~Mutiara Dowrah Soifiyyah Habib Umar~
Sudah menjadi kebiasaan dalam majlis rowhahnya pada musim Dowrah Soifiyyah (Summmer intensive course),sebelum membaca kitab pilihan Habib Umar,beliau akan memilih himpunan beit2 syair dari kalam para ahli Ma'rifatullah untuk dibaca,dihafal dan diamalkan bersama.Dan pada Dawroh kali ini July '08',Habib memilih kumpulan wasiat Habib Abdullah bin 'Alawi AlHaddad yang bertajuk
إذَا شِئْتَ أَن تَحْيَا سَعِيْداً مَدَى الْعُمْرِ.
إذَا شِئْتَ أَن تَحْيَا سَعِيْداً مَدَى الْعُمْرِ
Jika engkau mahu hidup bahagia sepanjang umurmu,
وَتُجْعَلَ بَعْدَ الْـمَوْتِ فِيْ رَوْضَةِ الْقَبْرِ
dan setelah mati, kuburmu dijadikan taman syurga;
وَتُبْعَثَ عِنْدَ النَّفْخِ فِيْ الصُّوْرِ آمِنَاً
Dan engkau dibangkitkan tatkala tiupan sangkakala dalam keadaan aman
مِنَ الْـخَوْفِ وَالْتَّهْدِيْدِ وَالطَّرْدِ وَالْخُسْرِ
Dari rasa takut, terancam, terusir dan dari kerugian;
وَتُعْرَضَ مَرْفُوْعاً كَرِيْماً مُبَجَّلا
Dan dihadapkan (kepada Allah) dalam kemuliaan dan keagungan,
ًتُبَشِّرُكَ الأَمْلاَكُ بِالْفَوْزِ وَالأَجْرِ
Diberi khabar gembira oleh para malaikat dengan kejayaan dan ganjaran pahala;
وَتَرْجَحَ عِنْدَ الْوَزْنِ أَعْمَالُكَ الَّتِيْ
Dan diberatkan timbangan amalanmu dengan amalan-amalan yang
تُسَرُّ بِهَا فِيْ مَوْقِفِ الـحَشْرِ وَالْنَشْرِ
Menggembirakan engkau di Padang Mahsyar;
وَتَمْضِيْ عَلَى مَتْنِ الصِّرَاطِ كَبَارِقٍ
Dan engkau melintasi sepantas kilat titian ash-Shirath,
وَتَشْرَبَ مِنْ حَوْضِ النَّبِيْ الْـمُصْطَفَى الطُّهْرِ
Serta engkau meneguk minuman dari telaga Nabi al-Mustofa yang suci;
Habib ulang2 ayat ini:
وَتَشْرَبَ مِنْ حَوْضِ النَّبِيْ الْـمُصْطَفَى الطُّهْرِ
Dan engkau minum dari telaga Nabi Mustofa yang Suci?
Dan engkau minum dari telaga Nabi Mustofa yang Suci?
Dan engkau minum dari telaga Nabi Mustofa yang Suci?
Dan engkau minum dari telaga Nabi Mustofa yang Suci?
Dan engkau minum dari telaga Nabi Mustofa yang Suci?
Minuman apakah ini?
Aku boleh minum air telaga Nabi?
Air telaga Nabi?
Walau aku korbankan 1000 ruh dengan ruh tetap (Pengorbanan)itu adalah murah.
Aku minum air telaga Nabi?
Sedikit dari kejujuran,keikhlasan,dan adabmu,engkau minum air telaga Nabi?
Maka memperbaikilah pada hari2 ini,bahagian kamu dalam mengamalkan sunnah2nya.Hidupkanlah malam,Bersungguh-sungguhlah dalam berjemaah,takbir pertama bersama Imam,Istirfar di waktu sahar(akhir malam ) dan sebelum margrib,Jalinkanlah ukhuwah dan sayangi-menyayangi antara 1 sama lain.Hadirilah majlis ilmu dengan keadaan gembira dan cergas.Bacalah AlQuran dengan keadaan yang engkau suka membacanya.Ini semua kumpulan sunnah2nya disini,dan itu (air telaga khaud) disana(akhirat).Dan siapa yang mempunyai bahagian dalam kumpulan sunnah2nya disini( di dunia),maka dia juga akan mempunyai bahagian dalam meminum air telaga Khaud Nabi s.a.w.
*Utk mendengar rakaman mutiara ini,Sila ke link ini : (Click!)
Ya Allah,cepatkanlah pertemuan kami dengan Rasulullah s.a.w.....
No comments:
Post a Comment