Bersama Ulama'(3): Sheikh Yusuf AlQardawi
Alhamdulillah...
Pada hari Selasa 7/4/09,alfaqir berkesempatan melihat sheikh Yusuf AlQardawi dan menghadiri majlis ilmunya secara LIVE!!!Bagai satu igauan bila mendapat tahu bahwa Sheikh AlQardawi turun di Dewan Masjid Rab'ah!!!Mesjid berdekatan rumah alfaqir di Mesir.
Selalunya alfaqir akan mengikuti perkembangannya di Website Sheikh dan Al-Syariah wa Al-Hayah @ YouTube (perbahasan2 kontemperori) tapi kali ini,DIA izinkan alfaqir untuk melihat 4 mata dengan Sheikh.
Pada mulanya hanya diberitahu bahawa majlisnya akan disiarkan secara online tanpa mengetahui tempat dimana ia diadakan.Tetapi,setelah last minit diberitahu tempatnya ,teragak-agak jugak untuk pergi kerana merasakan bahawa tiada harapan untuk tolibul 'ilm (penuntut ilmu) seperti alfaqir,hadir dalam majlis yang dihadiri oleh Ulama besar.Sangkaan alfaqir ia terbatas bagi golongan2 keilmuan.
Terfikir 'kalau tak jumpa sekarang di Mesir,tambahan lagi di Masjid berdekatan dengan rumah,Bila lagi?bila aku nak turun Qatar jumpa Sheikh?Kalau tidak dapat hadir majlis ilmunya pun,duduk luar tengok sheikh dari jauh secara LIVE pun itu sudah cukup baik'.
Akhirnya,atas pertimbangan2 tersebut,menguatkan lagi langkah untuk terus menjejaki sheikh...
Walau merasakan harapan itu tipis,akan tetapi,masih terselit di sudut hati ini,satu keyakinan terhadapNYA.Dalam perjalanan menuju kesana,hanya meletakkan satu harapan dan doa yang tidak terputus 'Ya Allah,aku nak jumpa sheikh,aku betul2 mahu melihatnya...'
Ternyata,
DIA tidak pernah mengecewakan KITA...
DIA tidak pernah mensia-siakan harapan KITA...
P/s:Untuk mendapatkan pengisian(secara artikel dan audio) yang diberikan oleh sheikh Yusuf AlQardawi pada hari tersebut,Sila Klik disini!
~Latest from Al-Syariah wa Al-Hayah @ YouTube:
Tajuk: Hati dan Penyakitnya
Bila difikir-fikirkan kembali...
Ya Allah,
Siapalah diri ini untuk bertemu insan2 yang istimewa,
Insan2 yang engkau berikan mereka keistimewaan kerana ILMU,
Sedangkan aku,
Masih terlalu jauh dari melaksanakan haq-haq ilmu,
Masih lagi melakukan kezaliman terhadap ilmu yang telah ku pelajari,
Ampuni segala dosa-dosaku...
Ya Allah,kurniakan kami majlis para ulama...
No comments:
Post a Comment