Saturday, May 02, 2009

~Inspirasi buat Penuntut Ilmu @ Al-Azhar As-Syarif~

Kata-Kata Semangat menjelang musim Exam Oleh Sheikh 'Ali Jumaah

P/s:Video itu ada 4 bahagian.Dapatkan sambungannya dengan double click pada video tersebut.Rugi tak tengok sampai habis!

Petikan dari Kata-kata Sheikh Ali Jumaah dalam Video tersebut:



'Ketahuilah kalian bahawa Allah telah muliakan kalian dengan sebenar-benar kemuliaan yang dimana kamu itu WAJIB mensyukurinya.Dan kesyukuran ini,mewajibkan kalian untuk bersungguh-sungguh,berusaha yang paling maksimum dalam memperolehi ilmu,merendahkan diri kepada Allah S.w.t,mengikhlaskan niat kerana Allah,mencintai Universiti kalian (Al-Azhar),mencintai para guru kamu dan mencintai ilmu yang dipelajari.

Kamu itu Pejuang Islam,Pejuang Al-Azhar.Allah telah tetapkan kamu disini(iaitu University Al-Azhar),maka sudah menjadi kewajipan kamu untuk BERJAYA.Dan hendaklah kalian mempamerkan image yang baik buat Mesir,Al-Azhar dan sebelum itu buat Islam'.


Jadual turun ke Medan JIHAD...

1)Berjuang dengan MULUT:

3/5/09---->Feqh Syafie

6/5/09---->Quran

7/5/09---->Usul Feqh

10/5/09---->Feqh Muqaran


2)Berjuang dengan PENA:

16/5/09---->Quran

19/5/09---->Feqh Syafie

23/5/09---->Feqh Muqaran

26/5/09---->Qa'ah Bahas Usul Feqh

2/6/09---->Hadis Ahkam

6/6/09---->Qodoya

9/6/09---->Qa'ah Qodoyah


Bila mendengar dari bibir Habib Umar dalam rakaman pengajiannya tika membacakan ayat ini,terasa 1 kekuatan...


Allah s.w.t berfirman:

إِنَّمَا ذَلِكُمُ الشَّيْطَانُ يُخَوِّفُ أَوْلِيَاءَهُ فَلا تَخَافُوهُمْ وَخَافُونِ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ

'Sesungguhnya (pembawa berita) yang demikian itu ialah syaitan yang (bertujuan) menakut-nakutkan (kamu terhadap) pengikut-pengikutnya (kaum kafir musyrik). Oleh itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu (jangan cuaikan perintahKu), jika betul kamu orang-orang yang beriman'.


~Surah Al-Imran:175

Apa kaitan ayat itu dengan KITA???

Biasalah bila hampirnya waktu2 imtihan ini,lafaz kalimah 'takut' itu tidak terlepas dari bibir2 yang bakal menghadapi peperiksaan...

Apa yang perlu dikatakan disini...

Tidak perlu takut dengan Imtihan(Exam).Yang penting,KITA give the best shot dan usaha yang semaksima mungkin.Sepertimana Allah telah berfirman bahawa yang menakut-nakutkan kita adalah Syaitan.Dia(Syaitan) sengaja ingin menghilangkan sifat pergantungan KITA terhadap Allah s.w.t yang tersedia ada dalam diri kita sebagai seorang hamba.Resolusinya hanya KITA kembali kepadaNYA dengan sebenar-benar pengembalian.


Jangan kerana Exam,membuatkan kita semakin jauh daripadaNYA.Hidup untuk ALLAH bukan sekeping SIJIL.

Kata Sayyidi Habib Umar dalam Pengajiannya:

'Tanda seseorang itu mempunyai niat yg rosak dalam menuntut ilmu ialah dia merasa berat untuk melakukan ketaatan dan ibadat,zikir2 dan pembacaan AlQuran dalam kesibukannya menuntut ilmu.Jika niatnya betul,dia tidak berat untuk melakukan itu semua.'


Maka,itu semua tidak perlu ditakuti kerana KITA ada ALLAH...
Kita HAMBA ! Kita HAMBA ! Kita HAMBA !

Sebagai Hamba...
Kita hanya perlu melakukan TUGAS KITA tanpa perlu mempersoalkan NATIJAHNYA.

Cukuplah 2 Ayat ini memberi kita INSPIRASI untuk lakukan yang TERBAIK...

Firman Allah: وَسَيَرَى ٱللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُه
~AtTaubah:94

(Maksud:Akan dilihat amalan kamu Allah dan RasulNya...)

Hadis Rasulullah s.a.w:

إن الله يحب إذا عمل أحدكم عملاً أن يتقنه
رواه البيهقي عن أم المؤمنين عائشة رضي الله عنها بسند حسن*

(Maksud:Sesungguhnya Allah itu suka (pada hambanya) yg apabila ia melakukan sesuatu kerja,ia akan melakukan yang terbaik).


Salam perjuangan buat semua yang bakal menghadapi peperiksaan!



Ya Allah,Kurniakan kami KEJAYAAN yang sebenarnya...

No comments: