Saturday, October 11, 2008

~Kembali setelah Bercuti ~



LIVE ONLINE FROM MESIR!!!

Bile bermula kembali?


11 October 2008


*Akan berlangsung setiap hari kecuali Hari Jumaat

Time: 5.45 AM (Mesir)/ 11.45 AM (S'pore)

Bahasa yang digunakan: Bahasa Malaysia

Guru: AlFadhil AlUstaz Aidil Azwal Zainuddin

Lulusan B.A Syariah University AlAzhar,Dar Al-Ifta' Mesir,M.A University Zamalek.Seorang pakar dalam bidang Syariah.

Istimewanya guru ini:

-Beliau mengkaitkan antara ilmu turath FEQH dgn masalah feqah kontemporari.
-Membangkitkan semangat yg mendengar untuk terus mengkaji dan membuka minda.
-Mendapat pendidikan khas oleh guru beliau,Shkh Ali Jum'ah,Mufti Diyar Mesriyah di Dar-Ifta' Mesir,Shkh Nuruddin AlBanjari dan ramai lagi.
-Penyampaian yang tidak mengantukkan buat yg mendengar dan menonton.
-Memandu kita ke arah tolibul 'ilm yg sebenarnya

Kitab yang digunakan:

-Minhaj At-Tolibin oleh Imam Nawawi (Feqh Syafie)
*Ahad-BAB Toharoh(ibadat)/Rabu-BAB Bai'(muamalat)

-Riyadus Solihin oleh Imam Nawawi (Hadis)

-Haza halal wa Haza haram oleh Abd AlQadir Ahmad 'Ato(Kumpulan Fatawa)

-Ad-Durar AlBahiyah oleh Sheikh Nuruddin AlBanjari(Qawaid feqhiyah)

-Diskusi Kitab:Maqalat AlKauthari oleh Sheikh Muhammad Zahid AlKauthari

Untuk mengikutinya secara ONLINE...

Sila ke lelaman tersebut:
http://www.mymkkk.tv/live.php


P/s:Harap ONLINE ini buat mereka yg berada diluar Cairo MESIR.Bagi mereka yang berada di Cairo,Mesir...Sebolehnya hadirlah majlis ilmu tersebut @ Rumah Kedah (Ikhwah/Akhawat) Tingkat 3 di Tubi Ramly,Hayyu Asyir.



*Jika terputus tika sedang berlangsung,Sila refresh semula windowsnya.Insya Allah akan pulih seperti sediakala.Jadual boleh didapati di lelaman tersebut!Boleh dapatkan jadual pengajian disini(Click!)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kata Habib Umar Ibn Hafidz:


'Siapa yg banyak bahagiannya ke majlis2 Rasulullah iaitu majlis ilmu dan majlis zikir dan sangat bersungguh-sungguh utk menhadirinya di dunia,maka di syurga kelak,beliau akan dapati banyak bahagiannya bersama Rasulullah s.a.w.'Sollu 'alahi!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
P/s:Harap yg telah tahu majlis ini,dapat ikuti majlis ilmu tersebut.Sekurang-kurangnya,jika diri ini tidak dapat hadir,moga2 dapatlah hamba yg faqir ini berkongsi ganjaran berkat dari 'kehadiran' kalian di majlis tersebut.

Seperti Kata Rasulullah s.a.w:
"من دل على خير فله أجر مثل فاعله"
~Riwayat Imam Muslim

Maksud:Siapa yang menunjukkan pada kebaikan,maka baginya ganjaran sama seperti orang melakukan kebaikan tersebut.


~Ya Allah,jadikan kami diantara mereka yg sangat bersungguh-sungguh dalam menghadiri majlis2 Rasulullah s.a.w..~

No comments: