hendaklah beradablah dalam majlis kami.Jangan kerana kalian2 yang tidak menjaga adab2,membuatkan teman2 lain yang sedang menghadiri,diharamkan dari mendapat nafahat dan barakah yang turun pada majlis ilmu ini.'


Allah...


Diantara kelebihan mereka yang datang sendiri ke Majlis Ilmu berbanding dengan kita yang menghadiri secara online...


Bila kita hadir sendiri Majlis ilmu itu,kita lebih berdisiplin dan lebih beradab kerana guru kita berada didepan mata kita secara 4 mata.Tanpa disedari,itu semua tarbiyah!Tarbiyah ke arah akhlak Rabbani!!!Berbeza dengan mereka yg hadiri secara online,yang terhijab dengan screen computer,biasanya adab2 sukar untuk dijaga dan santai2 dalam menerima ilmu itu,sedangkan yang diberikan itu adalah butiran2 mutiara.Yang menyebabkan,mereka tidak dapat merasai majlis sepertimana Majlis para sahabat bersama Rasulullah s.a.w.

Oleh itu...

Bagi yang menghadiri secara online,sama-samalah kita menjaga adab dalam majlis ilmu.Cuba sedaya mungkin.Kalau kita tidak perlu tenaga yang banyak untuk keluar rumah mendapatkan ilmu,tidak perlukan wang untuk membayar maharnya eg. transport,maka hanyasanya pengorbanan yang kita perlu lakukan adalah menjaga adab!


P/s:Pengajian Sheikh Nuruddin Marbu AlBanjari di Bogor sudah mula bersiaran secara online.Sila ke link alfaqir @ 'Pengajian Online',Jadual boleh dapat disini!


Alhamdulillah,Sheikh akan datang semula ke Mesir pada setiap Ramadhan...
Berita gembira bagi yang tidak balik kampung!!!

Ya Allah,kurniakan kami adab2 Rasulullah sollahu 'alaihi wa sallam...

No comments: