Monday, April 27, 2009

Bersama Ulama'(5):Sayidi Al-Habib Umar Ibn Hafidz


~Kenangan Dowrah 1 July-6 Aug 2008 @ Tarim~


Tajuk: Muhasabah Diri


Petikan dari Kalam Habib dalam Video tersebut:

'Sebahgian manusia,apabila dipuji,dimuliakan,menzahirkan kerendahan dirinya agar orang memuliakan dia dan sebahgian pula apabila disakiti,berbuat-buat dalam menzahirkan sifat kerendahan dirinya supaya orang kata dia itu tawadhuk.Maka perlu baginya memuhasabah kembali adakah dia benar2 jujur dalam tawadhuknya???'



Ya Allah,
Bagaimana keadaan hati ini,
Jika dalam setahun itu,
Tidak berpeluang menghadiri majlis Ilmunya???
Sungguh,
Aku tidak dapat menggambarkan keadaan aku ketika itu...

Ini baru Murabbi...
Belum lagi Rasulullah sollahu 'alaihi wa sallam...

Kalau para Sahabat Rasulullah,
Dalam sehari sahaja,
Belum melihat Rasulullah,
Membuatkan wajah mereka pucat lesu,
Tidak lalu untuk makan kecuali setelah melihatnya,
Menangis di sepertiga malam mereka,
Mengadu kerinduan terhadapnya,
Maka,
Cinta apakah yang Engkau letakkan dalam hati mereka ini,
Hingga mereka bersikap demikian???

Memang benarlah,
Kata2 seorang ukhti,
Apabila ditanya,
Kenapa kita tidak ditemukan pada Rasulullah sebelum di akhirat lagi,
Maka,
Soalan yang pertama yang perlu ditanya kembali,
'ADAKAH KITA MAMPU UNTUK BERPISAH DENGANNYA WALAU HANYA SEKETIKA???'
Sungguh kamu tidak mampu berpisah dengannya....


Sekadar ingin mengingatkan kembali kepada kalian akan janji Rasulullah s.a.w buat KITA semua...

Sabda Rasulullah(Sollahu 'alaihi wa sallam):

'Aku tunggu kalian di telaga khaud...'~Riwayat oleh Imam Bukhari.


Ku rindukan Murabbi dan Penghulu segala Murabbi Rasulullah s.a.w...
Jadikan kerinduan ini sebagai satu kemanisan Iman...

2 comments:

pali said...

salams,

indah bukan? Akhlak insan yang benar sayangkan Nabi. Belum lagi Nabi Muhammad SAW itu sendiri.

Intepretasi cintanya itu cuba diikut dan dikenali mengikut jejak qudwah.

Murobbi itu sahabat, boleh jadi pewaris nabi. Sememangnya aku bersetuju dengan kamu.

Jika kita sayangkan murobbi, ikutlah jejak yang dijejakinya.

-just my two cents-:P

Pendahaga Ilmu said...

Syukran ya Akhi atas perkongsian pandangan.