Sunday, October 05, 2008



Alhamdulillah...

AlFaqir telah selamat sampai ke Mesir pada tanggal 29 Sept 08.Semoga kedatangan AlFaqir kali ini lebih baik dari sebelumnya dengan membawa semangat dan keazaman yang baru.Sungguh AlFaqir dalam kerugian jika kedatangan kali ini sama atau kurang baik dari kedatangan sebelumnya.Tersangat memerlukan doa2 kalian untuk meneruskan perjuangan ini.


Teringatkan Kata2 Habib Umar ketika mengingatkan kami yang menghadiri Majlis Ilmunya:



Para Ahli Ma'arifatullah sering mengingatkan ahli majlisnya sebelum memulakan majlis...


Hal Anta ma'ana?


Hal Anta ma'ana?


Hal Anta ma'ana?


(Adakah awak bersama kami?)

Kemudian Habib bertanya kami berulang-ulang kali:

Hal Antum Ma'ana?

Hal Antum Ma'ana?

Hal Antum Ma'ana?


(Adakah Kalian bersama kami?)

Moga2 kehadiran kita di bumi Anbiya' ini bukan hanya secara jasad tapi turut menghadirkan hati-hati kita disini bukan tertinggal di tanahair.

Bagi Mereka yang berada di Mesir...

Tanya pada diri sendiri...Adakah AKU benar2 berada di bumi Anbiya' ini???

Adakah AKU benar2 bersama MEREKA?


Syukurilah nikmat yang terbesar iaitu kalian bersama dengan Para Auliya' dan Ulama' yang tidak terbilang bilangannya di bumi kinanah ini.Rebutilah Majlis2 Rasulullah s.a.w iaitu Majlis Ilmu dan zikir.

Mengaku mencintai Rasulullah (sollAllahu 'alaihi wa sallam) tapi tidak bersungguh-sungguh untuk menghadiri Majlis2nya????

Muhasabah semula niat2 kita selama ini....


Thabbits Aqdamana ya Robb,
Kami hamba2 yang lemah lagi cuai atas nikmat2Mu...

No comments: